Pergi ke kandungan

Senjata pemusnah besar-besaran Myanmar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 1151614 pada 21:50, 5 Jun 2010 oleh Malekhanif (bincang | sumb.) (Mencipta laman baru dengan kandungan 'Kerajaan tentera Mynamar dikatakan sedang dalam proses menghasilkan 'Senjata nuklear Myanmar' menurut satu laporan pada Jun 2010. Pada 3 Jun 2010,penyelidikan...')
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Kerajaan tentera Mynamar dikatakan sedang dalam proses menghasilkan 'Senjata nuklear Myanmar' menurut satu laporan pada Jun 2010.

Pada 3 Jun 2010,penyelidikan oleh kumpulan anti kerajaan Myanmar Suara Demokrasi Myanmar mendapati Myanmar membangunkan senjata nuklear. Mereka mendapat dokumen yang telah diseludup ke luar negara. Ratusan fail dan bukti daripada Sai Thein Win, seorang major tentera Myanmar. Sai Thein Win adalah seorang jurutera pertahanan dan bekas pasukan pertahanan peluru berpandu yang bekerja di kilang khas di Myanmar. Dia ditugaskan untuk merekacipta komponen prototaip untuk peluru berpandu dan program nuklear.

Laporan PBB mengatakan ada bukti bahawa Korea Utara telah mengeksport teknologi nuklear ke Myanmar, Iran dan Syria .Latihan kepakaran dipelajari dari Rusia. Pasa 2009 disiarkan gambar rangkaian terowong yang dibina dengan bantuan Korea Utara.

Robert Kelley , bekas pengarah dari Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menyatakan ia adalah bukti jelas tentang program untuk membina senjata atom di Myanmar. Adalah tidak masuk akal ia digunakan untuk janakuasa elektrik. Amerika cukup bimbang dengan 'kegiatan yang mencurigakan di Myanmar'.

Rujukan