SUATUL HAQ SUARA KEBENARAN
BIL 1. DESIMBER 2013.
SELAGI ISLAM TIDAK BERKUASA ….
JENAYAH TERUS BERLELUASA.
Belum
pun reda kebimbangan dan ketakutan masyarakat berhubung pembunuhan ke atas
Norazita Abdul Talib,seorang pegawai AMBANK cawangan Subang Jaya yang ditembak
dengan kejam di bahagian mukanya,pada 10 Nov 2013 yang lepas Negara digemparkan
dengan pembunuhan Uataz Ahmad Raffli Abdul Malek 49 Tahun,Ketua Bahagian
Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang juga ditembak secara dekat di
depan rumahnya di Indera Mahkota 2 ,Kuantan Pahang,pada waktu
siang.Walaupun suspek utama kes pembunuhan Norazita telah ditangkap , namun hal
ini sedikitpun tidak menghilangkan kekhuatiran orang ramai akan tahap
keselamatan mereka ketika ini . Di saat
pasukan polis cuba mengatakan bahawa kadar jenayah semakin menurun,
kecekapan polis semakin meningkat, peruntukan mencegah jenayah semakin besar
diberikan oleh kerajaan,bilangan anggota dan segala kelengkapan polis dan banyak lagi propaganda lainnya,kesemua
ini tidak menghilngkannrasa takut masyarakat terhadap aktiviti jenayah yang
saban hari semakin mengerikan. Suasana
kehidupan, baik bagi lelaki maupun wanita,apatah lagi ibu-bapa yang
mempunyai anak –anak kecil,kini sentiasa
dicengkam rasa takut terhadap
akviti jenayah yang berlaku disekeliling
mereka sehingga tidak sedikit yang megalami truma akibat dari hal ini .
Masyarakat juga merasakan tidak
selamat,bukan sahaja semasa keluar rumah,malah semasa berada dalam rumah pun belum tentu keselamatan merek terjamin . Masyarakat
juga merasakan sudah dapat mempercayai,
bukan sahaja orang yang mereka tidak kenal,malah orang yang mereka kenal dan
sepatutnya menjaga mereka pun sudah
tidak lagi dapat dipercayai .Pendek kata
,kehidupan masyarakat dibelenggu ketakutan
di kiri dan kanan,atas dan bawah , depan
dan belakang.
Jenayah telah berkembang sedemikian
rupa ,sehingga tidak mengira mangsa,tempat,waktu dan lebih buruk penjenayah ini
seolah –olah langsung sudah tidak takutkan undang –undang yang ada.
Masyarakat merasakan yang perkembangan
jenayah ini sudah tidak dapat dibendung lagi oleh pihak yang berwajib.
Pembunuhan,rompakan,pencurian,samun,penculikan,rasuah,penyelewengan,pemerkosaan,penipuan
dan banyak lagi sudah menjadi hidangan harian di dalam masyarakat .Mahu tak
mahu,masyarakat harus menelannya.Sungguh sempit dunia ini dirasakan sehinggakan
masyarakat bertanya,”Dimanakah tempat yang selamat untuk kami dan
keluarga..apakah tidak ada penyudahnya kepada semua ini …. Kemanakah kami perlu
berpindah agar dapat menjauhi segala ketakutan ini ….bilakah semua ini akan
berakhir ??? “dan banyak lagi persolan seumpama itu bermain di benak
setiap anggota masyarakat.Apa yang pasti ,masyarakat melihat bahawa usaha –
usaha yang dilakukan untuk
mengatasi atau mengurangkan kadar
jenayah sama sekali tidak memadai dan tidak pernah berhasil .Sudah terbukti
bahawa para penjenayah melakukan perbuatannya tanpa merasa takut akan konsekuansi yang timbul akibat perbuatan
mereka itu.Bahkan ramai di antara mereka yang sentiasa mengulangi perbuatan
jahat mereka dari masa kesemasa,tidak kira sama ada yang belum masuk
penjara atau yang keluar dari
penjara,Para mangsa pula,selain mengalami keresahan dan ketakutan disepanjang
hidup mereka,sudah berputus asa kerana merasa tidak selamat serta tidak
mendapat keamanan dan keadilan dari sistem dan undang – undang yang ada .
Sesungguhnya kesemua aktiviti
jenayah yang berlaku pada hari ini tidak dapat dipisahkan dari sistem dan
undang – undang yang diterapkan. Sistem yang rosak akan melahirkan manusia yang
rosak atau cenderung untuk melakukan kerosakkan .Hari ini
,kebanyakkan dunia Islam diperintah oleh
sistem di mana undang – undangnya
dicipta oleh manusia dengan mengenepikan hukum – hukum Allah SWT .Dalam sistem
ini ,pemerintah ( yang terdiri daripada ahli –ahli politik) membuat aturan hidup untuk rakyatnya ,bukan
dengan aturan Allah,tetapi dengan aturan yang dibuat oleh mereka sendiri.
MASIH BERHARAP KEPADA SISTEM YANG
ROSAK ?
Politik merupakan pengaturan urusan
umat . Pemerintah adalah pihak yang mengatur ,manakala rakyat adalah pihak yang
diatur.Politik merupakan proses
interaksi antara pemerintah dan masyarakat untuk menentukan polisi umum
(public policy) demi kebaikan bersama.Semua mengetahui bahawa sistem pemerintahan yang
dianut di Malaysia adalah demokrasi. Justeru itu,urusan umat Islam di Malaysia ini di atur dengan sistem demokrasi,bukannya sistem
Islam,di mana idea dasar demokrasi adalah kedulatan di tangan Rakyat yang
membawa konsekuensi bahawa kuasa membuat hukum ada di tangan manusia. Demokrasi
selalu dianggap oleh penganutnya sebagai sistem politik yang paling adeal
sehingga dalam sistem demokrasi, rakyat dianggap benar –benar berdaulat dan
boleh mendapat seluruh aspirasinya.Oleh yang demikian,melalui proses politik
yang demokratis ,lantas dibayangkan bakal tercipta sebuah kehidupan masyarakat
yang ideal,adil,damai,tenteram dan sejahtera.Namun,hakikatnya semua itu
hanyalah ilusi,bahkan dusta yang nyata,Secara praktikalnya gagasan yang
dianggap ideal itu tidak pernah wujud, malah apa yang berlaku adalah
sebaliknya.Dalam Negara demokrasi,pemerintahan kuku besi terjadi di mana –mana ,ketidakadilan,penindasan,kemiskinan,jenayah,kerosakkan
akhlak dan pelbagai keburukan lain merupakan fenomena biasa. Penentu kepada segala peraturan dan
polisi adalah sekelompak punguasa dan
para kapitalis yang saling bekerjsama untuk meraih sebanyak mungkin manfaat dan
kepentingan untuk mereka sendiri tanpa pernah memikirkan apatah lagi menayakan
apakah aspirasi rakyat yang sebenarnya. Parti politik dan wakilnya di Parlimen
hanya bertindak untuk memenuhi masalah masing-masing semta –mata(khususnya
wakil BN) .Dalam rangka mencari kekayaan,pengaruh,pangkat dan kuasa ,rasuah dan
penyelewengan di mana pemerintah sudah menjadi perkara biasa dan sudah tidak
terkata banyaknya.Oleh itu,dalam realiti yang dapat dilihat sehari-hari,tidak pernah wujud sebuah
masyarakat yang hidup dengan penuh keadilan,kedamaian,ketenteraman, dan
kesejahteraan dalam sebuah sistem yang bernama demokrasi.Sebaliknya ketidakadilan semakin menganga,kekayaan dan kesejahteraan memang
ada,tetapi hanya untuk segelintir elit yang berkuasa.Manakala Rakyat pula
terus ditindas,sengsara,menderita dan
dihisap darahnya tanpa henti.Dengan kata lain,rakyat terus menjadi mangsa
kepada sistem yang rosak ini,bukan
sekadar tertindas dek sistem demokrasi itu sendiri, malah dek setiap keburukan
yang lahir dari sistem yang rosak ini
seperti kes-kes jenayah yang begitu
banyak.Tatakala rakyat menderita dan
hidup dalam ketakutan,para penguasa yang
sedia kaya raya, hidup dalam keadaan dijaga rapi oleh ratusan pengawal, yang
terkawal untuk mereka siang dan malam agar terselamat dari ancaman
penjenayah.Malah lebih buruk , ramai di
kalangan penguasa dan ahli politik yang
menjadi pelindung kepada para
penjenayah dan berapa ramai
daripada kalangan penguasa dan ahli politik itu sendiri yang menjadi penjenayah
dan sering didakwa atas pelbagai kesalahan jenayah .
Dalam sistem demokrasi , bagi
penguasa, rakyat hanyalah alat untuk meraih kekuasaan.Bukanlah “kedulatan
rakyat” yang sebenarnya dijaga oleh sistem demokrasi ,melainkan”kedulatan para
pemilik modal (kapitalis)” atau “ kedulatan pnguasa” itu sendiri yang didukung
oleh para pemilik modal,inilah sebenarnya yang didulatkan.Inilah realiti di
Negara – Negara penganut demokrasi ,baik di Negara asalnya di barat, mahupun di
Negara kaum Muslimin .Justeru itu,tidak aneh sekiranya orang barat yang sudah
agak cerdik dalam memahami kesan demokrasi adalah sebuah sistem yang
bermasalah,
Dengan segala kerosakkan yang dibawa
dan terhasil dari sistem demokrasi ini dan dengan fakta –fakta yang terang lagi
bersuluh bahawa sistem ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah,sebaliknya
menimbulkan lagi banyak masalah, apakah wajar bagi umat Islam untuk masih
berharap kepada sistem kufur ini untuk menyelesaikan segala masalah,termasuklah
masalah jenayah secara khusus ?.
BAGAIMANA ISLAM MENCEGAH JENAYAH ?
Apabila berbicara tentang jenayah di
dalam Islam, sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan persoalan nidzam
al-uqubat (sistem hukuman) .Hal ini memang benar,namun perlu difahami dengan
benar juga bahawa Allah SWT menurunkan Islam sebagai sebuah deen atau cara
hidup yang menyeluruh dan sempurna
.Uqubat hanyalah sebahagian dari
kesempurnaan Islam yang wajib
diterapkan.Dengan kata lain,kesemua sistem dalam Islam (bukan hanya uqubat)
seperti nidzam al-hukmi (sistem pemerintahan) , nidzam al-iqtisaq (sistem
ekonomi) nidzam alijtimaei (sistem pergaulan) , syiasah al-ta’lim (polisi
pendidakan) dan syiasah al-kharajiyyah (polisi luar Negara) wajib diterpkan
secara bersamaan .Apabila kesemua sistem
ini diterapkan secara serentak,barulah ia akan berfungsi secara harmonis
hingga mampu mewujudkan satu kesatuan
sistem yang utuh dan sempurna serta
menampakkan keindahan Agama Islam sebagai sebuah cara hidup.Penting dikatakan
ke empat –empat jenis uqubat (jinayat ,
hudud, ta’zir dan mukhalafah) yang diterapkan oleh Negara Islam merupakan usaha
terakhir dalam proses mencegah dan membenteras jenayah .Sistem pemerintahan
Islam, yakni sistem khalifah,apabila diterapkan, akan pasti menjamin keadilam
untuk seluruh umat manusia dan mendapat keredaan Allah SWT .Sistem ekonomi
Islam apabila diterapkan akan menjamin setiap warga Negara mendapat segala apa
yang mereka perlukan dalam jumlah yang mencukupi untuk menampung hidup mereka
sehari –hari sehingga tidak ada seorang pun yang perlu melakukan jenayah untuk
meneruskan hidupnya. Demikian pula polisi pendidikan akan menjamin setiap
anggota masyarakat terdidik dengan syakhsiyyah Islamiyyah sekali gus menghindari segala bentuk
kejahatan dalam rangka mewujudkan ketakwaan
dalam diri setiap individu kepada Allah SWT.Semantara sistem pergaulan
akan menjamin kebahgiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan khusus (hayatul
khas) dan kehidupan umum (hayatul am)
serta pemisahan beberapa aktiviti kaum lelaki dan perempuan sekali gus
menanamkan ke dalam benak seluruh anggota masyarakat ,sikap menjaga,menghormati, dan
menghargai lawan jenisnya, sehingga dapat menghindarkan kemungkinan terjadinya
jenayah dan gejala sosial dalam perkara
ini.
Bukan tu sahaja , penerapan Islam secara menyeluruh oleh Negara
akan secara outomatik memastikan segala pintu maksiat tertutup rapat .Apabila
kesemua sistem Islam telah diterapkan secara menyeluruh sehingga tidak ada
seorang individu pun dizalimi atau tidak
mendapat haknya dan ruang maksiat sudah tertutup, maka secara alaminya , jenayah
akan dapat dihindari .Dalam keadaan ini
(dalam keadaan di mana kesemua sistem
Islamdijalankan sehingga setiap individu mendapat haknya dan tidak ada seorang
pun dizalimi) sekiranya masih ada individu
yang melakukan maksiat atau jenayah,maka memang sepatutnya individu
tersebut dihukum dengan sewajarnya . Ringkasnya ,dalam konteks pencegahan
jenayah,perlaksanaan sistem – sistem Islam akan membentuk tiga lapisan
pencegahan yang berupa ketakwaan individu,pencegahan oleh masyarakat dan
perlaksaan uqubat oleh Negara .
Uqubat adalah langkah terakhir dalam
mencegah dan membentras jenayah.Negara Islam memiliki sistem pengadilan yang
komprehensif,yang mampu menghalang serta dapat mengubah orang –orang yang
menyimpang dari hukum syarak (para pelaku maksiat atau penjenayah) Uqubat yang
datangnya dari Pencipta manusia itu sendiri yang dikenakan ke atas mereka yang
bersalah,sememangnya telah terbukti menjadi langkah efektif untuk mencegah dan
melawan jenayah,Rasa takut terhadap uqubat akan mencegah seseorang dari melakukan
maksiat manakala diwaktu uqubat itu dilaksankan ke atas manusia , akan menimbulkan kesedaran dan
kesetikan .Bayangkan apakah perasaan dan sikap seorang pencuri yang telah
dipotong tangannya ? Bayangkan jika kita melihat seseorang yang berjalan di tempat
awam dengan satu tangannya yang satu
terpotong kerana dihukum atas kesalahan mencuri.Bayangkan jika si penzina
disebat atau direjam dikhalayak ramai kerana kesalahan berzina.bayangkan si
pembunuh yang dibunuh dan si murtad yang dipenggal lehernya dikhalayak ramai
atas kesalahan yang mereka
lakukan.Apakah semua ini tidak menimbulkan kesedaran, rasa takut atau serik
kepada setiap orang untuk melakukan
kesalahan ?.
Apabila sistem –sistem Islam
diterapkan, kita akan dapat melihat bahawa tujuan keadilan dalam Islam
bukanalah dalan aspek menghukum manusia yang bersalah semata –mata ,akan tetapi
keadilan akan wujud dalam kehidupan sehingga dapat menjamin hak –hak dan keamanan dalam sesebuah masyarakat dan
Negara.Dalam sejarahnya yang panjang,Negara Islam (khalifah) telah berhasil
mewujudkan tujuan ini selama lebih dari 1300 tahun.Inilah sebabnya mengapa
pelaksanaan hudud tidak banyak terjadi tatkala kesemua sistem Islam diterapkan
kerana wujudnya ketakwaan dalam diri individu,amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat dan penerapan hukum –hukum
Islam oleh Negara.
Khatimah
.Sistem pemerintahan dan amalan
politik yang diterapkan di Malaysia adalah berasaskan sekularisme yakni
pemisahan agama Islam dari kehidupan (فصل
الدين عن الحياة) .Hukum –hukum
yang diterapkan adalah bersumberkan dari akal dan hawa nafsu manusia melalui
proses demokrasi .Undang –undang dibuat oleh para penguasa yang tidak lepas
dari kepentingan, baik kepentingan wang ataupun kekuasaan .Selama sekularisme dengan demokrasinya yang diterapkan, selama itulah akan terjadi
kerosakkan dan kebinasaan kepada umat manusia amnya,dan umat Islam
khasnya.Pendekkata , selagi Islam tidak berkuasa , selagi itulah jenayah dan
lain –lain kemaksiatan akan terus berleluasa dan bermahrajalela . Hanya pelaksanan
syariat Islam sajalah yang bukan sahaja dapat mencegah segala bentuk jenayah
dan kemaksiatan, malah akan menjamin keadilan ke atas setiap manusia , kerana
syariat Islam itu berasal dari Zat Yang Maha Adil dan Maha Sempurna.
Berpalingnya manusia dari
hukum –hukum Allahlah yang menyebabkan kehidupan terasa sungguh sempit dan
terhimpit . Benarlah firman Allah dalam
ayat 14 Surah Taha :
ô`tBur uÚtôãr& `tã “Ìò2ÏŒ ¨bÎ*sù ¼ã&s! Zpt±ŠÏètB %Z3Y|Ê ¼çnãà±øtwUur uQöqtƒ ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# 4‘yJôãr& ÇÊËÍÈ
"Dan
sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari
kiamat dalam keadaan buta".
Maka,
apakah kalian masih terus mahu berpaling dari sistem Islam ? Apakah kalian masih mahukan sistem demokrasi dengan konsep
kedulatan rakyatnya dan terus tinggal dalam sistem kufur ini dengan penuh
kesempitan di dunia dan akan mendapat azab Allah di akhirat kelak ?
Sesungguhnya kami telah menyampaikan dan sesungguhnya nasihat itu amat berguna
bagi yang memberinya dan bermanfaat bagi menerimanya ,Kepada Allah kami
serahkan segala urusan , SesungguhNya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa .
BULETIN
Bulanan Urusan Ulamak Pas Kawasan Temerloh –InsyaAllah akan keluar pada minggu
kedua Bulan hadapan Januari 2014) ,Dari
saya Ketua Penerangan dan Pengarang Sautul Haq .Sekian Terima Kasih – Salam
Ukwah dan beramallah dengan Islam dengan sebaik-Baiknya.