Ronald Reagan
Ronald Reagan رونلد ريݢن | |
---|---|
Dalam jawatan 20 Januari 1981 – 20 Januari 1989 | |
Naib Presiden | George H. W. Bush |
Didahului oleh | Jimmy Carter |
Digantikan oleh | George H. W. Bush |
Dalam jawatan 2 Januari 1967 – 6 Januari 1975 | |
Leftenan | Robert Finch Edwin Reinecke John L. Harmer |
Didahului oleh | Pat Brown |
Digantikan oleh | Jerry Brown |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tampico, Illinois, A.S. | 6 Februari 1911
Mati | 5 Jun 2004 Bel-Air, Los Angeles, California, A.S. | (umur 93)
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Republikan |
Pasangan |
|
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Cabang/khidmat |
|
Tahun khidmat | 1942–1945 |
Pangkat | Kapten |
Unit | Unit Pangkalan AAF ke-18 |
Perang/Pertempuran | |
Ronald Wilson Reagan (6 Februari 1911 – 5 Jun 2004; Jawi: رونلد ويلسن ريݢن ) ialah ahli politik, pelakon dan negarawan Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-40 dari tahun 1981 hingga 1989. Beliau sebelumnya berkhidmat Gabenor California ke-33 dari tahun 1967 hingga 1975. Reagan juga merupakan pelakon filem sebelum memasuki politik.
Beliau hidup lebih panjang daripada presiden yang lainnya (93 tahun, 119 hari) dan merupakan presiden terpilih tertua (69 tahun, 349 hari saat mengambil kekuasaan) sehingga rekod ini dikalahkan oleh bekas presiden Jimmy Carter yang kini merupakan presiden tertua yang masih hidup.[1]
Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Ronald Wilson Reagan lahir di sebuah rumah pangsa di Tampico, Illinois pada 6 Februari 1911. Beliau merupakan anak bongsu kepada Nelle Clyde Wilson (1883 – 1962); seorang kacukan Scotland, Inggeris dan Ireland[2] - dan Jack Reagan (1883 – 1941), seorang peniaga keturunan Katolik dari Kaunti Tipperary;[3][4] abangnya Neil Reagan (1908–1996), bekerja dalam bidang pengiklanan.[5]
Reagan menuntut di Eureka College di Eureka, Illinois di mana beliau mengembangkan bakat dalam bidang lakonan. Beliau menjadi penyiar radio permainan Chicago Cubs, hanya mengambil garis bentuk sederhana permainan dari telegraf dan memantapkan bakat imaginasi beliau, menyempurnakan permainannya.
Kerjaya lakonan
[sunting | sunting sumber]Kerjaya dalam filem
[sunting | sunting sumber]Reagan mendapat kerjaya yang berjaya di Hollywood sebagai peranan penting kedua, sebab wajah dan tubuhnya gagah seperti suaranya. Pada 1940 ia memainkan peranan George "The Gipper" Gipp dalam filem Knute Rockne All American, dari yang ia mendapatkan nama panggilan Gipper, yang digunakan beliau sepanjang hidupnya. Reagan sendiri menganggap bahawa pekerjaan lakonan terbaiknya ialah dalam Kings Row (1942). Film terkemuka Reagan lainnya termasuk Hellcats of the Navy dan Bedtime for Bonzo. Beliau termasuk dalam Hollywood Walk of Fame di 6374 Hollywood Boulevard.
Perkhidmatan Ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Reagan diangkat sebagai perwira kavaleri cadangan dalam ketenteraan A.S. pada tahun 1935. Setelah peristiwa Pearl Harbor, beliau diaktifkan dan ditugaskan dalam Unit Perfileman pertama dalam Kor AU, yang mengadakan latihan dan pendidikan filem. Beliau berada di Hollywood sepanjang peperangan.
Kerjaya televisyen
[sunting | sunting sumber]Karena peranan filem Reagan semakin kurang popular di akhir 1950-an, beliau pindah ke bidang televisyen sebagai pengacara untuk General Electric Theater. Pekerjaan lakonan tetap terakhirnya ialah sebagai pengacara di Death Valley Days.
Sebagai Presiden Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Pada 30 Mac 1981, hari ke-69 kepresidenan beliau, ketika meninggalkan Hotel Hilton di Washington, DC Presiden Reagan, Jurucakap Rumah Putih James Brady, pegawai Khidmat Rahsia dan pihak polis Daerah Columbia ditembak oleh seorang penagih John Hinckley, Jr. Reagan dikejarkan ke hospital untuk pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari dada beliau. Reagan berkata kepada pakar bedah, "Saya berharap anda semua warga Republikan," dan kepada isterinya Nancy dengan bergurau berkata, "Sayang, saya lupa untuk mengelak."
Sebagai presiden, beliau mendukung:
- Antikomunisme
- Setuju perlaksanaan cukai pegangan
- Setuju pemerintahan awam
- Pendukung usaha perniagaan besar dan kecil
- Pendukung kebebasan individu
- Tegas menghadapi pengganas
Beliau dikenali juga kerana:
- Menguatkan ketenteraan
- Perundingan persetujuan pengurangan senjata nuklear
- Mengusulkan Inisiatif Pertahanan Strategi (Strategic Defense Initiative)
- Mempersenjatai dan melatih kelompok anti-komunis seperti Contra dan Mujahidin.
- Menjual senjata kepada sekutu asing seperti Taiwan, Israel, Arab Saudi, dan yang terkenal, Iraq.
- Menurunkan pajak secara signifikan, memutar tren sejarah terhadap pajak yang lebih tinggi
- Meningkatkan defisit persekutuan
- Secara besar-besaran meningkatkan " perang melawan narkotik "
- Mengakhiri inflasi tinggi yang menghancurkan ekonomi di masa pendahulunya Jimmy Carter dan Gerald Ford.
- Membantu ‘memenangkan’ Perang Dingin
- Menyetujui pemecatan beberapa penjaga lalu lintas udara saat mereka mogok pada musim panas 1981
Reaganomics
[sunting | sunting sumber]Masa jabatan pertama Presiden Reagan berfokus pada penyegaran stagnasi keadaan ekonomi, inflasi dan pengangguran. Kebijakan Reagan terkenal sebagai "Reaganomics", gelaran yang digunakan sebagi pendukung dan kritik beliau. Pemotongan pajak juga bergabung dengan pengeluaran ketenteraan yang besar sebagai akibat yang amat tinggi dan pertambahan dramatik dalam hutang kebangsaan. Hutang bertambah dengan sekitar 200% (3 kali ganda) antara ketika Reagan menjawat dan ketika penggantinya George H. W. Bush, menjawat sebagai Presiden.
Di sisi lain, pengeluaran ini menutupi kerugian dengan pendapatan pajak yang ditambah, dan beberapa pendukung Reagan menghubungkannya pada penggunaan berhasil kebijakan pajak ekonomi pihak perbekalan. Kritik Presiden Reagan mengemukakan bahawa walau pernyataannya menganjurkan pemerintahan intrusif yang kecil, pengeluaran persekutuan dan birokrasi bertambah selama pemerintahannya. Tidak menghairankan, ada ketidaksetujuan atas berapa banyak tindakan Reagan ketika kemelesetan hebat yang terjadi pada tahun 1982.
Kesatuan Soviet dan Perang Dingin
[sunting | sunting sumber]Perbahasan Reagan yang bijak dan lantang membuatkan beliau digelar "Komunikator Besar." Pada 8 Mac 1983, beliau menyebut Kesatuan Soviet sebagai "Empayar Syaitan" ( Empire of Evil ) dan ketika berucap di hadapan Tembok Berlin beliau menentang pemimpin Kesatuan Soviet iaitu Mikhail Gorbachev.
Sementara itu banyak pendukung Reagan memujinya yang dianggap berhasil memenangkan Perang Dingin. Para pakar menghubungkan jatuhnya komunisme pada 1989 di Eropah Timur dan Kesatuan Soviet dengan saat memuncaknya krisis ekonomi Kesatuan Soviet dan kegagalan perbaikan ekonomi dan politik yang digagas Presiden Mikhail Gorbachev. Tindakan Reagan termasuk dorongan kuat pada ketenteraan A.S. dan doktrin "perdamaian melalui kekuatan." Salah satu usulan yang lebih menimbulkan kontroversi ialah Inisiatif Pertahanan Strategis (SDI), sistem pertahanan yang diharapkannya akan membuat A.S. tak terkalahkan dalam serangan nuklear oleh Soviet. SDI diberi gelaran "Perang Bintang" oleh kritik- yang bererti tidak praktikal - manakala Reagan pula diberi gelaran "Ronnie Raygun" oleh sejumlah pelawak.
Kritik pada SDI menyatakan bahawa tujuan teknologi tak tercapai secara praktikal dan bahawa percubaan SDI mungkin memburukkan lagi perlumbaan senjata, seperti bertambahnya ketidakstabilan krisis di masa depan. Kritik lain memandang, anggaran belanja istimewa yang dilibatkan dalam program SDI yang ternyata berlipat, sebagai pekerjaan ketenteraan-industri tidak bermanfaat.
Para pendukung mennggelar SDI sebagi "paku peti mati" kerana perlumbaan senjata dengan Soviet melalui penerapan strategi teknologi. Mereka memandang SDI sebagai ujian untuk meyakinkan Soviet bahawa gudang senjata peluru nuklear mereka akan menjadi usang dan Soviet akan mengeluarkan teknologi baru untuk mencapai penghindaran nuklear.
Reagan memiliki hubungan dekat dengan banyak pemimpin politik konservatif di seluruh dunia, seperti Margaret Thatcher daripada UK, dan Brian Mulroney daripada Kanada. Reagan memiliki harapan besar untuk membangun hubungan pribadi dengan para pemimpin negara-negara lain, sering menjemput mereka ke ladang penternakannya atau Camp David.
Tindakan yang dikenali sebagai Doktrin Reagan, A.S. juga mengambil bahagian dalam usaha kaum garis keras melawan pengaruh komunis di Amerika Latin, yang sering melibatkan pendukung diktator ketenteraan antikomunis yang terkenal kerana rendahnya catatan HAM. Hal ini menyebabkan Reagan dituduh sedang melakukan perang gerila rahsia dan haram. Pada tahun 1983 Reagan memerintahkan serangan ketenteraan rasmi ke negara kecil Grenada setelah mengalami ancaman komunis. Menjelang akhir masa pemerintahannya, Reagan juga membantu dalam mendukung peralihan demokrasi Amerika Latin, memberikan bantuan asing yang banyak pada negara yang mengadakan pemilihan bebas.
Skandal Iran Contra
[sunting | sunting sumber]Selama pemerintahannya, ada skandal dan penyelidikan besar dalam perang di Iran dan Nicaragua yang dikenal sebagai Peristiwa Kontra Iran. Dua anggota penasihat keamanan nasional, John Poindexter dan Kolonel Oliver North, telah merencanakan untuk menjual senjata kepada pemerintahan Iran dan hasil keuntungannya diberikan kepada gerilyawan antikomunis Contras di Nicaragua. Kedua hal itu berlawanan dengan peraturan Kongres. Reagan mengakui ketidaktahuan atas rencana itu, namun mengaku bahawa ia telah mendukung penjualan senjata yang pertama ke Iran, atas dasar penjualan seperti itu akan menolong terjaminnya pembebasan orang-orang Amerika yang sedang disandera kelompok Islam sokongan Iran, Hezbollah di Lebanon.
Tindakan cepat Reagan untuk menunjuk penyiasat bebas dan kerjasama dengan pengacara, mencegah skandal Kontra-Iran dari ancaman pemecatan. Presiden Reagan dinyatakan bersalah hanya dalam pengawasan lemahnya dari stafnya sendiri yang mengakibatkan ketidaktahuannya dalam penjualan senjata. Walaupun dianggap jujur sendiri oleh orang-orang Amerika, Presiden Reagan ketika penjawatannya menjumpai beberapa skandal dan korupsi yang menyangkut pembantu dan bawahan Reagan sehingga mengakibatkan lebih dari 130 pejabat dalam pemerintahan Reagan dihukum atau dipaksa meninggalkan kedudukan mereka untuk menghindari pengadilan. Skandal-skandal yang ini memburukkan nama baik Reagan membuat ahli kongres Patricia Schroeder menggelar Reagan "Presiden Teflon".
"Perang Melawan Narkotik"
[sunting | sunting sumber]Kebijakan Reagan dalam "Perang Melawan Narkotik" meningkatkan jumlah tahanan dan dana kesihatan bagi warga penagih. Hal ini mengakibatkan perkembangan dramatik dalam jumlah tahanan AS. Para kritik menuduh bahawa kebijakan itu mempunyai kesan yang sedikit dalam memerangi dadah ataupun kejahatan di jalan dan juga mengakibatkan beban kewangan tinggi dan korban manusia untuk masyarakat Amerika.
Serbaneka
[sunting | sunting sumber]Pada 5 Ogos 1981, Reagan mendukung pemecatan 11,359 pengawas lalu lintas udara yang sedang mogok yang mengabaikan perintahnya agar kembali bekerja. Ironiknya, PATCO, syarikat pekerja pengawas Lalu Lintas Udara, merupakan salah satu dari sedikit syarikat yang telah mendukung Reagan dalam pemilihan 9 bulan sebelumnya.
Pada musim bunga tahun 1983, Reagan mengirim para anggota tentera laut ke Lebanon. Menyusul beberapa pengeboman kecil, satu pengeboman lori dalam kubu mereka membunuh 241 anggota tentera. Dua hari kemudian Reagan menyerang negara Grenada di [Caribbean]]. Tiga bulan kemudian, Reagan menarik semula anggota tentera laut dari Lebanon.
Pada 13 Julai 1985, Reagan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kanser polip dari usus besar beliau. Pada 5 Januari 1987, Reagan mengalami pembedahan prostat yang menyebabkan kebimbangan lebih besar akan kesihatan beliau.
Reagan secara luas dikritik pada tahun 1985 kerana peristiwa yang berkaitan pada kunjungan rasmi ke Jerman Barat. Pada 11 April, Rumah Putih mengumumkan bahawa Reagan akan mengunjungi pemakaman ketenteraan Bitburg, meletakkan bunga dalam menghormati tentera Jerman yang tewas dalam Perang Dunia Kedua. Hal ini menimbulkan kontroversi dan menjadi perhatian umum kerana sejumlah kecil tempat pemakaman (dilaporkan sekitar 49 atau 56 buah) menjadi tempat pemakaman mayat tentera dalam unit Waffen-SS. Walaupun protes dari berbagai pihak, yang paling menonjol daripada pemenang hadiah Nobel Perdamaian, Elie Wiesel, Reagan meneruskan kunjungan ke tempat itu yang diharapkan akan mengembangkan persaudaraan antara bekas musuh.
Peninggalan dan Pasca Kepresidenan
[sunting | sunting sumber]Reagan dikenali sebagai pendiri Parti Republikan moden. Pendefinisiannya mengenai konservatisme fiskal yang dikenali sebagai "Reaganomics" memperlihatkan dasar-dasar ekonomi berbentuk bebas. Beliau juga menolak perpajakan progresif, perlindungan dan peraturan lingkungan yang lebih besar, dan pengguguran janin.
Pada tahun 1992, setelah empat tahun bersara daripada kepresidenan, Reagan mulai menderita penyakit Alzheimer. Semakin tahun berlalu, secara lambat penyakit tersebut semakin parah dengan otak dan tubuh beliau semakin lemah. Beliau mengumumkan mengenai keadaan beliau pada 5 November 1994 melalui surat yang ditulisnya yang mengatakan beliau menderita penyakit Alzheimer dan beliau tidak dapat bercakap secara lancar. Pada tahun 2001, beliau tersungkur dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggulnya yang membuatkan beliau tidak dapat bergerak.
Pada 6 Februari 1998, Bendera Kebangsaan Washington di Washington DC dinamakan sebagai Bendera Kebangsaan Ronald Reagan Washington serta kapal induk USS Ronald Reagan (CVN-76) diberi nama sempena nama beliau pada 4 Mac 2001.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Reagan meninggal dunia di rumahnya di Bel Air, Los Angeles pada 5 Jun 2004 pada pukul 13:09 waktu setempat. Beliau meninggal disebabkan oleh radang paru-paru, didamping oleh isterinya Nancy dan anak-anaknya Patti dan Ron. Beliau juga meninggalkan anaknya Michael, dari pernikahan pertamanya dengan Wyman; sementara Maureen telah meninggal pada 2001.
Reagan dikebumikan dengan upacara pengebumian presiden penuh pada 9 Jun, yang pertama sejak Lyndon B. Johnson. Dengan kehadiran 4,000 orang, kebaktian dilakukan di Katedral Kebangsaan pada 11 Jun dengan pidato oleh George W. Bush, George H. W. Bush, Margaret Thatcher dan Brian Mulroney. Sejumlah pemimpin dunia di ketika menghadiri pengebumian Regan, termasuklah Mikhail Gorbachev. Beliau dimakamkan pada malam itu saat terbenamnya matahari dalam upacara yang dihadiri oleh 600 orang, di Perpustakaan Kepresidenan Ronald Reagan di Simi Valley, dengan dihadiri 3 orang anaknya.
Nancy Reagan meletakkan bendera Amerika Syarikat pada keranda Reagan yang dihias. Reagan memegang rekod sebagai presiden paling tua dalam sejarah Amerika sehingga Jimmy Carter yang masih hidup sehingga kini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://apnews.com/article/7af4a4854d1f4bfd8be8697c7ab9460a
- ^ Kengor, p. 4.
- ^ "Main Street Historic District, National Register of Historic Places Nomination Form" (PDF). Illinois Historic Preservation Agency. April 1, 1982. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada August 7, 2007. Dicapai pada July 27, 2007.
- ^ Terry Golway, Ronald Reagan's America (2008) p. 1.
- ^ Lynette Holloway (December 13, 1996). "Neil Reagan, 88, Ad Executive And Jovial Brother of President". The New York Times. Dicapai pada March 22, 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Karya oleh atau tentang Ronald Reagan di Internet Archive
- Karya oleh Ronald Reagan di LibriVox (buku audio domain awam)
- Karya-karya oleh Ronald Reagan di Projek Gutenberg
- Ronald Reagan di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Templat:TCMDb name
- Templat:The Interviews people
- Biografi di usa-presidents.info
- Ronald Reagan - Video & Audio | Biography | Speeches | Photos | Kutipan - oleh Hagberg Media Diarkibkan 2006-10-28 di Wayback Machine