Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, January 22, 2012

Nukilan seloroh sambutan Tahun Naga

Negara dan media antarabangsa heboh dengan bunyi mengerikan yang dirakam di Aaborg, Denmark dan terbaru di negara Malaysia, yang berlaku di Kota Samarahan, Sabah pada 11 dan 12hb lalu.

Pelbagai spekulasi dibuat mengenai sumber bunyi tersebut, namun apa yang jelas ialah bunyi tersebut berbentuk bunyi dengkuran kuat yang diulang berkali-kali.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berkebetulan tahun naga air, ada juga “suara nakal” yang menyatakan apakah bunyi itu bunyi dengkuran 'naga yang sedang tidur'.

Kerana apabila naga sedang tidur, memang ia tidak akan mengancam sesiapa pun. Namun, bilamana ia terjaga, naga air yang baik akan melawan naga jahat.

Naga jahat ini bukan sekadar jahat, ia juga terkenal dengan sikap makan duit rasuah, makan lembu, teropong dan X-band. Bahkan, dengan kekayaan yang melimpah-limpah, naga jahat ni dilihat terus berminat dengan koleksi beg tangan, cincin dan kosmetik.

Terbaru, naga jahat ni mula mengubah taktik, ia tiba-tiba menunjukkan “kebaikan” dengan memberi duit RM500 dan termasuk pukat kepada nelayan supaya boleh menjerat naga air yang baik ini.

Mungkin naga jahat terlupa naga air yang baik ini, walaupun tinggal di dalam air ada sakti, boleh sembur api walaupun dalam air yang menghanguskan pukat dan jerat rasuahnya.

Apapun yang masih menjadi tanda-tanya kini ialah bila naga air yang baik yang sedang berdengkur tu nak bangun dari tidurnya?

Kalau dengar dengkuran tu, macam lama lagi ia nak tidur. Sekurang-kurangnya tiga empat bulan lagi. Apa pun yang tidur, tidak selamanya tidur.

Satu hari dia akan terjaga juga. Untuk memendekkan cerita, apabila naga air yang baik terjaga, naga jahat pasti dapat ditewaskan akhirnya.

Sekadar nukilan untuk menambahkan riang sempena cuti panjang sambutan Tahun Naga.

Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Januari 2012

Saturday, January 21, 2012

Selamat Tahun Baru Cina: Jayakan perubahan

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua. Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat dan mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat tahun baru dan menjadikan sambutan tahun baru pada kali ini dengan satu azam dan tekad baru iaitu bersama-sama menjayakan perubahan bagi negeri Pahang ini dan negara kita amnya.

Perubahan ini merupakan salah satu di antara agenda besar, bukan saja dalam konteks politik bahkan juga dalam seluruh sistem kehidupan kita seharian.

Kita lihat negara kita yang berbilang kaum, berbilang budaya, berbilang agama perlu hidup secara harmoni saling hormat menghormati serta memahami hak-hak agama masing-masing. Di waktu yang sama kita juga mestilah memikirkan masa depan negeri kita, negara kita dengan cara kita menghapuskan segala elemen yang merosakkan sama ada dalam peningkatan gejala rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya.

Kita perlu bersama bertekad seluruh kaum di negara ini untuk bangkit dan berani untuk melakukan perubahan besar-besaran supaya kita mengembalikan satu sistem yang adil yang harmoni yang sejahtera. Islam sebagai sebuah agama sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam sama ada apa agama kita sekali pun kita perlu memahami tanggungjawab kita bersama sebagai warga negara Malaysia kita mempunyai hak yang sama di atas bumi kita tanah air kita.

Marilah kita bersama-sama menggerakkan masyarakat kita, kita bina kesedaran di kalangan masyarakat untuk bersama-sama kita meningkatkan kemampuan ekonomi kita agar lebih baik dan stabil, juga keadilan lebih merata di kalangan rakyat.

Pada waktu yang sama kita cuba menghapuskan nilai-nilai yang merosakkan dalam masyarakat. Selamat menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fat Cai.


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ramuan, resepi kemenangan sudah tersedia ...

Ahmad Lutfi Othman,
21 Jan 2012

Agak ramai rakan-rakan yang gusar dan tidak senang dengan "keraguan dan kemusykilan" yang sering saya timbulkan apabila membicarakan potensi serta peluang Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Ada juga yang menyifatkan persoalan yang saya bangkitkan itu hanya akan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Pakatan menerajui Putrajaya.

Saya akui, saya lebih cenderung untuk menanggapi situasi politik semasa daripada sudut pandang yang lebih berwaspada. Saya cuba membayangkan apakah keadaan terburuk yang bakal PAS atau Pakatan hadapi, dengan harapan bahawa baki masa yang ada dapat dimanfaatkan bagi melakukan pelbagai usaha penambahbaikan, memperkemas persiapan, dan memperbaiki kelemahan.

Misalnya, jika ditanya pendapat saya tentang kemungkinan BN merebut semula Selangor, tanpa ragu saya membalas, "tidak mustahil". Bukan pula bermakna saya meremehkan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat, malah perubahan yang dicetuskannya, terutama dari segi ketelusan, anti-rasuah dan akauntabiliti, cukup memberangsangkan. Begitu juga gaya hidup sederhana wakil-wakil rakyatnya.

LAGI >>


Penulis ialah Ketua Pengarang Kumpulan Harakah

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 21 Jan 2012

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.

Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.

Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.

Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Presiden PAS

Friday, January 20, 2012

Pemuda PAS bantah pemasangan bendera BN di Klinik Kesihatan Beseri

KANGAR - Ekoran perbuatan biadap Barisan Nasional (BN) Perlis yang memsang bendera parti mereka di kawasan premis awam, Pemuda PAS Padang Besar menghantar bantahan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Bantahan rasmi diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Padang Besar, Shuhairi Samsuddin kepada Setiausaha MPK, Suhaimi Abdul Majid yang mewakili Yang Dipertua MPK Khamis lalu.

Menurut Shuhairi, bantahan dikemukakan kerana BN telah memasang begitu banyak bendera parti mereka di pagar Klinik Kesihatan Beseri sejak seminggu yang lalu.

Begitu juga katanya, pihak BN
dengan biadabnya telah memasang dua bendera di tiang bendera klinik tersebut bersama bendera Malaysia dan bendera Perlis.

"Kami juga mendapati sejak beberapa minggu kebelakangan ini pemasangan bendera Barisan Nasional dibuat secara berleluasa di seluruh negeri Perlis yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri ini memandangkan pemasangan ini dibuat di luar musim pilihanraya.

"Kami melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera di premis awam seperti ini yang boleh menimbulkan fitnah dan rasa kurang senang di kalangan pengurusan dan kakitangan klinik serta menimbulkan pelbagai persepsi buruk di mata awam," katanya.

Justeru Pemuda PAS Padang Besar memohon pihak MPK mengambil tindakan segera dengan sikap yang telus dan professional berkaitan bantahan yang dikemukakan.

"Kami tidak mahu wujudnya suasana yang tegang mahupun persaingan tidak sihat di kalangan parti politik di negeri ini, " ujarnya lagi.

Thursday, January 19, 2012

Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 5

Hasan Ali seperti ‘buah buruk’, tak perlu petik akan jatuh sendiri, kata veteran PAS

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 18 Jan — Veteran PAS Subky Abdul Latif mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti “buah buruk” yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu “dijolok ” .

Ketika dihubungi The Malaysian Insider Subky berkata kepimpinan PAS tidak perlu melayan dan ambil peduli tentang tuduhan yang dilemparkan Hasan terhadap parti itu.

Beliau juga berkata Hasan kini hanya “orang luar” dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan (gambar) dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Sunday, January 15, 2012

Pakatan ikrar bentuk kerajaan bersih

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menyatakan ikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha pakatan tersebut.

Pemimpin DAP, PAS dan PKR itu mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 2,000 orang penyokong mereka dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar.

Dalam ikrar tersebut, pemimpin berkenaan berkata asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia semakin dinafikan hak serta terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan," kata pemimpin parti itu ketika membacakan ikrar yang diketuai penolong setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pemimpin berkenaan menggariskan empat janji utama – mempertahan perlembagaan dan dasar bersama Pakatan, memperkukuh kerjasama antara anggota komponennya serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Pemimpin yang mengambil bahagian dalam upacara sumpah ikrar itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannya Azmin Ali.

Turut sama dalam upacara itu ialah setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, penasihat parti itu Lim Kit Siang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – ‘Bersihkan Malaysia’

Harakahdaily

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.

Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, ‘brain-drain’ tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem ‘delivery’ berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden.

Lebih parah lagi kerana krisis ini bukan sahaja menyinggung aspek ekonomi dan kewangan akan tetapi melingkungi seluruh dimensi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kebrentakan ini terpapar jelas dengan pelbagai pola-pola persengkataan yang semakin tajam dan mendalam, di segi pertentangan ras-perkauman, tuntutan kelompok pendukung agama secara sempit dan kelompangan atau ‘lacuna’ bidang kuasa legal dan perundangan yang kerap disemarakkan api kefanatikan dan kejumudan politik perkauman.

Sementara itu fungsi institusi-institusi kritikal terus terkorban dari berperanan menjadi penyemak-imbang utama yang berkesan kerana terlalu tunduk dan dibelenggui penguasa Eksekutif yang angkuh dan rakus memusatkan dan merampas bidang wewenangan kuasa cabang Judisiari dan Legislatif yang terus dimandulkan.

Tegasnya seteru politik kita, Umno-BN telah merosakkan dan menodai institusi-institusi kritikal negara –“An Assault on the Nation” yang sekaligus telah menatijahkan “Kereputan Sistem” atau “Systemic Rot” secara menyeluruh.

BACA LAGI DI SINI >>

Friday, January 13, 2012

PAS Perlis bantah pemasangan bendera BN

KANGAR - PAS Perlis membantah pemasangan bendera Barisan Nasional secara berleluasa di seluruh negeri Perlis sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, pemasangan bendera tersebut yang dibuat di luar masa pilihanraya boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Perlis.

"Kita turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera berhampiran premis awam seperti sekolah dan sebagainya. Saya dapati terdapat bendera BN yang dipasang berhampiran pagar sekolah.

"Kita difahamkan bahawa pihak U
mno/BN Perlis ada melakukan simulasi pilihanraya baru-baru ini, tetapi kenapa bendera-bendera tersebut tidak diturunkan lagi?

"Begitu juga kita faham bahawa ada pimpinan tertinggi BN yang akan datang ke Perlis, tetapi tidak wajar bendera tersebut dipasang terlalu hampir dengan premis awam," ujarnya.

Untuk itu menurut Anuar lagi, PAS Perlis akan mengemukakan bantahan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berkaitan isu ini.

"Kita jangkakan jika bendera PAS, KeADILan ata DAP yang dipasang dengan banyaknya sudah tentu ianya akan diturunkan, jadi kita minta kerjasama dan pertimbangan baik MPK berkaitan hal ini.

"Janganlah pemasangan bendera yang banyak macam ni sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat sedangkan parlimen belum dibubarkan lagi. Jangan sampai nanti wujud persaingan tidak sihat di kalangan parti-parti politik di negeri ini," katanya lagi.

Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 3


Pak Syed Pejabat Agung meninggal dunia


Al-Fatihah


Syed Mohamad Syed Hasan, 62, yang bertugas di Pejabat Agung PAS, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham lebih terkenal dengan panggilan Pak Syed mengalami batuk sejak malam tadi meninggal di rumahnya di Taman Gombak, tidak jauh daripada Markas PAS Pusat, Taman Melewar, kira-kira jam 8.30 pagi.

Ikuti laporan berikut>>

Harakahdaily
Tarmizi Mohd Jam

Sunday, January 08, 2012

Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 2



PAS pecat Hasan Ali

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS