Pergi ke kandungan

Karnivor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Maging)
Seekor singa jantan dan anaknya memakan bangkai seekor kerbau di Afrika Selatan.

Karnivor atau maging[1] merujuk kepada hidupan pemangsa yang memakan haiwan lain atau daging haiwan lain sebagai bekalan tenaga dan nutrisi yang diperlukan untuk terus hidup,[2] baik secara langsung mahupun tidak langsung (sebagai pebangkai).[3][4]

Haiwan-haiwan yang hanya bergantung pada daging haiwan untuk nutrisinya disebut karnivor obligat dan haiwan-haiwan yang juga memakan sumber bukan haiwan disebut karnivor fakultatif;[4] ia termasuk omnivor namun terlepas dari definisi yang lebih umum, tidak ada batasan nisbah antara sumber makanan dari tumbuhan dan haiwan yang dapat membezakan karnivor fakultatif dari omnivor.[5] Karnivor yang menduduki puncak rantai makanan disebut predator tingkat tinggi.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Karnivor" merupakan serapan bahasa Latin hasil gabungan perkataan caro (bentuk genitif: carnis), "daging" dan vorare, "melahap".

Perkataan "maging" sebagai kata seerti mula digunakan sekitar 1969[6] dibentuk secara akronim menggabungkan suku kata awal makan dengan suku kata akhir daging; namun ia kurang digemari kerana pendekatan pedoman terkini tidak menggalakkan pembentukan istilah secara akronim.[7][perlu rujukan]

Ciri dikongsi

[sunting | sunting sumber]

Haiwan-haiwan karnivor yang mampu bergerak memburu haiwan kecil lain sering mempunyai bahagian badan terwujud khas menangkap dan mengoyak badan yang dimangsakan (seperti gigi taring dan cakar memenuhi fungsi ini pada kebanyakan vertebrat). Haiwan pemangsa juga mengalami evolusi pada bentuk mata sehingga menghadap ke depan, yang memungkinkan pengamatan berpersepsi kedalaman; hal ini terjadi hampir universal pada pemangsa dalam kalangan mamalia. Pemangsa lain seperti buaya pula memiliki mata yang menghadap ke samping dan berburu lebih dengan cara menyergap daripada mengejar.

Karnivor memiliki sistem pencernaan yang pendek kerana tiadanya keperluan memecahkan sel-sel haiwan sehingga mulat boleh menyerap nutrien terkandung berbanding sistem haiwan herbivor yang mesti menguraikan selulosa keliling sel tumbuhan dimakan.

Karnivor obligat

[sunting | sunting sumber]

Karnivor obligat atau karnivor "sejati" hanya bergantung pada nutrisi dari daging haiwan untuk bertahan hidup. Mereka tidak memiliki alat pencernaan yang memadai untuk mengolah materi tumbuhan. Pada kenyataan, beberapa haiwan karnivor memakan tumbuhan yang hanya berfungsi sebagai emetik.

Suku Felidae termasuk kucing rumah adalah contoh karnivor obligat paling dikenali, ia memerlukan makanan berupa daging atau organ haiwan[8] yang mampu membekalkan sumber protein tinggi serta gizi penting tertentu yang tidak dapat dihasilkan metabolismesendiri (termasuk retinol, arginina, taurina, dan asid arakidonik), sehingga mereka bergantung pada daging haiwan untuk memperoleh gizi-gizi tersebut.[3][4]

Karnivor lain

[sunting | sunting sumber]

Karnivor yang hanya memakan serangga dan avertebrata lain yang serupa disebut insektivor.

Karnivor yang hanya memakan ikan disebut piskivor. Ia merupakan jenis karnivor yang pertaa wujud secara evolusi dengan munculnya hidupan daratan yang pertama 400 juta tahun yang lalu.[9]

Contoh haiwan maging

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=maging
  2. ^ Status Change of Languages, edited by Ulrich Ammon, Marlis Hellinger
  3. ^ a b Ullrey, D. E. (2004). "Nutrient Requirements: Carnivores". Dalam Pond, Wilson (penyunting). Encyclopedia of Animal Science. CRC Press. m/s. 670. ISBN 9780824754969.
  4. ^ a b c Ullrey, D. E. (2004). "Mammals: Carnivores". Dalam Pond, Wilson (penyunting). Encyclopedia of Animal Science. CRC Press. m/s. 591. ISBN 9780824754969.
  5. ^ Ullrey, D. E. (2004). "Mammals: Omnivores". Dalam Pond, Wilson (penyunting). Encyclopedia of Animal Science. CRC Press. m/s. 597. ISBN 9780824754969.
  6. ^ "Istilah DBP timbul lagi: 'Maging' dan 'Maun' susah di-fahami—MP". Berita Harian. 13 Februari 1969. m/s. 5 – melalui NewspaperSG Badan Perpustakaan Nasional. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Hasuria, C.O. dan A. Rokiah. 2009. Kelestarian Bidang Penterjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. hlmn 278.
  8. ^ Velegrand-Defretin, Veronique (1994). "Differences between cats and dogs: a nutritional view". Proceedings of the Nutrition Society. 53: 15–24. doi:10.1079/pns19940004.
  9. ^ Sahney, S., Benton, M.J. & Falcon-Lang, H.J. (2010). "Rainforest collapse triggered Pennsylvanian tetrapod diversification in Euramerica" (PDF). Geology. 38 (12): 1079–1082. doi:10.1130/G31182.1.CS1 maint: multiple names: authors list (link)