**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

28 December 2010

Mengatasi masalah INSOMNIA


Insomnia juga boleh terjadi kerana gangguan makhluk halus!


Antara rawatan yang boleh dilakukan:

1) Sekiranya ada gangguan jin maka hendaklah dirawat dengan teknik rawatan ruqyah syariyyah, didengarkan dengan bacaan al Quran, minum, mandi air ruqyah.

2) Sentiasa mendengar CD RUQYAH KISWAH

3) Memakai minyak wangi ruqyah ROSE atau KASTURI di 32 point sebelum tidur.

4) Menyembur air ruqyah bercampur garam dan minyak wangi di tempat tidur sebelum tidur.

5) Tinggalkan terus minum teh dan kopi.

6) Jangan tidur siang

7) Perbanyakkan minum susu segar dan yogurt selepas Maghrib dan Isyak

8) Tinggalkan aktiviti2 dan tabiat lain selepas Isyak seperti menonton cd / tv / internet dan FB, berborak kosong sehingga lewat malam,... Selepas Isyak berusaha untuk masuk tidur.

9) Minum madu sesudu dicampur air ruqyah, 21 kismis dan 7 biji kurma sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi untuk menambahkan kekuatan diri dan untuk memulihkan diri yang lemah kerana kurang tidur.

10) Amalkan bacaan Surah al Kahfi ayat 10 dan 11 Selepas Solat Maghrib dan Isyak... Perbanyakkan bacaan ini selepas solat Isyak sehingga tertidur....

11) Kurangkan pengambilan ubat sedative / penenang dan ubat tidur yang dibekalkan oleh doktor jika hendak sembuh dengan kaedah rawatan Islam... Pengambilan ubat ini dalam tempoh yang lama membahayakan kesihatan akal seseorang!

26 December 2010

Seminar Rawatan Islam 1 dan 2 serta Kem Mualij di KISDAR Kuala Kangsar Perak


Seminar 1 & 2 serta Kem Mualij di KISDAR PERAK 15 dan 16 Januari 2011 ini!


Seminar KISWAH di KISDAR Kuala Kangsar 15 dan 16 Jan 11 anjuran Kelab Furqan dan Persatuan Syariah Kolej Islam Darul Ridzuan Kuala Kangsar

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

TAHAP 1 & 2

Oleh:

PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

Anjuran:

Kelab Furqan dan Persatuan Syariah Kolej Islam Darul Ridzuan Kuala Kangsar


“ Satu Keluarga Satu Perawat & Perubatan Islam Indah dan Mudah & Ke Arah Memartabatkan Rawatan Islam Sebenar di Negara Kita”

TARIKH CADANGAN

-15 Jan 2011 ( Sabtu ) : Tahap Satu.

-16 Jan 2011 ( Ahad ) : Tahap Dua.

MASA

- 8.00 pagi – 5.00 petang ( Tahap Satu )

- 8.00 pagi – 1.00 petang ( Tahap Dua )

TEMPAT

- Masjid Kolej Islam Darul Ridzuan Kuala Kangsar Perak

YURAN PENYERTAAAN

Pelajar RM 25.00 ( untuk setiap tahap ) / Orang Awam RM 50.00 ( untuk setiap tahap )


Tahap 1:

Tajuk: Menangani Gangguan Makhluk Halus Menggunakan Kaedah al-Quran

Masa/Hari

Sabtu ( 15/1/2011 )

7.30 pg - 8.00 pg

Pendaftaran Peserta

8.00 pg - 9.15 pg

Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir

9.15 pg - 10.00 pg

Keterlibatan Jin dan Sihir

10.00 pg - 10.30 pg

Rehat / Minum Pagi

10.30 pg -11.30 pg

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam

11.30 pg -12.00 tgh

Amalan Pendinding

12.00 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 3.00 ptg

Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus

3.00 ptg - 4.00 ptg

Pembacaan ruqyah beramai-ramai dan simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakn ruqyah syariyyah

4.00 ptg - 4.30 ptg

Bacaan Hizib bahar dan selawat Tibbiah serta Taziah

4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

Tahap 2:

Tajuk: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus

Masa/Hari

Ahad ( 16/1/2011 )

7.30 pg - 8.30 pg

Pendaftaran Peserta

8.30 pg - 9.30 pg

Masalah sihir perkahwinan /andartu/ ta’tiluz zawaj & rawatan

9.30 pg - 10.00 pg

Masalah mandul/ sihir jerut zakar/ tiada anak & rawatan

10.00pg-10.30pg

Masalah anak nakal/ penerang hati/ pelembut hati & rawatan

10.30 pg - 11.00 pg

Rehat / Minum Pagi

11.00 pg -11.30 pg

Masalah anak lari/ suami lari/ isteri lari & rawatan

11.30 pg -11.50 pg

Masalah sihir penceraian/ sihir pergaduhan/ pendamai rumahtangga & rawatan

11.50 pg - 12.00 tgh

Amalan Pendinding

12.00tgh- 12.30tgh

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam secara ringkas

12.30 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 4.30 ptg

Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan pembacaan ruqyah syariyyah & Pengijazahan ruqyah syariyyah, hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah

4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

Terhad kepada peserta terawal sahaja !



Pendaftaran & Maklumat lanjut sila hubungi:

Amirul Hakim: 0195996608

Syahmie: 014 2515958

Munirah: 013 46336622

Hawani: 013 4043311


* KEM MUALIJ DIBUKA KEPADA PESERTA TERPILIH OLEH PENGANJUR DAN KISWAH SAHAJA. TERHAD KEPADA 30 PELAJAR DAN 30 ORANG AWAM SAHAJA.

21 December 2010

Pelancaran Web Jualan Handbook Ruqyah!!!!:


http://handbookruqyah.com/

Terkena Gangguan Penyakit Misteri? Berlaku Histeria Di Sekolah Atau Asrama? Tapi Tak Tahu Nak Buat Macam Mana?

Usah risau! Anda akan ditunjukkan CARA BERKESAN dan MEMENUHI TUNTUTAN SYARA' untuk menanganinya. Teruskan bacaan...

Daripada : Ustaz Hayat Annaqshabandi

Tarikh : SELASA 21 DISEMBER 2010

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Kita selalu dipersoalkan dengan berbagai-bagai soalan yang kita sendiri tidak dapat memahami cara untuk menjawabnya.

Dalam konteks disini saya ingin berkongsi mengenai perihal makhluk halus,sihir, saka, santau dan penyakit-penyakit fizikal yang lain.


SEBELUM ITU SILA BACA FAKTA YANG MENAKUTKAN INI TERLEBIH DAHULU:

Ramai diantara masyarakat Islam di Malaysia telah SYIRIK kepada Allah kerana meminta bantuan daripada bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara Islam. Mereka bukan hanya tidak sembuh daripada penyakit yang dihadapi, malahan boleh mendatangkan syirik kepada Allah (NAUZUBILLAH)

Ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi mengharapkan tukang-tukang tilik apabila merawat sedangkan perkara itu nyata HARAM. Penyediaan semahaan (pulut kuning, telur, ayam, kambing), penyediaan mayang untuk membuang ancak, menggunakan darah sebagai tulisan wafak, dan banyak lagi.

Ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi menurut kata-kata bomoh yang memerlukan pesakitnya melakukan perbuatan mensyirikkan ALLAH demi untuk penyembuhan. Penggunaan kain berbagai warna tanpa ada sebarang fakta, penggunaan tangkal yang langsung tiada mempunyai apa- apa didalamnya melainkan hembusan-hembusan bomoh.

Ramai lagi umat Islam Melayu yang hanyut dengan penipuan sehingga membelanjakan ribuan ringgit pada perkara khurafat yang akhirnya membinasakan diri mereka sendiri. Disuruh berbogel dan dimandikan oleh yang bukan mahram, rawatan berlaku di tempat gelap, penggunaan lilin sedangkan eletrik ada, penggunaan alatan perasapan bagi tujuan memuja.

KINI PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TAMPIL UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN INI !!!

Justeru itu kami dari gabungan Pusat Rawatan Islam Kiswah ingin mengambil peluang berkongsi bersama anda dalam usaha memartabatkan seruan Islam iaitu menjadikan Al-Quran sebagai kaedah merawat diri (KAEDAH RAWATAN YANG TERINDAH DAN TERBAIK SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN DAN AS SUNNAH)

Gunakanlah Al-Quran sebagai PENAWAR (Ikhtiar Penyembuhan). Tiada keraguan dan was-was lagi. Yakinlah dengan menuruti kehendak Islam, segala masalah atau penyakit berkaitan makhluk halus yang lazimnya berlaku dapat diatasi dengan mudah.

Amalkan ayat-ayat amalan para Ulama' yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w untuk penyembuhan (syifa') diri, keluarga, rumah tangga dan masyarakat dari sebarang ganguan makhluk halus secara berkesan.

MEMPERKENALKAN HANDBOOK RUQYAH:

Handbook Ruqyah Syariyyah beserta Khutbah KISWAH yang disusun oleh pengasas dan pengarah urusan KISWAH, Ustaz Hayat an Naqshbandi untuk kegunaan perawat dan pesakit

Sebuah handbook ala-ala buku Yaasin malam Jumaat yang boleh menjadi panduan perawat dan pesakit untuk dibacakan kepada penderita sihir, santau, busung, saka, susuk, kanser, pukau, histeria, pesakit misteri dan sebagainya....Padat dengan:

Senarai ayat-ayat ruqyah syariyyah

Khutbah dan teknik serta skripnya disertakan sekali

Koleksi doa-doa rawatan

Koleksi Selawat-selawat Kesembuhan

Amalan Pendinding Diri

Senarai Syahid ayat dan maksudnya sekali

Ijazah ruqyah ( perlu berjumpa sendiri dengan penyusun - Ustaz Hayat Annaqshabandi)

CARA PENGGUNAAN:

Perawat boleh merujuk handbook ini ketika membacakan ruqyah kepada pesakit. Lengkap dengan contoh khutbah dan doa.

Sesuai untuk semua pesakit sihir, saka, santau, susuk, busung, kanser dan hysteria sebagai amalan penyembuhan diri. Pesakit membaca sendiri handbook ini untuk rawatan diri sendiri setiap hari.

Keluarga pesakit membacakan isi kandungan handbook ini kepada keluarga yang menderita sakit makhluk halus.

Boleh dibacakan guru, ustaz, warden dan diiringi jemaah pelajar ketika berlakunya histeria di sekolah dan asrama. Dibacakan secara berjemaah dengan seorang menjadi kepalanya.

Boleh dijadikan amalan pelajar, guru, pekerja kilang dan sesiapa sahaja di sekolah, kilang, tempat kerja dan di mana sahaja tempat yang terdapat banyak gangguan.

Boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat air ruqyah / jampi untuk diminum sendiri atau orang lain.

Boleh digunakan sebagai ruqyah panduan untuk memagar rumah dan tempat kerja dengan dibacakan kepada air dan disembur ke seluruh kawasan rumah / tempat kerja.

KEISTIMEWAANNYA:

Handbook ini disusun khas untuk para perawat yang menggunakan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama rawatan dan para pesakit serta ahli keluarga mereka yang sedang berikhtiar untuk sembuh.

Anda juga boleh mengamalkan bacaan ruqyah ini untuk pelindungan diri dan juga boleh membacakan ruqyah ini kepada ahli keluarga yang mengalami gangguan makhluk halus.

Untuk membantu proses kesembuhan, anda hendaklah perbanyakkan solat hajat, banyakkan sedekah dengan niat membayar kafarah dosa serta niat kesembuhan, bernazar seperti ingin berpuasa sehari sekiranya sembuh dan selalu bertaubat dari dosa.

Sekiranya telah sembuh jangan lupa sujud syukur dan mengadakan kenduri kesyukuran serta menjamu orang miskin dan anak yatim. Yakinlah bahawa ini adalah teknik paling berkesan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. InsyaAllah sembuh.

Saudara yang budiman;

Firman Allah Taala;

Surah Al Isra’ ayat 82:

82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar

dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya.

Dari ayat ini jelas kepada kita bahawa:

1) Pengiktirafan Allah bahawa al Quran adalah sumber penawar.

2) Penawar tersebut berhasil hanya kepada mereka yang bergelar mukminin. Prasyarat bahawa al Quran menjadi ubat kepada mereka adalah ‘yakin dan percaya’ bahawa al Quran mampu menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.

Sabda Nabi saw:

1) “Sebaik-baik ubat adalah al Quran,

2) Ubatilah ia (Saidatina Aisyah ra) dengan kitab Allah.

3) Hendaklah kamu melakukan dua kesembuhan; Madu dan Al Quran.”

HANYA

RM20

RM15

RM10

RM7

(Tidak Termasuk Kos Penghantaran)


Ikhlas,

Ustaz Hayat Annaqsyabandi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...