Waktu musim panas

(Dilencongkan daripada Waktu Musim Panas)

Waktu musim panas (bahasa Inggeris: summer time) atau waktu jimat siang (daripada istilah bahasa Inggeris: Daylight Saving Time, DST - khususnya di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia[1][2]) ialah sistem yang bertujuan untuk "menyimpan cahaya siang hari" pada musim panas, di mana waktu rasmi sesuatu kawasan itu dimajukan satu jam lebih awal daripada zon waktu yang rasmi selama musim bunga dan musim panas. Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah. DST biasanya digunakan di wilayah yang suhunya sedrhana kerana perbezaan yang cukup besar antara waktu hari terang berbanding gelap sepanjang musim di wilayah-wilayah tersebut.

Walaupun tidak digunakan oleh kebanyakan negara, waktu musim panas banyak digunakan oleh negara-negara di latitud utara.
  Negara yang masih menggunakan DST
  Negara yang pernah tapi tidak lagi menggunakan DST
  Negara yang tidak pernah menggunakan DST

Di Malaysia, waktu musim panas telah digunakan mulai 1 Januari 1933 dan dihentikan pada 31 Disember 1981.

Asal-usul

sunting

Sistem waktu musim panas ini pertama kali dicadangkan oleh Benjamin Franklin dalam sepucuk surat kepada editor Journal of Paris. (Baca teks lengkapnya di [1].) Namun artikel ini lucu; Franklin tidak mencadangkan agar orang bangun lebih awal dan tidur lebih cepat.

Gagasan ini pertama kali dikemukakan secara serius oleh William Willett dalam "Waste of Daylight", yang terbit pada 1907, namun ia tidak mampu mendorong kerajaan Britain menerimanya, meskipun beliau berusaha keras melobi.

Gagasan waktu musim panas pertama kali diamalkan oleh kerajaan Jerman pada waktu Perang Dunia Pertama antara 30 April dan 1 Oktober 1916. Tidak lama kemudian Britain mengikutinya, mula-mula menjalankan DST antara 21 Mei dan 1 Oktober, 1916. Lalu pada 19 Mac 1918, Kongres Amerika Syarikat menetapkan beberapa zon waktu (yang sudah digunakan oleh jaringan kereta api dan kebanyakan kota sejak 1883) dan merasmikan DST (yang berlaku mulai 31 Mac) hingga Perang Dunia I berakhir. Sistem ini dijalankan selama tujuh bulan pada 1918 dan 1919. Namun yang nyatanya, peraturan ini sangat tidak popular (terutama disebabkan individu harus bangun dan tidur lebih awal daripada waktu biasanya) sehingga peraturan itu ditarik semula.

Kebaikan dan keburukan

sunting

Pihak penyokong sistem waktu ini menyatakan bahawa sistem waktu ini menjimatkan tenaga dan mempromosikan gaya hidup sihat pada waktu petang (kerana waktu siang yang lebih panjang) lalu membawa kepada kesihatan awam yang lebih baik.[3] Pihak yang menentang sistem waktu ini berkata bahawa ritma sirkadian badan terganggu akibat sistem ini lalu membawa kepada kemudaratan kesihatan serta meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti sakit jantung.[4] Selain itu, sistem ini dikatakan meningkatkan kebarangkalian kemalangan jalan raya maut.[5]

Kesihatan

sunting

Pakar dalam bidang ritma sirkadian dan tidur memberi amaran tentang kesan sistem waktu musim panas terhadap kesihatan memandangkan sistem ini memotong waktu tidur seseorang.[6] Lazimnya, sistem waktu piawai sepanjang tahun diusulkan sebagai pengganti kepada sistem ini demi kemaslahatan kesihatan awam.[7] Sistem ini juga dikatakan dapat membantu seseorang dengan kemurungan kerana bangun lebih awal,[8] tetapi ada kajian yang menyatakan sebaliknya.[9] Sistem ini dikaitkan dengan peningkatan kebarangkalian mendapat angin ahmar dalam tempoh dua hari selepas perubahan sistem waktu.[10]

Sebuah kajian di Sweden mendapati bahawa perubahan sistem ketika musim bunga membawa kepada peningkatan pesakit jantung dalam tiga hari selepas perubahan, tetapi berkurang ketika perubahan pada musim luruh.[11]

Hal masalah kesihatan dalam sistem ini mempengaruhi penggunaan sistem waktu musim panas oleh pihak negara seperti kerajaan Kazakhstan yang memansuhkan sistem ini pada 2005 akibat hal ini.[12]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Daylight Savings Time or Daylight Saving Time?". TimeandDate.com.
  2. ^ Contoh yang diberikan bagi daylight saving time:
    • Richard A. Meade (1978). "Language change in this century". English Journal. 67 (9): 27. doi:10.2307/815124.
    • Joseph P. Pickett; dll., penyunting (2000). "daylight-saving time". The American Heritage Dictionary of the English Language (ed. ke-4). Boston: Houghton Mifflin. ISBN 0-395-82517-2. Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada Jun 6, 2011. or daylight-savings time Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |editor= (bantuan)
    • "daylight saving time". Merriam–Webster's Online Dictionary. called also daylight saving, daylight savings, daylight savings time, daylight time Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
    • Oxford Dictionaries "also daylight savings time"
    • "15 U.S.C. § 260a notes". Dicapai pada May 9, 2007. Congressional Findings; Expansion of Daylight Saving Time
  3. ^ Michael Rosenberg; Lisa Wood (2010). "The power of policy to influence behaviour change: daylight saving and its effect on physical activity". Australian and New Zealand Journal of Public Health. 34 (1): 83–88. doi:10.1111/j.1753-6405.2010.00479.x. PMID 20920111.
  4. ^ Brian Handwerk (December 1, 2013). "Time to Move On? The Case Against Daylight Saving Time". National Geographic News. Dicapai pada March 9, 2014.
  5. ^ Fritz, Josef (2020). "A Chronobiological Evaluation of the Acute Effects of Daylight Saving Time on Traffic Accident Risk". Current Biology. 30 (4). doi:10.1016/j.cub.2019.12.045.
  6. ^ Roenneberg T, Wirz-Justice A, Skene DJ, Ancoli-Israel S, Wright KP, Dijk DJ, Zee P, Gorman MR, Winnebeck EC, Klerman EB (2019). "Why Should We Abolish Daylight Saving Time?". Journal of Biological Rhythms. 34 (3): 227–230. doi:10.1177/0748730419854197.
  7. ^ Cermakian, Nicolas. "Turn back the clock on Daylight Savings: Why Standard Time all year round is the healthy choice". The Globe and Mail.
  8. ^ Henry Olders (2003). "Average sunrise time predicts depression prevalence". Journal of Psychosomatic Research. 55 (2): 99–105. doi:10.1016/S0022-3999(02)00479-8. PMID 12932507.
  9. ^ Shari Roan (March 5, 2007). "Change in daylight saving time may affect moods". Los Angeles Times.
  10. ^ Sipilä JO, Ruuskanen JO, Rautava P, Kytö V (2016). "Changes in ischemic stroke occurrence following daylight saving time transitions". Sleep Medicine. 27–28: 20–24. doi:10.1016/j.sleep.2016.10.009. PMID 27938913.
  11. ^ Imre Janszky; Rickard Ljung (2008). "Shifts to and from daylight saving time and incidence of myocardial infarction". New England Journal of Medicine. 359 (18): 1966–1968. doi:10.1056/NEJMc0807104. PMID 18971502. Rumusan ringkasan. Unknown parameter |laysource= ignored (bantuan); Unknown parameter |laydate= ignored (bantuan)
  12. ^ "Kazakhstan canceled shifting to the "summer" and "winter" time". Kazakhstan Today. Diterjemahkan oleh Nataliya Shirinskikh. March 16, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29 – melalui engnews.gazeta.kz.CS1 maint: unfit URL (link)

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting