Pergi ke kandungan

Animasi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wayang kulit merupakan salah satu contoh animasi awal. Dengan bentuk dan sendi tangan yang digerak-gerakkan, ia merupakan bentuk yang digunakan dalam animasi guntingan (cutout). Lotte Reiniger, juruanimasi dari Jerman mendapat ilham untuk membuat filemnya iaitu The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan wayang kulit.

Sejarah ringkas animasi Malaysia

Animasi di Malaysia (atau dikenali sebagai #AniMY) bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1985 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.

Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian oleh sektor swasta (Allahyarham Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain).

Beberapa orang kartunis juga telah mengangkat watak mereka kepada bentuk animasi. Antaranya ialah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasikan di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai watak animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Sontorian).

Senarai ringkas

Siri dan filem animasi

Akan datang

  • Dongeng Sang Kancil, filem animasi oleh Les' Copaque Production, bakal ditayangkan pada 26 Disember 2024
  • PAPA Game On, filem animasi oleh Monsta Studios, bakal ditayangkan pada 2025
  • Ejen Ali: The Movie 2, filem animasi oleh Wau Animation, bakal ditayangkan pada 2025
  • Boboiboy Movie 3: Gur'latan, filem animasi oleh Monsta Studios, bakal ditayangkan pada 2025
  • Gelecek, siri animasi oleh Wau Animation
  • Neon Luna, siri animasi


Syarikat animasi

Rujukan