Pergi ke kandungan

Taipei Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Cina Taipei)
Bendera Olimpik Taipei Cina

Taipei Cina (Cina Tradisional: 中華臺北, Cina Ringkas: 中华台北, pinyin: Zhōnghuá Táibĕi) ialah nama yang digunakan oleh Taiwan, Republik China di Taiwan (ROC) untuk menyertai sukan antarabangsa. Oleh sebab Republik Rakyat China (PRC) menentang pengiktirafan Taiwan sebagai sebuah negara di bawah Dasar Satu Chinanya, ROC dipaksa melepaskan nama "Republik China" atau "Taiwan" agar tidak menyampaikan sebarang maksud tersirat akan kedaulatannya apabila menyertai kegiatan sukan antarabangsa (sila lihat Status politik Taiwan).

Terdapat dua versi terjemahan China untuk nama "Taipei China", iaitu:

  • Zhōnghuá Táibĕi (中華臺北) yang digunakan oleh Republik China (ROC) dan dalam semua dokumen rasmi;
  • Zhōngguó Táibĕi (中國臺北) yang digunakan oleh Republik Rakyat China (PRC).

Oleh sebab Zhōngguó Táibĕi (中國臺北) juga boleh bermaksud "Taipei, China", kerajaan ROC melihatkan nama tersebut sebagai menghina kerana ia meletakkan Taiwan pada taraf yang sama dengan Hong Kong, China, dan Macau, China.


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Error: tiada nama laman disertakan (help).