19 Mei
Penampilan
(Dilencongkan daripada Mei 19)
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2025 |
19 Mei merupakan hari ke-139 (hari ke-140 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 226 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Belia dan Sukan di Turki.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]


- 1536 - Permaisuri dan isteri kedua Henry VIII dari England, Anne Boleyn (gambar) dijatuhkan hukuman pancung di Menara London atas dakwaan berzina dan penderhakaan.
- 1649 - Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.
- 1743 – Jean-Pierre Christin, seorang ahli fizik Perancis, menerbitkan reka bentuk jangka suhu raksa berskala centigrade, di mana 0 dan 100 masing-masing mewakili titik beku dan didih air.
- 1780 - Gabungan asap, kabus dan litupan awan tebal menyebabkan gelap-gelita di sebahagian kawasan New England, Amerika Syarikat dan sebahagian Kanada pada waktu tengah hari.
- 1802 - Anugerah Légion d'honneur ("legion yang mulia") (gambar) dimulakan oleh Konsul Pertama Republik Perancis Napoleon Bonaparte, sebagai anugerah untuk askar dan orang awam.
- 1921 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat.
- 1922 - Pertubuhan Peneroka Muda Kesatuan Soviet diasaskan.
- 1961 - Venera 1 menjadi objek buatan manusia pertama terbang lalu planet lain selepas melintasi Zuhrah (kuar angkasa ini telah gagal berhubung dengan Bumi sejak sebulan lepas dan tidak menghantar data kembali).
- 2007 - Perkahwinan diraja antara Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson selamat dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
- 2010 - Setelah dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang (gambar) kem Baju Merah di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
- 2011 - Dominique Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua Kumpulan Wang Antarabangsa ekoran daripada tuduhan serangan seksual.
- 2012 - Dalam bola sepak, Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui tendangan penalti.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1977 - Manuel Almunia, penjaga gol Arsenal F.C.
- 1979 - Andrea Pirlo, pemain bola sepak A.C. Milan
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1745 - Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Riau ke-2
- 1994 - Jacqueline Kennedy Onassis