Hospital Universiti Nasional
Koordinat: 1°17′42.3″N 103°46′58.2″E / 1.295083°N 103.782833°E
Hospital Universiti Nasional National University Hospital (bahasa Inggeris) 国立大学医院 (Cina) தேசிய பல்கலைக்கழக மருத்துவமனை (Tamil) | |
---|---|
Sistem Kesihatan Universiti Nasional | |
Geografi | |
Lokasi | Singapura |
Organisasi | |
Jenis | Pengajaran |
Gabungan universiti | Universiti Nasional Singapura |
Sejarah | |
Diasaskan | 1985 |
Pautan | |
Laman sesawang | http://www.nuh.com.sg |
Hospital Universiti Nasional (bahasa Inggeris: National University Hospital; disingkat NUH) ialah sebuah hospital di Singapura yang ditubuhkan 1985. Hospital ini berfungsi sebagai hospital utama, pusat latihan klinis, dan pusat penyelidikan untuk fakulti kedoktoran dan kedoktoran pergigian dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Hospital ini ialah anggota Sistem Kesihatan Universiti Nasional dan juga merupakan hospital pendidikan utama untuk Sekolah Kedoktoran Yong Loo Lin NUS. Di hospital ini, terdapat 1.160 kes yang dapat membantu lebih dari 670.000 pesakit menjalani rawatan dan 49.000 pesakit menerima rawatan luar. Tiga pusat kepakaran lain juga terletak di hospital ini, iaitu Institut Kanser Universiti Nasional, Singapura (NCIS), Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura (NUHCS) dan Pusat Universiti Nasional untuk Kesihatan Mulut, Singapura (NUCOHS).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1972 dan 1975, dalam usulan pembangunan hospital ini, NUH pada awalnya bernama Kent Ridge Hospital (Hospital Kent Ridge). Dalam usulan tersebut, sebuah hospital dengan kapasiti 752 kasur dirancang akan dibangunkan di daerah Kent Ridge, dengan kos $193 juta. Pada tahun 1980, pembangunan dimulaka dan siap pada 1984. NUH merupakan hospital pertama yang dikendalikan oleh sektor swasta namun dimiliki oleh pemerintah di bawah Temasek Holdings.
Pada 15 Januari 1985, Hospital Kent Ridge dinamakan semula sebagai NUH, dan hospital ini dibuka untuk umum. NUH mendapat pesakit pertama pada 24 Jun 1985. Hospital ini secara rasmi dibuka pada 17 Jun 1986 oleh Goh Chok Tong, Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Pertahanan. Sebelum pembukaannya, latihan klinikal untuk para mahasiswa NUS dilakukan di Hospital Besar Singapura (SGH), sehingga fakulti kedoktoran NUS berpindah ke kampus Kent Ridge pada 1986.
Hospital ini awalnya dimiliki oleh Temasek Holdings, kemudian dimiliki oleh Health Corporation of Singapure (HCS) (di bawah Kementerian Kesihatan Singapura) pada 1987. Pada tahun 1990, pemerintah memutuskan untuk menyerahkan pengurusan hospital kepada Universiti Nasional Singapura (NUS).[1][2]
NUH diakreditasi oleh Joint Commission International (JCI) pada Ogos 2004 dan mendapat penghargaan Singapore Service Class pada Julai 2004. NUH juga menerima tiga pensijilan ISO.[3]
Lokasi dan infrastruktur
[sunting | sunting sumber]Bangunan utama dan blok perkhidmatan NUH dibangunkan pada 1985 dan berorientasi utara-selatan.
Bangunan Kent Ridge Wing siap pada tahun 1996. Bangunan ini terdiri dari sayap rawatan inap, klinik pakar pesakit luar, dan pusat perkhidmatan.
NUH Medical Center beroperasi sejak Julai 2013. Bangunan ini terdiri dari 19 tingkat dan terletak tepat di atas stesen MRT Kent Ridge. Semua bangunan-bangunan di NUH terhubung dengan jambatan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Varsity to take over running of NUH". The Straits Times. 28 March 1990. Dicapai pada 23 July 2019 – melalui NewspaperSG.
- ^ Teo, A (3 May 1990). "NUH to be teaching hospital; changes will not affect staff, operations". Business Times. m/s. 2. Dicapai pada 23 July 2019 – melalui NewspaperSG.
- ^ "NUH Has Achieved JCI Re-Accreditation!". National University Hospital. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada 25 February 2012.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Norman Edwards, Peter Keys (1996). Singapore: a guide to buildings, streets, places. Times Books International. m/s. 321. ISBN 978-981-204-781-6.
- Koh, J. T. (May 3, 1991). "World's first births from 'lab womb' achieved in S'pore". The Straits Times. m/s. 1.
- Loh, S. (June 30, 1993). "First in Asia; Pregnant without ovaries". The Straits Times. m/s. Life! pages 1–2.
- "New fees scheme introduced for senior doctors at NUH". The Straits Times. May 3, 1990. m/s. 23.
- "NUS to govern university hospital". The Business Times. March 28, 1990. m/s. 2.
- "The Straits Times". July 6, 2000. m/s. 33.
- Toh, S. (September 6, 1990). "NUH scores a first with artificial womb pregnancy". The Straits Times. m/s. 1.