Wan Badariah Wan Saad
ahli politik Malaysia
Wan Badariah Wan Saad (lahir 21 Ogos 1976) adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.[1] Beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Mata Ayer dalam Pilihan raya negeri Perlis 2022 lalu.[2] Beliau merupakan seorang Peguam Syarie dan pernah bertugas sebagai Peguambela dan Peguamcara dari tahun 2003 hingga tahun 2020 lalu.[3]
YB Puan Wan Badariah Wan Saad EXCO; ADUN | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis | |
Memegang jawatan 25 November 2022 | |
Menteri Besar | Mohd Shukri Ramli |
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Mata Ayer | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Siti Berenee Yahaya |
Butiran peribadi | |
Lahir | 21 Ogos 1976 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (LLB) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |