Pergi ke kandungan

Perang Tujuh Tahun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Tujuh Tahun

Pertempuran Kunersdorf (12 Ogos 1759) adalah pertempuran dalam Perang Tujuh Tahun. Tentera Prusia yang dipimpin oleh Frederick the Great kalah teruk kepada pasukan gabungan Rusia dan Austria, kehilangan sekitar 19,000 orang.
Tarikh1756–1763
Lokasi
Eropah, Afrika, India, Amerika Utara, Amerika Selatan, Filipina
Keputusan

  • Perjanjian Saint Petersburg (1762)
  • Perjanjian Paris (1763)
  • Perjanjian Hubertusburg (1763)
  • Perjanjian Hamburg (1762)
Perubahan
wilayah

Pemulihan batas sebelum perang di Eropah. Pertukaran jajahan antara Great Britain, Perancis, dan Sepanyol

Pihak yang terlibat

Kingdom of Great Britain Great Britain
Prusia Prusia
Wilayah Hanover Hanover
Brunswick-Wolfenbüttel
Konfederasi Iroquois
Portugal (dari 1761)

Schaumburg-Lippe

Kerajaan Beraja Perancis Perancis
Austria
Rusia Rusia (hingga 1762)
Sepanyol Empayar Sepanyol (dari 1761)
Sweden Sweden (hingga 1762)
Saxony

Empayar Mughal (dari 1757)
Komandan dan pemimpin

Prusia Frederick II
Prusia Putera Henry
Prusia Friedrich von Seydlitz
Kingdom of Great Britain William Pitt
Kingdom of Great Britain Marquess Granby
Kingdom of Great Britain Robert Clive
Kingdom of Great Britain Jeffery Amherst
Wilayah Hanover Ferdinand, Dk. Brunswick
William, Count Schaumburg-Lippe

Kingdom of Great Britain James Wolfe  

Kerajaan Beraja Perancis Raja Louis XV
Kerajaan Beraja Perancis Charles, Putera Soubise
Kerajaan Beraja Perancis Louis, duk d'Estrées
Charles, Putera Lorraine
Leopold, Count von Daun
Franz Moritz von Lacy
Ernst, Baron von Laudon
Empayar Rusia Count Pyotr Saltykov
Empayar Rusia William Fermor
Empayar Rusia Count Alexander Buturlin
Frederick Augustus II
Maharaja Mughal
Nawab Bengal

Nawab Karnatik

Perang Tujuh Tahun adalah perang ketenteraan global yang berlangsung dari tahun 1756 hingga 1763 antara kuasa besar dunia pada masa itu. Perang ini dicetuskan oleh persaingan antara United Kingdom (dalam kesatuan dengan Hanover) dan Wangsa Bourbon (di Perancis dan Sepanyol), dan antara Hohenzollerns (di Prusia) dan Monarki Habsburg (Empayar Rom Suci dan Empayar Austria) dan diakhiri oleh Perjanjian Paris dan Hubertusburg pada tahun 1763. Akibat perang ini, kira-kira 900,000 hingga 1,400,000 orang mati.

Britain dapat mengusir musuh-musuhnya di jajahan dan Menguasai Perancis Baru, Florida Sepanyol, beberapa pulau di Caribbean, Senegal, dan juga memperoleh keunggulan dari pos Perancis di India. Orang asli Amerika dikecualikan dari perjanjian damai, dan tidak dapat mendapatkan semula status mereka akibat pemberontakan Pontiac. Di Eropah, Frederick II dari Prusia gagal menyelesaikan serangan awal terhadap Austria, dan lawannya yang lebih unggul hampir memusnahkan tentera Frederick di Kunersdorf. Walau bagaimanapun, Frederick berjaya bangkit dan memulihkan status quo ante bellum. Kenyataan William Pitt bahawa" Amerika dimenangi di Jerman " merujuk kepada usaha ketenteraan Prusia yang membolehkan Britain memberi tumpuan kepada mencapai keunggulan laut dan mengehadkan penglibatannya di benua Eropah. Perancis dan sekutunya dapat menduduki wilayah Prusia dan Hanoverian sejauh Frisia Timur, tetapi cita-cita Perancis untuk menyerang Tanah Besar Britain telah dipatahkan oleh sekatan laut British, yang juga mengganggu laluan bekalan ke jajahan Perancis. Penglibatan Sepanyol sebaliknya mengakibatkan negara itu kehilangan Florida, walaupun ia mendapat Louisiana Perancis sebagai balasan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]