Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

UNDI UMNO DAPAT PAHALA?

Kah! Kah! Kah! Kah!, Ada seorang menteri, bukan takat menteri biasa, tetapi menteri timbalan kepada perdananya kata, 'undi UMNO dan PAS, kedua-duanya boleh masuk syurga', kah! kah! kah! kah!, lawak kurang bijak lagi cap ayam! Puak Neo-sekular nasionalis lagi kapitalis hendak cerita berkenaan dengan pahala dosa. Kah! kah! kah! Kelakarnya,...... Inilah dia manusia yang suka sangat menyesatkan kaum Melayu. Suka sangat melihat orang melayu hanya dengan kemelayuannya dengan Islamnya hanya sebagai aksesori sampingan. Jika iyalah umno ini memperjuangkan Islam, mana hukum Islamnya? Dimana perundangan Islamnya? Mana roh Islam yang dibawa umnonya untuk mendaulatkan Islam? Jangan hendak membohongkah wahai anak Yasin. Hududnya mana syeikh? Mana hukum hudud? Buat hudud dahulu, baru boleh cerita pahala dosa. Kelmarin dulu, kata rakyat Malaysia yang belum 18, mesti ikut agama mak bapak masing-masing. Apakehalnya? Jika ada budak sudah baligh umur 13, kemudian dia hendak masuk Islam, tak boleh

UG KE, PR KE, APA KE, APA MASALAHNYA?

Sebentar tadi, abang hamba sms kepada hamba inginkan kepastian cerita berkenaan Tok Guru Nik Aziz kononnya menyuruh ustaz Nasa keluar PAS masuk umno. Terkedu hamba membaca sms itu. Betul ke? Takkanlah Tok Guru sehingga begitu sekali marahnya kepada ustaz Nasa? Jika marah sesangat pun, hamba yakin yang amat Tok Guru tidak akan melenting begitu didepan pemberita yang memang cap ayam itu. Hamba terperasan juga, kenyataan ustaz Nasa ini berkenaan dengan UG diambil dari web berita dari mstar asalnya. Milik penuh parti chuvanis kapitalis cina mca. Entah betul entah tidak apa yang dinyatakan oleh mstar itu, wallahualam. Jika tidak, memang cap ayam mstar ini, tetapi, jika betul, ketua hamba no.2 yang hamba kena wala' ini hamba kena tegur sebab tidak reti-reti main politik. Senyap sudahlah. Kan ke jemaah sudah mengarah supaya diam. Jemaah sudah mengarahkan untuk diam, sepatutnya semua kena diamlah, termasuklah mursyidul am dan juga Presiden. Jika mursyidul am dan Presiden pun masih bersuara

STRAINGTH TO THE POINT

Ada orang kata, artikel hamba dalam blog ini berbelit-belit sebelum memaklumkan apa yang hamba hendak maklumkan. Panjang sangat introduksi. Cap ayam jugakah hamba ini? Berbelit-belit tidak terus 'straight to the point'? Jika cap ayam juga, hamba kali ini akan terus menjurus mahu cerita pendapat peribadi hamba yang hamba pendamkan di dalam jiwa. Hamba akan sebut satu persatu menggunakan nombor. Satu: - Hamba benci UMNO sebab mereka adalah pertubuhan yang mengamalkan prinsip nasionalis, neo-sekular dan pemegang totok idea kapitalisme. Dua: - Hamba naik menyampah dengan golongan tua yang masih terhegeh-hegeh menyokong UMNO. Tiga: - Hamba lebih menyampah dengan golongan muda yang masih bengong menyokong UMNO. Jahil murakab mereka ini. Empat: - Hamba benci DAP kerana memegang prinsip sosialis demokrat. Idea sosialisme yang lebih liberal. Terlalu mengagongkan kepala hotak manusia (isme) dan masih ada amalan assobiyah kecinaan kepada parti. Lima: - Hamba tidak faham PKR ini akan ke ma

AMANAH DITANGGUNG, INGATLAH PAHALA DOSA.

Imej
Sudah sebulan lebih hamba tidak berblog di alam maya. Kesibukan kerja melemahkan kemahuan hamba untuk memerah akal yang tidak geliga ini untuk ditaburkan ke lamparan blog hamba yang tidak seberapa ini. Maklumlah, hamba ini bukannya blogger, tetapi manusia bukan blogger yang mempunyai blog sendiri. Cuti sekolah sudah selesai. 2 minggu lamanya. Minggu kedua cuti sekolah, hamba balik ke Batu Enam. Jumpa Tok Tua hamba. Pergi dan kembali hamba sekeluarga menaiki kapal terbang, firefly. Mudah. Naik dari Subang. Tidak perlu ke KLIA. Jauh. Perjalanan dari rumah hamba ke KLIA adalah lebih lama perjalanan kapal terbang dari KL ke Terengganu. Sebelum hamba ke Terengganu, Ibu dan Ayah hamba sudah pergi ke Bahrain untuk melawat cucu mereka, anak abang hamba. Abang hamba dengan isterinya, Kak Long sekarang bekerja di Bahrain. Sudah setahun setengah mereka di sana. Tahun ini, cadangan mereka akan pergi mengerjakan Haji. Alhamdulillah. Kaya abang hamba di sana. Tidak sampai 2 tahun, sudah boleh naik H