DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata
Wednesday, March 7, 2012
Sukaneka Pasti Pas Paya Besar Meriah
4/3/2012: Ahad,
Sukaneka Pasti Tahunan Pas Paya Besar Berlangsung meriah di Padang berhadapan dengan Pasti Al Aman di Taman Makota aman. Pasti dibawah naungan Dewan Pemuda Pas Kawasan Paya Besar sekali lagi telah menganjurkan sukaneka Pasti peringkat Kawasan yang dikelolai oleh Jabatan Pasti Kawasan dan pengarahnya Hj Zaidan. Pasti yang terlibat adalah Pasti Al Aman selaku tuan rumah, Pasti Al Hidayah, Pasti An Nur dan Pasti Al Mukmin. Acara yang dipertandingkan ada lima iaitu lari dalam guni, bawa bola pingpong dengan sudu, isi air dalam botol, lari bersama pundi kacang dan tarik bola dengan gelung rotan.
Sukaneka ini telah dikendalikan oleh pertubuhan NGO Nisa' Paya Besar seramai 12 orang terlibat. Pelajar yang terlibat seramai 220 orang termasuk lelaki dan perempuan, Guru-guru yang terlibat seramai 13 orang. Acara bermula pada pukul 9.00 pagi dimana telah dikumpulkan pelajar, guru dan ibubapa pelajar. Tidak kurang juga bantuan tenaga daripada AJK Dewan Pemuda Paya Besar. Pasti Al hidayah merupakan pemenang keseluruhan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh TYDP Paya Besar Ustaz Tarmizi Yahya dimana sebelum itu belaiu telah merasmikan acara penutup bagi sukaneka Pasti untuk tahun ini.
Dalam ucapan beliau selaku Pengarah DUN Panching dan juga Exco Dewan Pemuda Pas Paya Besar telah mengigatkan ibubapa agar membantu anak-anak mereka yang belajar di Pasti supaya melakukan dan memberikan contoh yang baik sepertimana yang diajar oleh guru Pasti kepada anak mereka. Jika tiada tanggung jawap daripada ibu bapa untuk menyokong apa yang diasuh oleh guru maka ianya menjadi sia-sia kerana pengaruh yang lebih besar adalah dirumah dan ini dapat kita bandingkan dengan sekolah lain yang hanya mengajar duniawi dan tiada ajaran kerohanian dan aspek pelajaran islam yang diberikan. Ibubapa yang selama ini mengamalkan kehidupan yang kurang islamik perlulah berubah demi anak-anak mereka. Ketepatan dalam memilih Pasti untuk anak mereka adalah di hargai tetapi bukan semua dapat diajar oleh guru pasti selagi ibubapa tidak berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak mereka memahami cara hidup islam.
Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Jabatan Pasti Paya Besar dan mereka yang telibat secara langsung dalam penganjuran Sukaneka Pasti ini dan mengharapkan ianya boleh dilakukan lagi dimasa yang akan datang. Kejayaan penganjuran ini adalah hasil tarbiah dan kesefaham yang ditunjukkan oleh Jabatan Pasti, Dewan Pemuda Pas dan juga NGO Nisa' sehingga berjaya dalam penganjuran ini. Bukan senang untuk melayan karenah anak-anak kecil ini. Selain itu pihak penganjur juga telah membuka ruang kepada ibubapa untuk mengenali lebih dekat diantara mereka serta beramah mesra dengan AJK Dewan Pemuda.
Selain daripada acara yang dipertandingkan untuk pelajar Pasti, ibubapa juga diberikan peluang untuk bersukan dimana dua acara dipertandingkan iaitu lari dalam guni dan mengisi air dalam botol untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun kebawah pula diberikan peluang untuk acara berebut gula-gula. Pemeriksaan kesihat Percuma juga ada disediakan dan dikendalikan oleh doktor pakar yang didatangkan khas untuk program ini.
Sunday, January 8, 2012
Pertandingan PS 2 menarik minat Pemuda
Pertandingan PS 2 yang telah diadakan di belakang Surau RRM 1 Permatang Badak, Pertandingan yang terbuka kepada pemuda setempat yang berumur 17 tahun sehingga 40 tahun. Kebanyakkan yang hadir dan yang menyertai pertandingan ini adalah tergolong daripada anak-anak muda yang berumur lingkunan 17 hingga 30 tahun.
pertandingan ini telah dianjurkan oleh DACS Kawasan Paya Besar dan penaja adalah surau RRM1 Permatang Badak. Pendekatan ini diambil oleh Surau RRM 1 adalah untuk mendekati pemuda kawasan tersebut dan dalam masa yang sama dapat menarik minat pemuda untuk datang ke Surau tersebut.
Bagi Dewan Pemuda Kawasan Paya Besar ini adalah kali kedua anjuran DACS dalam masa 2 minggu. Sebelum ini telah diadakan pertandingan yang serupa di Taman Tas dan telah menarik minat pemuda dan juga kanak-kanak. Kos yang minima dan peralatan yang canggih telah disediakan dan ini caranya Dewan Pemuda Paya Besar dapat mendekati pemuda.
Ustaz Tarmizi selaku Timbalan Yang Dipertua Kawasan Paya Besar dan juga exco Dewan Pemuda , meluangkan masa bersama dengan peserta dan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pertandingan di RRM Permatang Badak ini dihadkan kepada 32 Peserta sahaja. Memandangkan ramai lagi pemuda yang ingin menyertainya Insya Allah pertandingan ini akan diadakan lagi di tempat yang sama kelak.
Selepas ini Pertandingan akan diadakan di Pandan 2 dan seterusnya akan diadakan disemua cawangan dan UPU. Pertandingan PS2 ini akan dijadikan liga Kawasan dimana pemenang yang berjaya dalam pertanding yang diadakan disemua lokasi kawasan paya Besar akan bertanding di satu tempat yang akan ditetapkan kelak untuk memilih Johan untuk keseluruhan dan akan disedia hadiah yang lumayan.
Wednesday, January 4, 2012
Zua XPDC tarik anak muda rock dekati PAS
KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu. |
Sunday, December 4, 2011
Ambil iktibar kebocoran kilang Lynas di Australia
KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menggesa kerajaan ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi. Menurutnya, ini disebabkan kandungan radioaktif pada sisa pejal di Mt Weld ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan terhasil kilang itu di Gebeng ialah pada kadar 6 Bq|g. Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut. “Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk. “Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng. “Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama,” katanya. Tambah Fuziah, sebarang kebocoran jika berlaku di Lynas akan meninggalkan impak yang bakal memusnahkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk kerana tiada industri yang bebas seratus peratus daripada kemalangan termasuk Lynas terkecuali. Katanya, selama ini Lynas berselindung di sebalik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang seolah-olah menjadi ‘jurucakap’ mereka. “Saya tegaskan bahawa Lynas tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng sekali-kali tidak akan menepati segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa. “Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan keatas LAMP ketika beliau melawat kilang itu di Gebeng kelmarin. “Janganlah cuba mengulangi kesilapan di tempat lain yang hanya akan menjadikan penduduk di Gebeng dan sekitarnya menjadi mangsa,” katanya. Beliau turut kesal sebelum ini pihak kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa sisa dari Lynas adalah selamat sehingga boleh ditabur merata-rata dan percaya maklumat tersebut merupakan input daripada Lynas semata-mata. |
Wednesday, November 16, 2011
UKM4: Pensyarah batal kuliah, bagi rakan sokong
Walaupun keputusan mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi mahasiswa UKM4, namun mereka menyifatkan mendapat satu "kemenangan moral" kerana banyak pihak memberi sokongan dan bantuan.
Ini termasuk pensyarah juga membatalkan kuliahnya bagi membolehkan pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hadir memberi sokongan sewaktu keputusan mahkamah itu diumumkan pada 28 September tahun lalu.
"Kami begitu berbangga walaupun keputusan Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi pihak kami, tetapi tidak ada sedikit pun rasa kesal dalam diri kami.
"Lebih-lebih lagi, sokongan kawan-kawan, bagi saya (cukup) membanggakan. Satu kelas kawan-kawan sains politik datang. Pensyarah batalkan kelas untuk (membolehkan mereka) pergi sokong kawan-kawan (UKM4).
"Itu memang satu perkara, pada pandangan kami sangat menggalakkan. Walaupun tewas di situ tetapi, kami menang moral, kami menang dari segi advokasi memberi kesedaran kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain," kata Muhammad Hilman Idham.
Ketika diwawancara oleh Malaysiakini, beliau berkata mereka banyak menimba pengalaman dan menerima kesan, termasuk juga rakan-rakannya, sejak mereka dihadap ke mahkamah universiti kerana didakwa berkempen dalam pilihan raya Hulu Selangor sehingga mencabar akta itu di mahkamah.
Ini termasuklah memastikan kempen memansuhkan AUKU berjalan dengan teliti, kemampuan mengurus isu, kemampuan rakan mereka menulis kenyataan media, mempelajari proses mahkamah serta membina jaringan lebih luas dengan media, peguam dan NGO, tambahnya.
Sementara itu Woon King Chai - seorang lagi UKM4 yang hadir dalam wawancara tersebut - berkata beliau juga dapat memahami bahawa perjuangan menegakkan kebenaran dan hak asasi "adalah proses yang mengambil masa panjang dan tidak boleh tergesa-gesa".
Kebebasan baru
"Kita merasakan keputusan itu, akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang, lebih daripada kami berempat, (iaitu) kepada semua mahasiswa di Malaysia yang akan datang dan sekarang. Dan mereka menikmati kebebasan yang baru ini," katanya.
Menurutnya, setiap sektor dalam masyarakat - masyarakat sivil, NGO, ahli keluarga, ahli politik telah memainkan satu peranan sama ada kecil atau besar dengan memberi bantuan dan sokongan sepanjang kes UKM4 ini berlangsung.
Ditanya sama ada mereka menjangka keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober itu adalah tidak sah mengikut perlembagaan, mereka berkata "tidak menjangka" bahawa keputusan itu akan dibuat oleh mahkamah itu.
Muhammad Hilman mendakwa banyak pergulatan atau kontroversi dalam sistem kehakiman negara, manakala Woon pula menjelaskan wujud kecenderungan banyak kes yang mencabar akta-akta yang bercanggah dengan perlembagaan itu menemui kegagalan.
"Kita pun tahu trek rekod bahawa kemungkinanya (untuk menang) adalah sangat rendah. Tetapi kerana kita percaya, kita yakin bahawa perkara ini memang bercanggah dengan hak asasi kami," celah Woon.
Ditanya berhubung masa depan kebebasan akademik di negara ini, Muhammad Hilman yakin perkara tersebut akan berlaku kerana prosesnya kini berlangsung dengan perlahan-lahan.
Stigma masyarakat
"Ada baiknya kerana bila proses berlaku secara perlahan-lahan (kerana) ia akan merebak dengan cara yang lebih teratur dan lebih bagus kalau perubahan itu difahami oleh rakyat, katanya.
Manakala Woon pula menyifatkan kemaraan mahasiswa memperjuangkan kebebasan akademik termasuk AUKU "tidak boleh disekat-sekat lagi" kerana kesedaran masyarakat termasuk pelajar dan pensyarah telah berdiskusi dan mengambil pendirian tentang isu itu.
"Itu adalah langkah pertama ke arah pembentukan sebuah masyakat yang demokratik, matang dan yang mampu berbicara (serta) berdiskusi idea.
"Dan itulah langkah yang sihat dan dalam masa lima tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang, apa yang berlaku hari ini akan memberikan kesan (pada) masa depan," katanya.
Mengulas berhubung penggantungan tugas pensyarah UIA Prof Abdul Aziz Bari baru-baru ini, kedua-dua mahasiswa itu tidak bersetuju dengan tindakan kampus berkenaan.
Malah, Woon menyifatkannya sebagai "satu stigma" masyarakat dan universiti yang dibentuk oleh AUKU bahawa peranan pensyarah hanya dalam satu lingkungan sahaja.
"Saya rasa tak sepatutnya sebegitu kerana bagi seorang pensyarah, pengalaman, permahaman terhadap fenomena sosial itu penting untuk kami sebagai ahli masyarakat sendiri (yang) hendak memahami masyarakat sekeliling," katanya.