Pergi ke kandungan

Dzulkifli Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Dzulkifli Ahmad
ذو الكفل بن احمد
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke-3
Dalam jawatan
1 Ogos 2016 – 14 Mei 2018
Dicalonkan olehNajib Razak
Dilantik olehSultan Abdul Halim
TimbalanAzam Baki (Operasi)
Shamsun Baharin Mohd Jamil (Pencegahan)
Ja'afar Mahad (Pengurusan & Profesionalisme)
Didahului olehAbu Kassim Mohamed
Digantikan olehMohamad Shukri Abdull
Maklumat peribadi
LahirKepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Kewarganegaraan Malaysia
PasanganBitizela Mohd Bidin
Anak2
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tan Sri Datuk Dzulkifli bin Ahmad (Jawi: ذو الكفل بن احمد) ialah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-3.

Pendidikan

Dzulkifli merupakan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LL.B. (Kepujian)).[1]

Kerjaya

Sebelum pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli berkhidmat sebagai ketua unit pencegahan pengubahan wang haram dan seterusnya Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara Malaysia.[2]

Dzulkifli mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 14 Mei 2018.[3]

Selepas itu, beliau tampil sebagai salah seorang pemain utama dalam satu set rakaman audio yang didedahkan kepada umum pada sidang media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 8 Januari 2020 berkaitan perbualan telefon yang berkaitan dengan dakwaan usaha untuk mensabotaj siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.[4]

Penghormatan

Rujukan

  1. ^ "Siapa Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu?". Astro Awani. 30 Julai 2016. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :1
  3. ^ "MACC chief Dzulkifli Ahmad quits". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 14 Mei 2018. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  4. ^ "From Amhari to MbZ: Who's who in MACC's Najib phone recordings" (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. 9 Januari 2020. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  5. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  6. ^ "51 people awarded 'Tan Sri' title in conjunction with Agong's birthday". Bernama (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). 9 September 2017. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  7. ^ "Chief Justice heads honours list". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). 9 September 2017. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  8. ^ "Three head list of 1,518 recipients of federal awards". Bernama (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. 10 September 2017. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  9. ^ "Agong kurnia darjah kebesaran kepada 103 penerima". Berita Harian. 10 September 2017. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  10. ^ "51 get Tan Sri title at investiture ceremony". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. 10 September 2017. Dicapai pada 5 Jun 2019.
  11. ^ "Tiga dianugerah gelaran Tun". Zanariah Abd Mutalib. Berita Harian. 10 September 2017. Dicapai pada 5 Jun 2019.