Pergi ke kandungan

Bahasa Melayu Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa Brunei)
Bahasa Melayu Brunei
بهاس ملايو بروني
Asli kepadaBrunei, Malaysia Timur
KawasanWilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak (Malaysia), Brunei
EtnikMelayu Brunei, Kedayan
Penutur bahasa
500 000
Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-3kxd
  Kawasan di mana Bahasa Melayu Brunei dituturkan

Bahasa Melayu Brunei (Jawi: بهاس ملايو بروني) ataupun Bahasa Brunei ialah bahasa komunikasi utama penduduk di Brunei, Wilayah Persekutuan Labuan, Daerah Limbang, Miri dan Lawas di Sarawak dan Daerah Sipitang, Papar, Beaufort serta Kuala Penyu di Sabah. Bahasa ini mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu piawai. Penggunaan Bahasa Brunei berbeza-beza dari segi sebutan dan cara bertutur mengikut setiap daerah.

Sebagai contoh, Bahasa Melayu Brunei di daerah Bongawan, Sabah menyerupai penggunaan Bahasa Melayu di Tanah Semenanjung Malaysia dimana kebanyakan perkataan berakhir dengan huruf 'a' bertukar kepada huruf 'e' (Tekilala=kenal menjadi Tekilale=kenal).

Bahasa Melayu Brunei ada sedikit persamaan dengan Bahasa Kedayan sama seperti Bahasa Melayu Kelantan dan Terengganu di Semenanjung Tanah Melayu.

Bahasa Melayu Brunei mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada Bahasa Melayu yang ditutur di Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah bunyi /ə/ akan ditukar menjadi bunyi /a/. Sila lihat contoh perkataan di bawah:

  • Besar=basar
  • Keras=karas
  • Beras=baras

Vokal 'o' ditukar menjadi 'u' seperti perkataan di bawah:

  • Boleh=bulih
  • Tolong=tulung
  • Kotak=kutak

Apabila sesuatu perkataan diakhiri dengan huruf vokal, maka huruf vokal itu hendaklah disebut seperti di bawah:

  • Kita hendaklah disebut kita'
  • Lawa hendaklah disebut lawa'
  • Buku hendaklah disebut buku'
  • Kari hendaklah disebut kari'

Sebutan di atas ini mempunyai persamaan dengan Dialek Sarawak.

Bunyi /r/ pada perkataan (contohnya "pagar") adalah jelas (kecuali dialek Kedayan).

Kata ganti diri

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah kata ganti diri yang digunakan dalam perbualan seharian:

Bahasa Melayu Brunei Bahasa Melayu Standard Nota
Kadiaku / Aku / (Bis)hamba Saya 'Aku' tidak dikategorikan sebagai bahasa kasar dalam dialek Brunei.
'Bishamba' digunakan apabila bercakap dengan orang yang telah menunaikan Ibadah Haji. Ia dikategorikan sebagai bahasa halus.
(Kadi)kau (disebut 'kawu') Awak / Engkau Digunakan apabila berbicara dengan orang yang lebih muda atau sebaya.
(Bis)kita Digunakan untuk menunjukkan kesopanan ataupun apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Ia dikategorikan sebagai bahasa halus.
Kadidia / Kadia / Ia / Bisdia Dia 'Bisdia' dikategorikan sebagai bahasa halus.
Kadikami Kami -
Kadikamu Kamu -
Kitani Kita -
(Bis)durang Mereka Bahasa halus, tetapi boleh digunakan dalam pertuturan biasa.

Perkataan

[sunting | sunting sumber]

Nota: jadual di bawah ini bukan komprehensif.

Bahasa Melayu Brunei Bahasa Melayu Standard Contoh ayat
Awu Ya "Awu, di dalam isbuk ku menaruh gulayan atu antadi."
Taruh Simpan / Letak
Inda Tidak "Basar sudah anak atu, inda ku tekilala bah."
Indada Tidak ada "Udah nyangku antadi, indada tu dalam lamari."
Atu Itu "Wang, ambilkan ku gagawi atu."
Gagawi Sudu kayu
Ani Ini "Malar sudah ku mangusai mutuka ani, lakat jua binasanya. Sayang saja usinku."
Lakat Masih
Usai Membaiki sesuatu
Binasa Rosak
Mutuka / Mantuka / Kerita Kereta
Miatu Begitu "Jangan miatu deh, inda bisai bah menggagahi indung ani. Ketulahan karang."
Miani Begini "Miani bah manguar, balik-balik ku padahkan arah kau. Lakat jua kau inda mendangar."
Uar (disebut 'u-war') Gaul
Padah / Bagitahu Beritahu
Mun Kalau "Mun kadiaku belaku, ada ku pangilan arah kadikita tu karang."
Karang Nanti "Karangtah ku mengaga ya, gagau ku masani."
Gagau Sibuk "Gagau-gagau ani pun kau kan mengatil. Indada keraja kah?"
Batah (mengambil masa yang) lama "Bahapa kau batah-batah dalam jamban atu kian?"
Jamban Tandas
Basar Besar "Macam luan basar jua baju yang kau balikan aku ani."
Damit Kecil "Damit-damit jua ayam mu yang kau bali ani."
Lampuh Gemuk "Kurus sudah si Haji Sabtu atu, atu kan dahulu lampuh!"
Ampul Ringan "Macam nada papa saja dalam beg mu ani, luan ampul."
Buntak Pendek "Inda pandai ya atu menggunting rambut, buntak setampik rambutku."
Tampik Belah "Sikui atu kau tampik dua ah, sebuting kan ku sedakahkan urang sebalah."
Setagal Sekejap "Bah, tunggutah dahulu, ke dalam ku setagal baunjar tuslait."
Tuslait Lampu suluh
Ngam Betul "Eh, inda jua ngam jawapan mu ani."
Lurus "Awu, udah ku liat balik-balik, lurus tu. Jangantah watir."
Mulih Balik "Lakastah mulih eh, ahir sudah."
Barinut Mohon diri "Bah Ngian, kan barinut peramba. Pabinian menunggu di rumah, kan minta bawa bejalan."
Ingau Risau "Ingau ku kan anak ku atu, pemalas bah."
Kalat mata Mengantuk "Kalat mata ku meliat cerita atu."
Karing lihir Dahaga "Lai, ambilkan ku aing, karing lihir ku."
Aing Air
Kalakar / Dusta / Iksin Tipu "Lain kali jangan kau dangar kurapaknya atu, pandai bekalakar tu ya atu."
Kurapak Cakap
Mengalimut Mengumpat "Eh dang, adang-adangtah kan mengalimut jalama ani. Diri atu inda jua bisai banar."
Jalama Orang
Adang Berhenti (dalam kelakuan atau percakapan)
Kamih Kencing / Membuang air kecil "Ada jalama kah di jamban atu? Kan bekamih ku."
Beria Berak / Membuang air besar "Anu bah, Tuan Aji inda jadi tu kemari, jahat ujutnya. Beria-beria ya."
Kamah Kotor "Nya babu, tambak atu jangan dibiarkan kamah."
Bisai Baik / Bisai / Elok / Cantik / Lawa "Bisai-bisai kain arah kadai sebarang atu, murah lagi tu."
"Bisai-bisai eh bejalan atu, kan ujan usul hari atu."
"Andang bisai tu ulah anak atu."
Kata Sindiran (untuk sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat) "Bisai eh usul bilik ku, abis bajurit uleh mu!"
Nyaman Sedap "Lai, mun baunjar bini, unjar yang pandai masak, nyaman jua makan ari kandila."
Kata Sindiran "Nah, nyaman kau. Siapa suruh kau bemain di luar atu lagi?"
Lusir Lari "Si Usain Bolt atu mun balusir, inda lagi jalama tebubut tu."
Bubut Kejar "Eh Wang, mengapa kau kapus-kapus ani? Kuyuk urang sebalah atu membubut kau kah?"
Baliang Terkejut "Baliang atingku kau merujuh-rujuh pintu atu, pikirtah apa."
Rujuh
Dandam Rindu "Dandam ku kan anak atu. Ucapannya kan ke mari dua ari lapas. Indada jua adanya."
Usin Wang "Lai, cukup usinmu kan membali telipun baru ani? Mun inda, ku menambahi."
Lagau Panggil "Babunya, cuba kita lagaukan si Damit atu! Ku arik-arik nada ya mendangar bah."
Arik Panggil (dengan suara yang lantang)
Lampung Lampu "Eh babunya, lampung di rumah sudah bekabat kah? Lupa jua ku maliat antadi."
Bukut Tumbuk "Anak ani minta kana bukut kali."
Daup / Dahup Tampar "Ku daup kau karang. Mun lakat jua menggagahi, ku bukut kau selajur!"
Licak Lembut / Lembik "Adeh, licak nasi ku ani. Luan banyak aing pakah masa ku menjarang antadi."
Bangas Basi "Lai, cuba kau cium dulu gulayan atu, ijapku bangas."
Lacah (untuk permukaan seperti lantai) Basah "Inda ku mau eh pakai jamban kadai atu, kamah bah. Lacah lagi tu. Garing rasaku."
Damal (untuk pakaian) "Jamuran atu jangan dulu dibangkit, damal masih tu."
Karit Kedekut "Lain kali, jangantah kan pinta usin arah babah mu atu. Tahu jua kau sudah ya atu karit betakang."
Naindah Barang (secara umum) "Durang ani inda pandai kan memanyap naindah. Ampai sana, ampai sini....harapkan indung ganya keraja durang."
Ampai Letak "Mana angkup ku ani ah? Ada jua ku ampai tadi arah mija..."
Panyap Mengemas "Baiktah kau panyap tu bilik abang mu ah. Ia atu inda dapat bajurit, sipuntah sedikit."
Sipun Walaupun "Tawar gulayan mu ani! Inda kau menaruh sira kah? Sipun jua ijapkan penyakit..."
Gulayan Sayur
Gugur Jatuh "Bisai-bisai kau mangangkat talur atu, gugur karang."
Seluru Ejek / Meniru percakapan "Adangtah kan menyeluru indung ani, ketulahan kau karang."
Sungkai Berbuka puasa "Bah, lakas-lakastah bemasak atu, ahir sudah ne kan sungkai."
Dakat / (H)ampir Dekat "Luan ampir jua eh mantuka jalama sebalah ani, liwat urang kan keluar dari kerita."
Liwat / Payah Susah
Dangan Kawan / teman "Ada danganmu meliat wayang ani?"
Lauk Ikan "Bah banguntah eh, sambat sudah. Kitani jua kan ke pasar meliat-liat lauk."
Sambat Awal pagi (subuh)
Kilala Kenal "Lai, apa abarnya eh? Batah sudah ku inda meliat kau...mikin hensem kau ani, sikit lagi inda tekilala."
Papak Kunyah "Mikin tuha, mikin rumpang gigi...apatah kan jadi pemapakku ne? Kan membuat gigi palsu...mahal. Haih..."
Dian Lilin "Nah...kabat tia karan ani. Dian lagi indada."
Tunu Bakar "Siapakan menunu atu eh? Bau asap ne sasahan ku karang."
Sasah Cuci (untuk pakaian)
Sigup Rokok "Kuat besigup bah dahulu, mana inda bepenyakit masa ani. Malar sudah dilarang, lakat jua menggagahi."
Malar / Balik-balik Kerap / Selalu
Menggagahi Melawan / Degil
Jarang Nipis (selalunya untuk kain) "Eh, inda ku tepakai tu kain di kadai atu. Jarang-jarang bah jenisnya."
Masak nasi "Karang, jangan kau lupa menjarang nasi."
Antak Masak air "Nah...kelupahan tia ku mengantak aing."
Takaduhung Kebetulan "Mun inda, takaduhung kitani di sini ani, bisaitah kali baunjar kadai makan."
Gulmat Sangat gelap "Mana kan eh kacamata ku ani, gulmat lagi bilik ani..."
Awar / Supan Malu "Inda awar kah rasa durang ani, kelaie dapan urang?"
Ingar Bising "Ingar kau ani eh, inda abis-abis, kurapak mu ganya kan didangar. Bibiran."
Bibiran / Nyanyah Kuat bercakap
Ganya Hanya
Tamparik Kilat "Labat ujan di malam atu, merijap tampariknya!"
Ba(li)ngkawat Pelangi "Nya urang tua dulu-dulu, balingkawat atu jangan ditunjuk, putus jari jadinya."
Pangling Lalai "Bisai-bisai kau mengangkat talur atu, jangan pangling!"
Ngalih Letih "Banarnya, kadiaku ani inda lagi tekabir kan membuat kuih ani, ngalih bah indada bedangan di dapur atu..."
Tekabir / Tebala Mampu / Berupaya
Bahasa Melayu Brunei Bahasa Melayu Standard
Ambuk Monyet
Basing Tupai
Baie / Bayi Babi
Payau Rusa
Giuk Ulat
Kuyuk Anjing
Rangit Nyamuk
Ucing Kucing
Cacak Cicak
Tangil Riang-riang
Kulimambang Rama-rama
Kulirangga Kerengga
Kerabau Kerbau
Ambutit Berudu
Kalantugi Ulat Gonggok
Nandung Pepatung
Patu Itik
Gadung Hijau
Kalas Merah Jambu
Taruk (ubi) Ungu
Kambayau Dabai
Sikui Tembikai
Kapayas Betik
Manggusta Manggis
Tibadak Cempedak

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]