Pergi ke kandungan

Masjid Nabawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid al-Nabawi
ٱلْمَسْجِدُ ٱلنَّبَويّ
Masjid Nabawi yang terletak di Arab Saudi
Masjid Nabawi
Lokasi di Arab Saudi
Info asas
LokasiMadinah, Hijaz, Arab Saudi[1]
Koordinat geografi24°28′06″N 39°36′39″E / 24.468333°N 39.610833°E / 24.468333; 39.610833Koordinat: 24°28′06″N 39°36′39″E / 24.468333°N 39.610833°E / 24.468333; 39.610833
AgamaIslam
NegaraArab Saudi
PentadbiranKerajaan Arab Saudi
PemimpinImam:
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSeni bina Islam klasik dan kontemporari; Uthmaniyyah; Pemulih Mamluk
Spesifikasi
Kapasiti600,000 (meningkat ke 1,000,000 pada musim Haji)
Bil. menara masjid10
Tinggi menara masjid105 meter (344 ka)
Latar belakang: Masjid al-Nabawi. Latar depan: Perkuburan Baqi'.

Masjid al-Nabawi (Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

Zaman Arab Saudi

[sunting | sunting sumber]

Pada September 2012, sebuah projek $6 bilion telah dirancang untuk meluaskan kawasan masjid. Masjid ini dijangka dapat memuatkan antara 1.6 juta ke 2 juta orang jemaah.[2] Pada Mac 2013, bangunan-bangunan di kawasan yang telah dirancang dalam pelan tersebut telah dirobohkan.[3]

Pada Mac 2020, kawasan Masjid Nabawi telah ditutup kepada orang awam berikutan perkembangan pandemik COVID-19 di negara tersebut.[4]

Menara masjid

[sunting | sunting sumber]

Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin, Masjid Nabawi tidak memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang perta sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang tingginya lebih kurang 27.5 meter (90 ka) pada empat sudut.

Pembinaan menara Kemudian diikuti Qaitbay yang membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid.

Di dalam Masjid Nabawi terdapat satu kawasan yang digelar Raudhah, iaitu satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga berdasarkan hadis Nabi.

“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya. Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’. Lingkungan kawasan ini dihampari dengan permaidani berwarna putih hijau sebagai penanda tempat.[5]

Masjid al-Nabawi ketika matahari terbenam
  1. ^ Google maps. "Location of Masjid an Nabawi". Google maps. Dicapai pada 24 September 2013.
  2. ^ "Saudi Arabia plans $6bln makeover for second holiest site in Islam". RT. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  3. ^ "Prophet's Mosque to house 1.6m after expansion". Saudi Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2015. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  4. ^ "Official Spokesperson for the Two Holy Mosques: Suspending presence and praying in the squares of Two Holy Mosques starting tomorrow". Saudi Press Agency (dalam bahasa Inggeris). 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  5. ^ Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]
  • Buku Sejarah Madinah Al-Munawwarah Bergambar, editor by; Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani. m/s 31.Edisi Pertama 1426 Hijrah/2005 Masihi. ISBN 9960-49-477-0

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]