Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Amerika Syarikat ialah cabang tentera udara Angkatan Tentera Amerika Syarikat, dan merupakan salah satu daripada tujuh perkhidmatan beruniform di Amerika Syarikat. Pada awalnya, ia telah ditubuhkan sebagai Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara A.S ditubuhkan sebagai cawangan tentera yang berasingan pada 18 September, 1947.[2] dan merupakan cawangan angkatan tentera A.S terakhir yang ditubuhkan.
Tentera Udara Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | 18 September 1947 - kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Kesetiaan | Presiden Amerika Syarikat |
Peranan | "Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber"[1] |
Saiz | 328,600 anggota tetap 5,778 pesawat (2,402 buah adalah pesawat pejuang) 450 peluru berpandu ICBM |
Pangkalan | Pentagon |
Penaung | Jabatan Pertahanan Jabatan Tentera Udara |
Moto | "Above All" |
Warna | Biru dan Emas |
Kawat | Off We Go Info the Wild Blue Yonder |
Pertempuran | Lihat senarai |
Komander | |
Setiausaha | Yang Berhormat Deborah Lee James |
Ketua Turus | Jen. Mark A. Welsh III |
Timbalan Ketua Turus | Jen. Larry O. Spencer |
Tanda kebesaran | |
Simbol pengenalan | |
Simbol pengenalan |
Latar belakang
suntingTentera Udara A.S merupakan angkatan tentera udara yang terbesar, dan mempunyai teknologi termaju di dunia. Ia memiliki sebanyak 5,778 buah pesawat (4,093 buah milik tentera udara; 1,289 buah milik Pengawal Kebangsaan Udara; dan 396 buah milik Pasukan Simpanan Tentera Udara);[3] kira-kira 156 buah Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu (UCAV), 2130 buah Peluru berpandu kruis pelancaran udara,[4] dan 450 peluru berpandu balistik antara benua. Sehingga 30 September 2007, Tentera Udara A.S mempunyai 328,600 anggota perkhidmatan aktif, 117,497 anggota Arahan Simpanan Tentera Udara, dan 106,700 anggota Pengawal Udara Kebangsaan. Tentera Udara juga menggaji seramai 168,900 orang awam termasuk penggajian tidak langsung warganegara asing.[5]
Pada tahun 2007, disebabkan oleh kekangan belanjawan, Tentera Udara A.S telah mengurangkan saiz kekuatannya anggota dalam perkhidmatan aktifnya daripada 333,000 kepada 316,000 anggota, yang merupakan kekuatan terkecil sejak serangan ke atas Pearl Harbor. Berdasarkan kenyataan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral T. Michael Moseley.[6] Kekuatan anggota tugas aktif sekarang ialah kira-kira 70% daripada kekuatan Tentera Udara A.S semasa akhir Perang Teluk pertama pada tahun 1991.[7]
Bukan semua pesawat tempur angkatan tentera Amerika Syarikat dikendalikan oleh Tentera Udara A.S. Sebagai contoh, Tentera Darat Amerika Syarikat mengendalikan sendiri helikopternya yang kebanyakannya digunakan untuk menyokong serangan darat; ia juga memiliki dan menyelenggara sejumlah kecil pesawat kepak kaku (terutamanya Pesawat Udara Tanpa Pemandu) (UAV). Tentera Laut Amerika Syarikat pula bertanggungjawab atas pelbagai jenis pesawat, termasuk pesawat tempur udara dan rondaan maritim yang beroperasi di atas 11 buah kapal pengangkut pesawat dan pesawat pengangkut yang beroperasi di beberapa pangkalan udara di seluruh dunia. Kor Marin pula menggunakan pesawat tempur dan pengangkut mereka sendiri untuk menyokong misi darat dan sering kali digunakan bersama dengan penerbangan laut. Pengawal Pantai Amerika Syarikat juga mengoperasi pesawat pengangkut dan Cari dan Selamat (SAR), yang berperanan dalam pertempuran dan penguatkuasaan undang-undang. Kesemua cabang dalam angkatan tentera A.S mengoperasi helikopter.
Jabatan Tentera Udara diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai Setiausaha Tentera Udara yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran. Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah satu cabang Jabatan Pertahanan, yang diketuai oleh Setiausaha Pertahanan. Pangkat tertinggi bagai pegawai tentera di Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat.
Misi
sunting1. Berdasarkan Akta Keselamatan Kebangsaan 1947 (61 Stat. 502) yang membawa kepada penubuhan Tentera Udara:
In general the United States Air Force shall include aviation forces both combat and service not otherwise assigned. It shall be organized, trained, and equipped primarily for prompt and sustained offensive and defensive air operations. The Air Force shall be responsible for the preparation of the air forces necessary for the effective prosecution of war except as otherwise assigned and, in accordance with integrated joint mobilization plans, for the expansion of the peacetime components of the Air Force to meet the needs of war.
2. §8062 of Title 10 US Code (10 USC 8062) mentakrifkan tujuan Tentera Udara seperti berikut:
- Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan bersedia untuk mempertahankan, Amerika Syarikat, Tanah Jajahannya, Negera-negara Berdaulat, dan hak miliknya, dan sebarang kawasan yang diduduki oleh Amerika Syarikat;
- Untuk menyokong Polisi Negara;
- Untuk melaksanakan objektif negara;
- Untuk menentang negara-negara yang bertindak agresif yang membahayakan keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat.
3. Misi Tentera Udara Amerika Syarikat ialah "Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber".[8]
Cari dan Selamat
suntingRancangan Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan memperakui Pengawal Pantai Amerika Syarikat sebagai sebuah agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk menjalankan operasi Cari dan Selamat (SAR) di laut , dan Peronda Udara Awam Tentera Udara Bantuan Amerika Syarikat bertanggungjawab terhadap tugas Cari dan Selamat di tanah besar.[9] Kedua-dua agensi berkerjasama dalam Pusat Penyelaras Penyelamatan untuk menyelaraskan usaha ini.[3]
Sejarah
suntingTentera Udara Amerika Syarikat menjadi cabang perkhidmatan tentera yang berasingan pada 18 September 1947, dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Kebangsaan 1947.[10] Akta ini telah menubuhkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, yang terdiri daripada tiga cabang tentera iaitu, Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang baru dibuka.[11] Sebelum 1947, tanggungjawab bagi penerbangan tentera dikongsi antara Tentera Darat (bagi operasi di darat) dan Tentera Laut, bagi operasi pesawat di atas kapal pengangkut pesawat dan peperangan amfibia. Tentera Darat A.S mencipta permulaan penubuhan bagi Tentera Udara pada 1907, melalui perubahan pada organisasi, gelaran, dan misi yang mana telah berkembang ke arah pemisahan fungsi 40 tahun berikutnya. Organisasi sebelum Tentera Udara A.S. sebelumnya ialah:
- Divisyen Penerbangan, Kor Isyarat A.S - (1 Ogos 1907 hingga 18 Julai 1914)
- Seksyen Penerbangan, Kor Isyarat A.S - (18 Julai 1914 hingga 20 Mei 1918)
- Divisyen Penerbangan Tentera - (20 Mei 1918 hingga 24 Mei 1918)
- Perkhidmatan Udara Angkatan Tentera Darat A.S - (24 Mei 1918 hingga 20 Julai 1926)
- Kor Udara Angkatan Tentera Darat A.S - (20 Julai 1926 hingga 20 Jun 1941), dan
- Tentera Udara Angkatan Tentera Darat A.S - (20 Jun 1941 hingga 17 September 1947)
Peperangan
suntingTentera Udara A.S terlibat dalam banyak peperangan, konflik, dan operasi sejak dan sebelum pengkonsepsiannya yang merangkumi:
- Perang Dunia I[12] Seksyen Penerbangan, Kor Isyarat A.S.
- Perang Dunia II[13] Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
- Perang Dingin
- Perang Korea
- Perang Vietnam
- Operasi Cakar Helang
- Operasi Urgent Fury
- Operasi Ngarai Eldorado
- Serangan Amerika Syarikat ke atas Panama
- Perang Teluk
- Operasi Northern Watch
- Operasi Southern Watch
- Perang Kosovo
- Operasi Mengekalkan Kebebasan
- Operasi Pembebasan Iraq
Operasi kemanusiaan
suntingTentera Udara A.S. banyak melibatkan diri dalam pelbagai operasi kemanusiaan. Beberapa operasi kemanuasian adalah seperti berikut:[14]
- Berlin Airlift (Operasi Vittles), 1948-1949
- Operasi Safe Haven, 1956-1957
- Operasi-operasi Babylift, New Life, Frequent Wind, dan New Arrivals, 1975
- Operasi Provide Comfort, 1991
- Operasi Sea Angel, 1991
- Operasi Provide Hope, 1992-1993
- Operasi Unified Assistance, Disember 2004 - April 2005
Organisasi pentadbiran
suntingTentera Udara A.S merupakan satu daripada 3 jabatan perkhidmatan, dan diuruskan oleh seorang (kakitangan awam) daripada Jabatan Tentera Udara. Arahan diterima daripada Setiausaha Tentera Udara(SECAF) dan kakitangan dan penasihatnya. Kepemimpinan tentera terletak di bahu Staf Udara, yang diketuai oleh Ketua Staf.
Struktur ketenteraan
suntingIbu pejabat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Pentagon, Arlington, Virginia
- Markas Tempur Udara (ACC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Langley, Virginia
- Tentera Udara Pertama, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Tyndall, Florida
- Tentera Udara ke-8, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Barksdale, Louisiana
- Tentera Udara ke-9, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Shaw, Carolina Selatan
- Tentera Udara ke-12, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan, Arizona
- Markas Latihan dan Pendidikan Udara (AETC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Randolph, Texas
- Tentera Udara ke-2, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Keesler, Mississippi
- Tentera Udara ke-19, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Randolph, Texas
- Markas Siber Tentera Udara (Provisional) (AFCYBER), bertempat sementara di Pangkalan Tentera Udara Barksdale, Louisiana
- Markas Materiel Tentera Udara (AFMC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson, Ohio
- Markas Simpanan Tentera Udara (AFRC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Robins, Georgia
- Tentera Udara ke-4, berpangkalan di Pangkalan Simpanan Udara March, California
- Tentera Udara ke-10, berpangkalan di Pangkalan Simpanan Bersama Udara Tentera Laut Fort Worth, Texas
- Tentera Udara ke-22, berpangkalan di Pangkalan Simpanan Udara Dobbins, Georgia
- Fail:Air Force Space Command logo.svg Markas Angkasa Lepas Tentara Udara (AFSPC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Peterson, Colorado
- Tentera Udara ke-14, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California
- Tentera Udara ke-20, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara F. E. Warren, Wyoming
- Markas Operasi Khas Tentera Udara (AFSOC), berpangkalan di Hurlburt Field, Florida
- Markas Mobiliti Udara (AMC), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois
- Tentera Udara ke-18, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois
- Tentera Udara Amerika Syarikat di Eropah (USAFE), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Ramstein, Jerman
- Tentera Udara ke-3, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Ramstein, Jerman
- Tentera Udara ke-17, berpangkalan di Sembach Annex, Jerman
- Tentera Udara Pasifik (PACAF), berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Hickam, Hawaii
- Tentera Udara ke-5, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Yokota, Jepun
- Tentera Udara ke-7, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Osan, Korea Selatan
- Tentera Udara ke-11, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Elmendorf, Alaska
- Tentera Udara ke-13, berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Hickam, Hawaii
Kakitangan tetap Tentera Udara A.S. sehingga 30 September 2006,[15] terdiri daripada:
- Tentera dalam perkhidmatan aktif:
- 57 sayap penerbangan, 8 sayap angkasa, dan 55 sayap bukan penerbangan
- 9 kumpulan penerbangan, 8 kumpulan bukan penerbangan
- 134 skuadron penerbangan, 43 skuadron angkasa
- Tentera Udara Simpanan
- 35 sayap penerbangan, 1 sayap angkasa
- 4 kumpulan penerbangan
- 67 skuadron penerbangan, 6 skuadron angkasa
- Pengawal Udara Kebangsaan
- 87 sayap penerbangan
- 101 skuadron penerbangan, 4 skuadron angkasa
- 87 sayap penerbangan
Tentera Udara A.S dan pasukan simpanan udaranya berjumlah 302 skuadron penerbangan.[16]
Pesawat
suntingTentera Udara A.S memiliki lebih 7,500 buah pesawat yang ditauliahkan setakat tahun 2004. Sehingga tahun 1962, Tentera Darat dan Tentera Udara mengekalkan sistem yang serupa penamaan pesawat, sementara Tentera Laut pula menggunakan sistem yang berlainan. Pada tahun 1962, penamaan ini digabungkan dan memberi kesan secara langsung akan kaedah yang digunakan oleh Tentera Darat/Udara.
Pesawat dalam pemilikan tentera udara sekarang[17]:
Serangan (Sokongan dekat udara)
suntingPengebom
suntingPengangkut Operasi Khas
sunting- An-26 Curl
- C-5A/B/C/M Galaxy
- C-12C/D/F Huron
- C-17A Globemaster III
- C-20A/B/C Gulfstream III
- C-20G/H Gulfstream IV
- C-21A Learjet
- C-22B
- VC-25A (Air Force One)
- C-26B Metroliner
- C-29A
- C-32A
- C-37A Gulfstream V
- C-38 Courier
- C-40B Clipper
- C-41A Aviocar
- C-130E/H/J Hercules
- HC-130H/N
- LC-130H
- MC-130E/H/W Combat Talon/Combat Spear
- WC-130J
- C-135C/E/K Stratolifter
- NC-135B/E/W
- VC-137C
- CN-235-100 [18]
- E-9A
- CV-22B Osprey
- TC-18E
- TC-135S
- TC-135W
- WC-135C/W
Peperangan elektronik (AWACS)
suntingPejuang
suntingHelikopter
suntingPenangki
suntingPengawasan
suntingLatihan
suntingRujukan
sunting- ^ Jabatan Tentera Udara - Keutamaan perubahan
- ^ 80 P.L. 235, 61 Stat. 495 (1947); Hubungan Tentera Udara, (2006)Fakta: Tentera Udara Amerika Syarikat. Dicapai 7 April, 2006.
- ^ "Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.61.
- ^ "Galeri senjata Tentera Udara A.S, Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.155. Tentera Udara A.S bercadang untuk menghentikan penggunaan 460 AGM-129 pada 2008, dan 528 ALCM sebelum tahun 2012.
- ^ "Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.48. Rakyat asing yang di ambil bekerja adalah 6,617 orang.
- ^ Wawancara, Air Internationals ? vol.74 ?.
- ^ "Almanak Tentera Udara A.S 2006: Kekuatan Anggota Tentera Udara A.S" (PDF). AIR FORCE Magazine. Dicapai pada 20 Jan. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) 1991 510,000; 2006 352,000 - ^ Hubungan Tentera Udara, (2005). Tentera Udara mengeluarkan Penyataan Misi terkini. Dicapai 8 Disember, 2005.
- ^ Rancangan Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan 2007
- ^ Komuniti Perisikan A.S (Oktober 2004). Akta Keselamatan Dalam Negara 1947. Dicapai 14 April 2006.
- ^ Jabatan Negara A.S (2006). Akta Keselamatan Dalam Negara 1947. Dicapai 14 April 2006.
- ^ Risalah Tentera Udara 36-2241 (1 Julai 2007). [1][pautan mati kekal].
- ^ Risalah Tentera Udara 36-2241 (1 Julai 2007). [2][pautan mati kekal].
- ^ Sumber utama bagi operasi kemanusiaan Tentera Udara A.S. adalah Panduan Kajian Penyeliaan Pemeriksaan Tentera Udara A.S. (2005)
- ^ "Almanak Tentera Udara A.S 2007: Major Commands" (PDF). AIR FORCE Magazine. Dicapai pada 9 Feb. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Almanak Tentera Udara A.S 2007: Skuadron Tentera Udara A.S mengikut jenis misi" (PDF). AIR FORCE Magazine. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-12-01. Dicapai pada 9 Feb. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ "Susunan pesawat Tentera Udara A.S - termasuk jumlah pesawat dalam perkhidmatan aktif". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-10. Dicapai pada 2019-08-29.
- ^ http://www.airliners.net/open.file/775218/L/
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tentera Udara Amerika Syarikat. |
- Laman web rasmi Tentera Udara A.S
- Laman web rasmi pengambilan anggota Tentera Udara A.S
- DoSomethingAmazing.com Laman web rasmi pengambilan anggota Tentera Udara A.S di media
- Pejabat sokongan sejarah Tentera Udara A.S Diarkibkan 2006-10-28 di Wayback Machine
- Laporan sejarah Tentera Udara A.S di Pusat Carian
- Agensi Penyelidikan Sejarah Tentera Udara A.S Diarkibkan 2011-02-28 di Wayback Machine
- Muzium Kebangsaan Tentera Udara A.S
- Lamabang Tentera Udara A.S
- Carian sendiri Tentera Udara A.S
- Trup komunikasi Tentera Udara A.S