Sukan Asia Tenggara 2011
Sukan Asia Tenggara ke-26 diadakan di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada November 2011.[3] Ini kali keempat Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA, ia kali terakhir menganjurkan Temasya ini pada 1997. Seiring dengan Sukan SEA, SukanPara ASEAN ke-6 untuk atlit kurang upaya, bermula 2 minggu selepas Sukan SEA tamat, dengan pertandingan diadakan di Surakarta (Solo)[4], Jawa Tengah, Indonesia.
Sukan Asia Tenggara ke-26 | |
---|---|
Penyertaan negara | 11 |
Penyertaan atlet | >6000 (anggaran) |
Acara | 545 dalam 44 acara sukan[1] |
Upacara pembukaan | 11 November |
Upacara penutupan | 22 November[2] |
Dirasmikan oleh | Susilo Bambang Yudhoyono Presiden Indonesia |
Pembaca ikrar Atlet | Dedeh Herawati |
Pembaca ikrar Juri | Eko Sunarto |
Pembawa obor | Susi Susanti |
Venue upacara | Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang |
Ibu negara Jakarta pernah menjadi tuah rumah Sukan Asia Tenggara sebanyak tiga kali, iaitu di 1979, 1987, dan 1997. Palembang menjadi tuan rumah Sukan SEA yang ketiga luar daripada ibu negara, selepas Chiang Mai dan Nakhon Ratchasima, Thailand.
Tuan rumah Indonesia mendapat pungutan pingat emas dan jumlah pingat terbanyak, kali pertama ia mengetuai jadual pingat sejak 1997, di mana ia turut menjadi tuan rumah.
Penganjuran
suntingLokasi
suntingLokasi di Palembang[5]
Lokasi | Sukan |
---|---|
Dewan Dempo | Gimnastik (aerobik) |
kompleks Sukan Dempo | Angkat berat |
Gedung Serbaguna Jakabaring | Gusti |
Kompleks Sukan Jakabaring | Akuatik (renang, terjun, renang berirama), olahraga, besbol, berenang sirip (finswimming), pétanque, roller skating, menembak, sofbol, tenis dan tenis lembut, bola tampar (pantai), pajat dinding (wall climbing), ski air |
Jakabaring Billiard Arena | Sukan cue |
Hotel Jayakarta | Catur |
Lumban Tirta Arena | Aquatik (polo air) |
dewan Gimnastik Ranau | Gimnastik (artistik dan berirama) |
SPC Jakabaring | Sepak takraw |
Hotel Swarna Dwipa | Bridge |
Universiti Sriwijaya (Dewan Sukan Fieldhouse dan Sriwijaya) |
Tinju, bola tampar (dalam dewan) |
Lokasi di Jakarta[5]
Lokasi | Sukan |
---|---|
Ancol | Berbasikal (BMX) |
Arthayasa Stables and Country Club | Ekuestrian |
Bowling Jaya Ancol | Boling |
Gelanggang Remaja Tanjung Priok | Vovinam |
Gelora Bung Karno | Bola sepak |
Gunung Mas | Paragliding |
Gunung Pancar | Berbasikal (MTB) |
Jagorawi Country Club | Golf , Boling padang |
Lake Cipule | Kanu/kayak, mendayung, perlumbaan bot tradisional |
Stadium Lebak Bulus | Bola sepak |
Kelapa Gading Judo Center | Judo |
Kelapa Gading Sports Mall | Bola keranjang |
Padepokan Pencak Silat | Pencak silat |
POPKI Sport Hall | Futsal, Taekwondo |
Putri Island | Akuatik (Open-water swimming) |
Senayan Sport Complex: Istora Senayan, Lapangan ABC, Tenis Indoor |
Memanah, badminton, karate, wushu |
Soemantri Brodjonegoro Sport Complex | Ping pong |
Subang Road | Berbasikal (lebuh raya) |
Universiti Indonesia | Lawan pedang |
Velodrom Rawamangun | Berbasikal (trek) |
Perkampungan atlet
suntingJakabaring, Palembang yang meliputi kawasan lebih daripada 45,000 meter persegi adalah perkampungan atlet (wisma atlet) semasa temasya. Ia terletak di hadapan Stadium Jakabaring (Gelora Sriwijaya).[6]
Pemasaran
suntingMaskot
suntingMaskot rasmi untuk Sukan SEA 2011 di Indonesia dikenali sebagai Modo dan Modi, sepasang biawak komodo .[7] Modo adalah biawak komodo jantan memakai pakaian tradisional biru Indonesia dan batik sarong, manakala Modi ialah biawak komodo betina yang memakai kebaya merah dengan batik sash dan seluar. maskot ini telah dipilih kerana biawak komodo, merupakan haiwan eksotik dan endemik di Indonesia, selain merupakan fauna asal yang mendiami Komodo, Rinca, Kepulauan Padar islands di Nusa Tenggara Timur. Maskot ini telah diperkenalkan dan dipersembahkan 200 hari sebelum Sukan SEA 2011 berlangsung pada, Isnin 25 April 2011 di tiga tempat iaitu: Jakarta, Teater Tanah Airku di Taman Mini Indonesia Indah dan Monumen Selamat Datang di Jakarta Tengah.[8] "Modo" adalah perkataaan kependekan dari perkataan Komodo, manakala "Modo-Modi" ejaan yang ditukarkan dari gabungan perkataan Muda-Mudi yang bermaksud "belia" dalam bahasa Indonesia, yang berasal dari perkataan pemuda (belia lelaki) dan pemudi (belia wanita).
Temasya
suntingUpacara pembukaan
suntingUpacara pembukaan bermula pada jam 7:00 pm 11 November 2011 di Stadium Gelora Sriwijaya, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, Sumatera Selatan.[9][10] Tarikh ini dipilih kerana ia jatuh pada tarikh unik 11-11-11. Dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, acara gilang-gemilang yang bertemakan Harmony in Victory itu berlangsung selama tiga jam melibatkan lebih 3,000 orang.[11]
Upacara ini dibuka dengan persembahan muzik dan tarian, yang menceritakan sejarah Kerajaan Srivijaya. Ini diikuti dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding, dengan Indonesia selaku tuan rumah akhir sekali. Bendera Sukan SEA kemudian dinaikkan selepas Presiden Susilo secara rasmi mengisytiharkan pembukaan temasya kali ke-26 ini. Kemuncak upacara pembukaan ialah larian membawa masuk obor untuk diserahkan kepada Susi Susanti, yang menyalakan obor temasya. Acara ini diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising yang liriknya ditulis sendiri Presiden Susilo sambil diiringi pertunjukan bunga api.[10]
Acara sukan
suntingTemasya Sukan SEA 2011 akan mempertandingkan pelbagai acara dalam 44 jenis sukan.[12]
|
|
|
|
Acara sukan demonstrasi:
- Kriket
- Tarung Derajat - seni pertahan diri tradisional Sunda[13]
Jadual pingat
sunting- Petunjuk
* Negara penganjur (Indonesia)
Ked. | JON | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Indonesia (INA)* | 182 | 151 | 143 | 476 |
2 | Thailand (THA) | 109 | 101 | 119 | 329 |
3 | Vietnam (VIE) | 96 | 92 | 100 | 288 |
4 | Malaysia (MAS) | 58 | 50 | 81 | 189 |
5 | Singapura (SIN) | 42 | 45 | 74 | 161 |
6 | Filipina (PHI) | 37 | 55 | 77 | 169 |
7 | Myanmar (MYA) | 16 | 27 | 37 | 80 |
8 | Laos (LAO) | 9 | 12 | 36 | 57 |
9 | Kemboja (CAM) | 4 | 11 | 24 | 39 |
10 | Timor-Leste (TLS) | 1 | 1 | 6 | 8 |
11 | Brunei (BRU) | 0 | 4 | 7 | 11 |
Jumlah (11 JON) | 554 | 549 | 704 | 1807 | |
Sumber:Pungutan pingat |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ 2011 SEA Games Calendar
- ^ lihat tajuk
- ^ "S. Sumatra aims to complete SEA Games preparations in 4 months". The Jakarta Post. 2011-04-13. Dicapai pada 2011-06-02.
- ^ "Solo Ready to Host the 2011 ASEAN Para Games".
- ^ a b "SEAGAMES 26th". Seag2011.com. 2006-09-06. Dicapai pada 2011-06-02.
- ^ http://www.dapunta.com/wisma-atlet-sea-games-segera-dibangun-di-palembang.html
- ^ Diposkan oleh Admin (2011-01-14). "26th SEA Games Indonesia 2011: Maskot SEA Games 2011 Diresmikan". Seagames26th.blogspot.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-29. Dicapai pada 2011-06-02.
- ^ Maskot SEA Games Modo-Modi Resmi Diluncurkan
- ^ "Palembang Kota Pembuka dan Penutupan". Kompas. 2010-07-20. Dicapai pada 2011-08-08.
- ^ a b "Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang". Kosmo! Online. 11-11-11. Dicapai pada 2011-11-12. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Dazzling SEA Games open". The Jakarta Post. 2011-11-12. Dicapai pada 2011-11-12.
- ^ "Indonesia 2011". 2009-12-14. Dicapai pada 2009-12-14.
- ^ "Kota Palembang Tuan Rumah SEA Games 2011". 2009-07-11. Dicapai pada 2009-11-28.
Pautan luar
sunting- Laman rasmi
- Majlis Olimpik Asia - Senarai kawasan tuan rumah Sukan SEA
- Blog Official 26th SEA Games blog
Didahului oleh: 2009 Laos |
Sukan Asia Tenggara | Diikuti oleh: 2013 Myanmar |