Pergi ke kandungan

Bunuh diri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bunuh diri
Jenis bunuh diri
Beramai-ramai
Eutanasia
Internet
Kultus
Pakatan
Paksaan
Pembunuhan
Remaja
Serangan
Tiruan
Upacara amal
Oleh anggota polis
Sejarah & perkaedahan
Kaedah
Nota
Sejarah
Senarai
Tinjauan
Ugutan
Pandangan
Agama
Kebudayaan
Falsafah
Perubatan
Undang-undang
Hak mati
Sumber untuk menangani
fikiran membunuh diri
Pencegahan
Penilaian risiko
Talian penting krisis

Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara, dengan cara fizikal luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali.

Contoh cara luaran iaitu membakar diri sendiri atau cara dalaman dengan menyuntik racun ke dalam badan sendiri. Penyebab penamatan nyawa ini biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.

Bagi semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik. Malah, menurut kitab Islam, Kristian, dan Yahudi, membunuh diri adalah satu dosa besar.

Di negara-negara yang senjata api boleh didapati dengan mudah, banyak kes membunuh diri melibatkan penggunaannya. Sebenarnya, melebihi sedikit 55% daripada kejadian membunuh diri yang dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 2001 adalah membabitkan senjata api. [1] Kaedah-kaedah pengasfiksian, termasuk gantung leher, serta peracunan dan dos berlebihan) adalah agak biasa juga. Setiapnya merupakan lebih kurang 20% daripada kes bunuh diri di Amerika Syarikat pada tempoh yang sama. Kaedah-kaedah bunuh diri yang lain termasuk trauma kekerasan (umpamanya, lompat dari bangunan atau jambatan, atau melangkah ke hadapan kereta api), pengeksanguinatan atau pelepasan darah (menoreh pergelangan tangan atau kerongkong), pengorbanan diri, Bunuh diri dengan kejutan elektrik, perlanggaran kereta, dan kebuluran sengaja.

Alasan-alasan untuk membunuh diri

[sunting | sunting sumber]

Tidak adanya satu faktor tunggal yang dapat diterima sebagai sebab sejagat untuk membunuh diri. Bagaimanapun kemurungan merupakan fenomena yang paling biasa di kalangan mereka yang membunuh diri. Faktor-faktor yang berkait adalah seperti yang berikut:

Bunuh diri dan penyakit jiwa

[sunting | sunting sumber]

Epidemiologi

[sunting | sunting sumber]
Edouard Manet: Suicide, 1877

Menurut statistik rasmi, lebih kurang sejuta orang membunuh diri pada setiap tahun, iaitu lebih daripada bilangan mereka yang dibunuh serta juga bilangan yang dikorbankan dalam peperangan. [3]. Pada tahun 2001, kes membunuh diri di Amerika Syarikat melebihi homisid dengan 3 mangsa berbalas 2, dan melebihi kematian akibat AIDS dengan 2 mangsa berbalas 1. [4]

Jantina dan kes membunuh diri: Di dunia Barat, lebih banyak lelaki mati akibat membunuh diri berbanding dengan perempuan, manakala perempuan lebih kerap mencuba membunuh diri berbanding dengan lelaki. Sesetengah pakar perubatan mempercayai bahawa ini disebabkan oleh fakta bahawa lelaki lebih cendurung menamatkan hayat melalui cara-cara yang ganas (senjata api, pisau, gantung leher, mati lemas, dll.), manakala perempuan biasanya menggunakan cara dos berlebihan atau kaedah-kaedah lain yang kurang berkesan. Bagaimanapun, pakar-pakar yang lain menganggap bahawa perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan antara psikologi lelaki dan psikologi perempuan, dengan lelaki mempunyai sikap operasi dan perempuan lebih menyedari nuansa sosial. [5] Stigma sosial yang lebih besar terhadap kemurungan lelaki, serta kekurangan rangkaian sokongan dan bantuan sosial untuk kemurungan mereka sering dikenal pasti sebagai alasan-alasan yang utama untuk kadar membunuh diri lelaki yang tidak seimbang. Selain itu, membunuh diri sebagai "suatu teriakan untuk bantuan" tidak diperlihatkan sebagai suatu pilihan yang sesuai oleh orang-orang lelaki. Biasanya, kadar membunuh diri di kalangan kaum lelaki adalah 3 hingga 4 kali lebih tinggi berbanding dengan kaum wanita, dengan 5 kali atau lebih merupakan sesuatu yang tidak luar biasa.

Kadar mortaliti lelaki berlebihan yang diakibatkan oleh kes membunuh diri juga nyata daripada data negara-negara bukan Barat. Pada tahun 1979-81, 74 negara melaporkan sekurang-kurang satu kes membunuh diri. Salah dua daripada negara-negara tersebut melaporkan kadar yang sama untuk kedua-dua jantina: Seychelles, dan Kenya. Tiga buah negara melaporkan kadar wanita yang melebihi kadar lelaki: Papua New Guinea, Macau, dan Guiana Perancis. 69 buah negara yang tinggal mempunyai kadar membunuh diri lelaki yang melebihi kadar perempuan. [6]

Barraclough mendapati bahawa kadar perempuan di kalangan mereka yang berumur antara 5-14 tahun adalah sama atau melebihi kadar lelaki hanya di 14 buah negara, khususnya di Amerika Syarikat dan di Asia. [7]

Kadar-kadar membunuh diri negara kekadang cenderung menjadi stabil. Umpamanya, kadar-kadar untuk Australia, Denmark, England, Perancis, Norway, dan Switzerland pada tahun 1975 tidak melebihi 3.0 per 100,000 orang penduduk daripada kadar tahun 1875 (Biro Statistik Australia, 1983; Lester, Patterns, 1996, m.s. 21). Kadar-kadar pada tahun 1960 tidak melebihi 2.5 per 100,000 orang penduduk di Australia, Belgium, Denmark, England & Wales, Ireland, Jepun, New Zealand, Norway, Scotland, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, dan Belanda daripada kadar tempoh 1910-14. (Lester, Patterns, 1996, m.s. 22).

Terdapat banyak perbezaan antara kadar-kadar membunuh diri negara. Dapatan daripada dua kajian menunjukkan perbezaan antara 0 dan melebihi 40 kejadian per 100,000 orang penduduk. [8]

Kadar-kadar membunuh diri negara kelihatan sejagat dan menunjukkan aliran sekular yang menaik. Arah aliran untuk negara-negara Eropah telah didokumenkan dengan rapi, [9] dengan kadar-kadar membunuh diri yang naik dengan perlahan-lahan mungkin disebabkan secara tak langsung oleh kadar kematian atas sebab-sebab yang lain semakin menurun . Dengan kata yang lain, penurunan kadar kematian, akibat sebab-sebab yang lain selain daripada membunuh diri, mendedahkan kecenderungan terselindung dahulu untuk membunuh diri. [10] [11]

Bangsa dan membunuh diri: Sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat, orang Kaukasia lebih kerap membunuh diri berbanding dengan orang Amerika-Afrika. Ini adalah benar bagi kedua-dua jantina. Orang-orang Kaukasia bukan Amerika Latin hampir 2.5 kali lebih mungkin membunuh diri, berbanding dengan orang-orang Amerika-Afrika atau orang-orang Amerika Latin. [12]

Umur dan membunuh diri: Sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat, lelaki-lelaki yang berumur melebihi 70 tahun lebih kerap membunuh diri berbanding dengan lelaki-lelaki yang lebih muda. Tidak terdapat arah aliran ini untuk kaum perempuan. Lelaki-lelaki Kaukasia bukan Amerika Latin yang lebih tua lebih kerap membunuh diri berbanding dengan para lelaki dan wanita yang lebih tua bagi mana-mana kelompok yang lain, dengan ini menyebabkan kadar Bunuh diri yang lebih tinggi di kalangan orang Kaukasia. Sebaliknya, kadar membunuh diri lelaki Kaukasia yang berumur 20-an adalah lebih sedikit sahaja daripada kadar-kadar lelaki Amerika-Afrika atau Amerika Latin dalam kumpulan umur yang sama.

Musim dan membunuh diri: Manusia membunuh diri lebih kerap pada musim bunga dan musim panas. Tanggapan bahawa membunuh diri adalah lebih kerap pada cuti musim sejuk (termasuk Krismas di hemisfera utara) adalah suatu tanggapan salah yang umum. [13]

Alasan-alasan lain

[sunting | sunting sumber]

Pembunuhan sebagai bentuk keingkaran dan bantahan

[sunting | sunting sumber]
Pengorbanan diri Thích Quảng Đức.

Bunuh diri yang sungguh berani dan yang bertujuan untuk menghasilkan kebaikan yang lebih besar kepada orang-orang lain sering disanjung. Umpamanya, Mahatma Gandhi melakukan mogok lapar untuk mencegah pertempuran antara orang-orang Hindu dengan orang-orang Islam dan walaupun beliau dihentikan sebelum maut, beliau kelihatan rela mati kebuluran. Ini menarik perhatian kepada perjuangannya dan menjanakan hormat yang amat kepada beliau sebagai seorang pemimpin rohaniah.

Pada dekad 1960-an, sami-sami agama Buddha, khususnya Thích Quảng Đức di Vietnam Selatan, menarik perhatian dunia Barat terhadap bantahan-bantahan mereka yang menentang Presiden Ngô Đình Diệm melalui pembakaran diri sehingga mati. Peristiwa-peristiwa yang serupa dilaporkan semasa Perang Dingin di Eropah Timur, umpamanya kematian Jan Palach selepas serangan Kesatuan Soviet ke atas Czechoslovakia, atau pengorbanan diri Romas Kalanta di lebuh raya Kaunas, Lithuania pada tahun 1972. Lebih terkini (November 2006), Malachi Ritscher, seorang aktivitis anti-perang Amerika Syarikat, membunuh diri melalui pengorbanan diri sebagai bantahannya terhadap Perang Iraq.

Para pengkritik mungkin melihat pembunuhan-bunuh diri ini sebagai suatu perbuatan yang tidak produktif dan memperdebatkan bahawa pejuang-pejuang itu akan mencapai hasil yang lebih besar jika mereka menghabiskan seumur hidup mereka dalam perjuangan aktif. Bunuh diri atau percubaan untuk membunuh diri sebagai cara untuk menghasilkan perubahan sosial atau politik adalah berkait dengan kesyahidan.

Bunuh diri ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Pada hari-hari terakhir Perang Dunia II yang terdesak, banyak juruterbang Jepun bersukarela untuk menyertai misi-misi kamikaze dalam suatu percubaan untuk menangguhkan kekalahan empayar mereka. Di Jerman Nazi, skuadron-skuadron Luftwaffee dibentuk untuk menghentam B-17 Amerika Syarikat semasa melakukan misi-misi pengeboman siang. Perbuatan itu bertujuan untuk menangguhkan kemenangan Pihak Berikat yang amat mungkin. Bagaimanapun dalam kes ini, ilhamnya berasal terutamanya daripada serangan-serangan hentam taran Soviet dan Poland, dengan kematian juruterbang mereka merupakan sesuatu kejadian yang tidak diingini. Adakah juruterbang-juruterbang tersebut terlibat dalam sebuah tindakan yang sungguh berani tanpa mementingkan diri atau adakah mereka hanya berbuat demikian kerana menghadapi tekanan sosial yang kuat sangat merupakan suatu persoalan perdebatan sejarah. Tentera Jepun juga membina kapal-kapal selam bunuh diri "torpedo manusia" seorang.

Walau bagaimanapun, bunuh diri adalah agak biasa dalam peperangan pada sepanjang sejarah, dengan askar-askar dan orang-orang awam membunuh diri untuk mengelakkan penangkapan dan pengabdian (termasuk gelombang bunuh diri Jerman dan Jepun pada hari-hari terakhir Perang Dunia II). Komander-komander membunuh diri sebagai ganti untuk menerima kekalahan. Tingkah laku yang boleh diperlihatkan sebagai bunuh diri sering berlaku dalam pertempuran. Umpamanya, askar-askar dalam Pertempuran Waterloo memilih untuk menghadapi tembakan-tembakan meriam sebagai ganti untuk mengelak dan menjejaskan askar-askar mereka yang lain. Peluruan Briged Ringan dalam Perang Crimea, Peluruan Pickett di Gettysburg dalam Perang Saudara Amerika, dan peluruan pasukan askar berkuda Perancis dalam Pertempuran Sedan, sebahagian Perang Perancis-Prusia, merupakan serangan-serangan yang berterusan walaupun para penyerang itu telah sedar bahawa serangan-serangan mereka itu tidak mungkin akan berjaya dan hanya akan membawa maut kepada kebanyakan mereka. Askar-askar infantri Jepun yang biasanya bertempur sehingga askarnya yang terakhir melancarkan serbuan Banzai yang mengakibatkan bunuh diri semasa pertempuran-pertempuran kepulauan Pasifik dalam Perang Dunia II. Di Saipan, Okinawa, orang-orang awam melibatkan diri dalam bunuh diri. Serangan-serangan bunuh diri oleh para juruterbang adalah sesuatu perbuatan yang agak biasa dalam abad ke-20: serangan-serangan pesawat torpedo Amerika Syarikat dalam Pertempuran Midway adalah amat serupa dengan serangan kamikaze.

Selain itu, tindakan jatuh pada grenad, suatu tindakan yang hampir tentu akan mengakibatkan kehilangan nyawa askar yang terlibat dalam proses tersebut dan yang dilakukan dengan harapan untuk melindungi platunnya daripada serpihan-serpihan grenad dan/atau peletupan, boleh diperdebatkan sebagai suatu tindakan bunuh diri ketenteraan. Rujukan ini kepada bunuh diri juga melahirkan ungkapan-ungkapan harian bahasa Inggeris, khususnya dalam bidang perniagaan, seperti "menyertai pasaran tanpa satu produk yang berdaya maju merupakan suatu tindakan membunuh diri" yang merujuk keadaan yang tidak ada harapan.

Pandangan tentang bunuh diri

[sunting | sunting sumber]

Perubatan

[sunting | sunting sumber]

Pembentukan idea bunuh diri ialah suatu persoalan kesihatan mental yang dianggap sebagai kecemasan perubatan. Orang-orang yang telah menyatakan rancangan-rancangan mereka untuk memudaratkan diri harus dinilai oleh pakar-pakar kesihatan mental dengan secepat mungkin. Ini adalah penting, khususnya jika cara-cara untuk membunuh diri (senjata, drug, atau kaedah-kaedah yang lain) sedia ada, atau jika pesakit itu telah merancang dengan terperinci untuk membunuh diri. Kawan-kawan atau keluarga kepada seseorang yang mengugut untuk membunuh diri harus memanggil talian penting 9-1-1 dengan segera. Di Amerika Syarikat, seseorang yang telah menyatakan tujuannya untuk mengapa-apakan diri dianggap secara automatik sebagai tidak mempunyai keupayaan mental kini untuk menolak rawatan dan oleh itu, boleh dihantar ke jabatan kecemasan walaupun bertentangan dengan kemahuannya. Seorang pakar perubatan kecemasan akan menentukan adakah rawatan pesakit dalam di dalam sebuah kemudahan rawatan kesihatan mental diperlukan. Pembicaraan mahkamah boleh diadakan untuk menentukan kompetens pesakit.

Orang-orang yang murung dianggap sebagai kumpulan risiko tinggi untuk tingkah laku bunuh diri. Talian-talian penting bunuh diri boleh didapati dengan mudah, dan mungkin dapat membantu. Bagaimanapun, sambutan yang negatif dan yang seringnya terlalu klinikal (umpamanya dicap, diugut akan dipenjarakan, atau diberikan dos perubatan yang lebih tinggi) oleh pakar-pakar perubatan telah mengakibatkan banyak orang yang mahu membunuh diri menjawab dengan lebih berhati-hati tentang sejarah kesihatan mental atau fikiran-fikiran membunuh diri mereka. Ini telah menjejaskan keberkesanan sebilangan rawatan.

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Pada Zaman Negeri-negeri Berperang dan Zaman Edo di Jepun, para samurai yang gagal mempertahankan maruah mereka boleh memilih untuk menamatkan hayat mereka melalui harakiri (hara = perut, kiri = potong) atau seppuku, sejenis kaedah yang melibatkan samurai menggunakan pedang untuk memotong perut sendiri. Perut biasa dipotong secara serong dengan tangan tulis samurai dari atas, dan telah lama dianggap sebagai bentuk kematian yang hormat (walaupun dilakukan untuk menghukum keaiban). Walaupun luka tersebut jelas membawa maut, seppuku tidak selalunya boleh dianggap sebagai bunuh diri berdasarkan alasan-alasan teknik kerana pembantu samurai (kaishaku) akan bersedia untuk menamatkan sebarang penderitaan dengan memancang kepala samurai itu dengan serta-merta — kekadang sebaik sahaja pedang baru membuat luka yang kecil pada perut.

dosa yang sangat besar karena mendahului mautnya.

Perdebatan tentang bunuh diri

[sunting | sunting sumber]
Mesin eutanasia.

Sesetengah orang melihat bunuh diri sebagai suatu pilihan peribadi yang sah dan sebagai salah satu hak asasi manusia (dalam bahasa percakapan, dikenali sebagai gerakan hak untuk mati), dan mempertahankan bahawa tiada orang yang harus dipaksa untuk menderita bertentangan dengan kehendaknya, khususnya dalam kes-kes penyakit yang tidak dirawat, sakit jiwa, dan umur tua yang tidak mempunyai sebarang kemungkinan untuk dipulih. Penyokong-penyokong pandangan ini menolak kepercayaan bahawa bunuh diri selalu tidak rasional dan sebaliknya, memperdebatkan bahawa ia adalah jalan keluar yang sah, walaupun mendadak, untuk mereka yang mengalami sakit yang teruk atau trauma. Sudut pandangan ini amat popular di benua Eropah [2], dengan eutanasia dan topik-topik lain yang serupa biasanya dibincangkan di dalam parlimen, walaupun sudut pandangan ini juga mendapat banyak sokongan di Amerika Syarikat.

Sebahagian kumpulan tersebut yang lebih kecil menganggap bahawa bunuh diri ialah hak peribadi yang tidak boleh dipersoalkan bagi sesiapa (termasuk juga orang-orang muda dan sihat) yang mempercayai bahawa dia telah mencapai keputusannya dengan rasional dan dengan hati nurani. Antara penyokong-penyokong terkenal aliran fikiran ini ialah Arthur Schopenhauer, ahli falsafah pesimis Jerman. [3] Diarkibkan 2009-01-23 di Wayback Machine. Kumpulan ini sering menyokong pembubaran statut-statut yang mengehadkan kebebasan orang-orang yang diketahui hendak membunuh diri, umpamanya undang-undang yang membenarkan mereka dipaksa memasukkan ke hospital kesihatan mental bertentangan dengan kehendak mereka.

Bagaimanapun, para pengkritik memperdebatkan bahawa dorongan untuk membunuh diri adalah hasil yang diwujudkan oleh penyakit mental dan oleh itu, tidak merupakan suatu perbuatan kepentingan diri yang rasional. Disebabkan oleh keseriusan dan ketakbolehbalikan keputusan untuk membunuh diri, adalah lebih cermat bagi masyarakat bersikap terlalu belas ihsan untuk memperlindungi orang-orang yang hendak membunuh diri.

  1. ^ http://www.preventsuicidenow.com/suicide-statistics.html
  2. ^ http://www.med.uio.no/ipsy/ssff/engelsk/menuprevention/Friis.htm
  3. ^ "Pencengahan membunuh diri". Tapak WHO: Kesihatan Mental. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 16 Februari 2006. Dicapai pada 11 April 2006.
  4. ^ "Statistik membunuh diri remeja". Pencegahan membunuh diri Anak Remaja. FamilyFirstAid.org. 2001. Dicapai pada 11 April 2006.
  5. ^ Cantor CH. Suicide in the Western World. Dalam: Hawton K, van Heering K, ed. International handbook of suicide and attempted suicide. Chichester: John Wiley & Sons, 2000: 9-28.
  6. ^ Lester, Patterns, Jadual 3.3, m.s. 31-33
  7. ^ Barraclough, B. M. Sex ratio of juvenile suicide. Jurnal Akademi Psikiatri Kanak-kanak & Anak Remaja Amerika, 1987, 26, 434-435.
  8. ^ La Vecchia, C., Lucchini, F., & Levi, F. (1994) Arah-arah aliran sejagat dalam mortaliti membunuh diri, 1955-1989. Acta Psychiatrica Scandinavica, 90, 53-64.; Lester, Patterns, 1996, m.s. 28-30.
  9. ^ Lester, Patterns, 1996, m.s. 2.
  10. ^ Baldessarini, R. J., & Jamison, K. R. (1999) Effects of medical interventions on suicidal behavior. Jurnal Psikiatri Klinikal, 60 (Bahagian Tambahan 2), 117-122.
  11. ^ Khan, A., Warner, H. A., & Brown, W. A. (2000) Symptom reduction and suicide risk in patients treated with placebo in antidepressant clinical trials. Arkib Psikiatri Am, 57, 311-317.
  12. ^ [1] PDF
  13. ^ "Soalan-soalan mengenai membunuh diri". Pusat untuk Pencegahan membunuh diri. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-19. Dicapai pada 2007-02-03.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan sokongan

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan sokongan untuk pemandiri

[sunting | sunting sumber]

Pencegahan Bunuh diri

[sunting | sunting sumber]

Pautan-pautan lain

[sunting | sunting sumber]