Santo Stefanus atau Stefanos (Yunani: Στέφανος, translit. Stéphanos, hrf. "kalungan daun, mahkota"; Inggeris: Saint Stephen) ialah martir pertama dalam agama Kristian.[2]

Stefanus
Santo Stefanus oleh Carlo Crivelli
Diakon, Diakon agung
Tujuh puluh murid
Protomartir Keimanan
Martir Pertama
Lahirsekitar 5 TM
Meninggal33–36 (umur 28–32)
Baitulmaqdis, Yudea, Empayar Rom
Dihormati olehGereja Katolik Rom
Gereja Katolik Timur
Gereja Ortodoks
Gereja Ortodoks Oriental
Gereja Asyur di Timur
Golongan Anglikan
Lutheranisme
DikanunkanPra-Kongregasi
Hari perayaan25 Disember (Gereja Apostolik Armenia)
26 Disember (Barat)
27 Disember, 4 Januari, 2 Ogos, 15 September (Timur)
Tobi 1 (Kristian Ortodoks Koptik)
AtributMartir Merah, batu, dalmatik, dupa, gereja kecil, Kitab Injil, daun pelepah martir. Dalam Ortodoks dan Kristian Timur beliau sering memakai sebai Orarion
NaunganAnak altar[1]; Pueblo Orang Asli Amerika Acoma; penerap bata; pembuat keranda; Cetona, Italy; diakon; sakit kepala; kuda; Kessel, Belgium; kerja batu; Owensboro, Kentucky; Passau, Jerman; Kigali, Rwanda; Dodoma, Tanzania; Serbia; Ligao; Republik Srpska; Prato, Itali [1]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kerana itu, beliau juga digelar Protomartir (Yunani: Πρωτομάρτυρας/Protomartyras). Beliau dihormati sebagai orang suci dalam Gereja Roman Katolik, serta di Gereja Ortodoks Timur. Hari perayaan beliau adalah pada 3 Ogos. Nama beliau bermaksud 'kalungan daun dafnah' atau 'mahkota' dalam bahasa Yunani. Kematiannya diceritakan dalam Kitab Kisah Para Rasul. Beliau direjam sehingga mati atas tuduhan kufur dan diperingati pada Perayaan St. Stefanus, 26 Disember.

Latar belakang

sunting

Stefanus pertama kali disebut dalam Kisah Para Rasul sebagai salah seorang daripada Tujuh Diakon, yang dilantik oleh para Rasul untuk mengagihkan makanan dan bantuan amal kepada anggota masyarakat yang lebih miskin pada awal agama Kristian. Menurut kepercayaan Ortodoks, beliaulah yang sulung dan oleh itu dipanggil "diakon agung".[3] Disebabkan diakon lain, Nicholas dari Antioka, khusus dinyatakan telah memeluk agama Yahudi, Stefanus boleh diandaikan lahir seorang Yahudi tetapi tiada lagi yang diketahui tentang hidup beliau sebelum itu.[4] Diakon-diakon ini dilantik kerana orang Yahudi peranakan Yunani tidak berpuas hati janda-janda mereka tidak dilayan dengan baik seperti janda Yahudi Ibrani semasa makanan harian diagihkan. Oleh sebab nama Stephanos adalah bahasa Yunani Koine, beliau diandaikan adalah antara Yahudi Yunani ini. Stefanus dikatakan terkenal atas keimanannya, dikuasai Roh Kudus, dan pernah melakukan mukjizat di kalangan orang ramai.[5]

 
Perejaman Santo Stefanus, lukisan mazbah San Giorgio Maggiore, Venice, oleh Jacopo & Domenico Tintoretto

Beliau melakukan ajarannya dan "tanda-tanda dan keajaiban" di saumaah orang Yahudi Yunani kerana beliau dikatakan telah membangkitkan penentangan Saumaah Orang Yang Dibebaskan, dan "orang Kirene, dan Iskandariah, dan mereka yang berasal dari Kilikia dan Asia".[6] Ahli-ahli saumaah ini mencabar ajaran Stefanus tetapi beliau berjaya mengalahkan mereka dalam berdebat. Marah dengan penghinaan ini, mereka membuat kesaksian palsu bahawa Stefanus telah berkhutbah mengkufuri Musa dan Tuhan. Mereka mengheretnya kepada Sanhedrin, majlis agama tertinggi Yahudi, menuduhnya berkhutbah mendustakan Kuil Kedua dan Taurat.[7] Stefanus dikatakan tidak takut, dan wajahnya nampak seperti "malaikat".[4]

Dalam ucapan panjang kepada majlis Sanhedrin yang hampir memenuhi Kisah Para Rasul 7, Stefanus mengemukakan pandangannya tentang sejarah Bani Israel. Beliau berkata Tuhan menampakkan diri-Nya kepada Abraham di Mesopotamia, dengan itu menetapkan pada awak ucapan beliau salah satu tema utamanya, bahawa Tuhan tidak tinggal dalam satu bangunan tertentu (merujuk kepada Kuil Suci).[8] Stefanus menceritakan kisah-kisah para Bapa-bapa Bangsa mereka dengan lebih mendalam dan lebih terperinci tentang Musa. Tuhan menampakkan diri-Nya kepada Musa dalam api belukar yang menyala,[9] dan mengilhami Musa untuk membawa umatnya keluar dari Mesir. Namun demikian, Bani Israel menyembah tuhan-tuhan lain.[10] Ini menetapkan tema utama kedua ucapan Stefanus, ketidaktaatan Bani Israel kepada Tuhan.[8] Stefanus menghadapi dua tuduhan: bahawa beliau telah mengisytiharkan bahawa Yesus akan memusnahkan Kuil di Baitulmaqdis dan bahawa beliau telah mengubah adat istiadat Musa. Paus Benedictus XVI menyatakan pada tahun 2012 bahawa Stefanus bersandar pada kitab Yahudi untuk membuktikan hukum-hukum Musa bukannya dihapuskan oleh Yesus tetapi sebaliknya dipenuhi.[11] Stefanus mengecam semua yang mendengar[8] sebagai orang yang "tegang leher" yang, sama seperti nenek moyang mereka, menentang Roh Kudus. “Nabi manakah yang tidak dianiaya oleh nenek moyang kamu semua? Mereka membunuh nabi-nabi yang dahulu kala mengumumkan kedatangan Hamba Allah yang melakukan kehendak-Nya, yang kamu khianati dan bunuh. Kamu telah menerima Taurat Allah yang disampaikan oleh malaikat, tetapi kamu tidak mematuhinya."[12]

Perejaman Stefanus

sunting
 
Perejaman Santo Stefanus oleh Giovanni Battista Lucini

Selepas dikecam, kisahnya ialah orang ramai tidak dapat menahan kemarahan mereka lagi.[13] Namun, Stefanus mendongak dan berseru, "Lihatlah, saya nampak syurga terbuka, dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Tuhan." Beliau berkata bahawa Yesus yang baru dibangkitkan sedang berdiri di sisi Tuhan.[14][15] Orang ramai, yang melemparkan batu-batu pertama,[16][14] mencabut jubah mereka untuk melakukannya dan meletakkannya di kaki seorang pemuda bernama Saulus (kemudian dikenali sebagai Rasul Paulus). Stefanus berdoa agar Tuhan menerima rohnya dan agar pembunuhnya diampuni, lalu beliau berlutut dan meninggal dunia.[17] Saulus "menyetujui kematiannya."[18] Selepas kematian Stefanus, murid-murid yang tinggal kecuali para rasul melarikan diri ke negeri yang jauh, ramai ke Antioka.[19][20]

Lokasi pemartiran

sunting

Tempat sebenar rejaman Stefanus tidak disebutkan dalam Kisah Para Rasul; sebaliknya ada dua riwayat yang berbeza. Satu, yang dibuat oleh ahli arkeologi Perancis terkenal Louis-Hugues Vincent (1872–1960) dan Félix-Marie Abel (1878–1953) adalah teori purba. Ia menyatakan peristiwa itu berlaku di pintu gerbang utara Baitulmaqdis, manakala satu lagi teori, menurut Vincent dan Abel berasal dari Zaman Pertengahan dan selewat-lewatnya abad ke-12, menempatkannya di pintu gerbang timur.[21]

Pandangan tentang ucapan Stefanus

sunting
 
Santo Stefanus oleh Luis de Morales

Daripada banyak ucapan dalam Kisah Para Rasul, ucapan Stefanus kepada Sanhedrinlah yang paling panjang.[22] Sesetengah pakar mempersoalkan sama ada ucapan yang begitu panjang itu boleh dirakamkan perkataan demi perkataan, tetapi yang lain percaya bahawa ucapan Stefanus mencerminkan keperibadian beliau yang unik.[8]

Terdapat sekurang-kurangnya lima tempat apabila penceritaan semula kisah-kisah sejarah Israel oleh Stefanus menyimpang daripada kitab suci yang merakamkan kisah-kisah ini; sebagai contoh, Stefanus mengatakan bahawa makam Yakub berada di Sikhem,[23] tetapi Kejadian 50:13[24] mengatakan jenazah Yakub dibawa dan dikebumikan di dalam sebuah gua di Makhpela di Hebron.[25][8] Sesetengah ahli teologi berpendapat bahawa ini mungkin bukan percanggahan, tetapi peringkasan sejarah untuk orang-orang yang sudah biasa dengannya.[26] Sama ada jenazah Yakub dibawa ke makam di Sikhem tidak direkodkan dalam kitab Kejadian, tetapi tidak bermakna tulang-temulangnya tidak dipindahkan ke Sikhem untuk dikebumikan buat kali terakhir, sama seperti tulang-tulang anak Yakub Yusuf, seperti dalam Yosua 24:32. Sarjana lain menganggap ini dan percanggahan lain sebagai kesilapan. Yang lain menafsirkannya disengajakan untuk membuat poin-poin teologikal.[22] Kemungkinan lain ialah percanggahan itu datang daripada riwayat Yahudi kuno yang tiada dalam kitab-kitab suci atau mungkin popular di kalangan penduduk Baitulmaqdis yang bukan ahli jurutulis Taurat.[27]

Ada banyak persamaan antara kisah Stefanus dalam Kisah Para Rasul dan Yesus dalam Injil—misalnya kedua-dua tokoh melakukan mukjizat, kedua-duanya dibicarakan oleh Sanhedrin, mereka berdua berdoa memohon pengampunan bagi pembunuh mereka—telah menyebabkan sangkaan bahawa pengarang Kisah Para Rasul telah menekankan—untuk menunjukkan kepada pembaca bahawa orang menjadi kudus apabila mereka mengikuti teladan Kristus—atau mereka sebahagian (atau semua) cerita ini.[14]

Kritikan terhadap kepercayaan dan amalan Yahudi tradisional dalam ucapan Stefanus adalah sangat kuat—apabila beliau berkata Tuhan tidak tinggal di dalam kediaman yang "dibuat oleh tangan manusia", merujuk kepada Kuil Suci, beliau menggunakan ungkapan yang sering digunakan oleh teks Alkitab untuk menggambarkan berhala.[8]

Sesetengah orang telah mengemukakan tuduhan anti-Yahudi terhadap ucapan tersebut, misalnya paderi dan sarjana perbandingan agama S. G. F. Brandon, yang menyatakan: "Polemik anti-Yahudi ucapan ini mencerminkan sikap pengarang Kisah Para Rasul."[28]

Ulasan

sunting
 
Santo Stefanus.

Friedrich Justus Knecht menyatakan persamaan kemartiran Stefanus dengan kematian Yesus di kayu salib:

1. Tuhan kita yang Terberkati dijatuhi hukuman mati atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kufur, kerana Dia telah bersumpah: "Akulah Anak Tuhan yang hidup, dan selepas ini kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Tuhan". Dengan cara yang sama Stefanus direjam atas anggapan bahawa dia mengeluarkan kata-kata kufur, dan kerana dia mengaku kepercayaannya kepada Ketuhanan Yesus, dan berkata: "Saya melihat syurga terbuka, dan Yesus berdiri di sebelah kanan Tuhan". 2. Kedua-dua Tuhan kita yang Terberkati dan St. Stefanus telah dilayan sebagai orang buangan, dan dibunuh di luar kota. 3. Kedua-duanya, ketika mati, berdoa untuk musuh mereka: "Bapa, ampunilah mereka, kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan". – "Jangan letakkan dosa ini kepada mereka". 4. Kedua-duanya, sebelum mati, menyerahkan jiwa mereka kepada Tuhan: "Bapa, ke dalam tangan-Mu aku serahkan roh-Ku". – “Tuhan Yesus, terimalah jiwaku!”[29]

Makam dan relik Stefanus

sunting
 
Tapak Stefanus khabarnya direjam, Gereja Ortodoks Yunani St. Stefanus, Lembah Kidron, Baitulmaqdis.

Kisah 8:2[30] mengatakan "orang-orang saleh membawa Stefanus ke penguburannya, dan amat meratapi kematiannya," tetapi lokasi beliau dikuburkan tidak dinyatakan.

Pada tahun 415, seorang paderi bernama Lucian kononnya mendapat mimpi yang mendedahkan lokasi jenazah Stefanus di Beit Jimal. Selepas itu, relik protomartir itu diarakkan ke Gereja Hagia Sion pada 26 Disember 415, menjadikannya tarikh perayaan Santo Stefanus. Pemerolehan semula relik itu diterangkan dalam surat yang ditulis oleh Avitus dari Braga,[31] yang terlibat dalam komplot untuk membawa sebahagian daripada relik itu ke Braga, Portugal menerusi sejarawan dan ahli teologi, Paulus Orosius.[32] Pada tahun 439, relik itu telah dipindahkan ke sebuah gereja baru di utara Gerbang Damsyik yang dibina oleh maharani Aelia Eudocia sebagai satu dedikasian kepada Santo Stefanus. Gereja ini telah dimusnahkan pada abad ke-12. Sebuah gereja Katolik Perancis abad ke-20, Saint-Étienne, telah dibina di tempatnya, manakala sebuah lagi, Gereja Ortodoks Yunani St. Stefanus, dibina di luar pintu gerbang timur bandar itu,[33] yang dianggap oleh riwayat kedua sebagai tapak kematian beliau, bukannya lokasi utara di luar Gerbang Damsyik (untuk dua tradisi lihat di sini).

Tentera Salib pada mulanya memanggil pintu utara utama Baitulmaqdis sebagai "Pintu Santo Stefanus" (dalam bahasa Latin, Porta Sancti Stephani), menunjukkan kedekatannya dengan tapak kemartiran Santo Stefanus, ditandai dengan gereja dan biara yang dibina oleh Maharani Eudocia.[34] Riwayat lain didokumentasikan dari akhir zaman Perang Salib, selepas kehilangan gereja Byzantin: kerana jemaah Kristian dilarang mendekati tembok kota utara yang terdedah kepada serangan, nama "Gerbang Santo Stefanus" telah dipindahkan ke pintu timur yang masih boleh digunakan, yang memakai nama ini sehingga hari ini.[35]

Relik protomartir itu kemudiannya dipindahkan ke Rom oleh Paus Pelagius II semasa pembinaan basilika San Lorenzo fuori le Mura. Ia dikebumikan bersama relik Santo Laurentius, yang makamnya diabadikan di dalam gereja. Menurut Legenda Emas, buku yang mengisahkan hidup-hidup para santo, relik Laurentius berganjak secara ajaib ke satu sisi untuk memberi ruang kepada relik Stefanus.[36]

Regalia Imperial Empayar Rom Suci termasuk relik yang dikenali sebagai Dompet St. Stefanus yang merupakan kotak emas dan bertatahkan permata, dipercayai mengandungi tanah yang dibasahi darah St. Stefanus. Relikuari itu berkemungkinan adalah rekaan dari abad ke-9.

Dalam buku Kota Tuhan, Agustinus dari Hippo menceritakan pelbagai keajaiban yang berlaku apabila sebahagian daripada relik Santo Stefanus dibawa ke Afrika.[37]

Relik protomartir itu juga pernah berada di India Kerala, dibawa dari Jemaah Gunung Athos, Greece ke Pusat Ziarah Katedral Ortodoks St. Stefanus, Kudassanad, Kerala, India.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Totus2Us".
  2. ^ "St. Stephen the Deacon" Diarkibkan 12 Disember 2013 di Wayback Machine, St. Stephen Diaconal Community Association, Roman Catholic Diocese of Rochester.
  3. ^ "Protomartyr and Archdeacon Stephen".
  4. ^ a b Souvay, Charles. "Saint Stephen". Catholic Encyclopedia,1912. New Advent. Dicapai pada 3 April 2013.
  5. ^ Kisah Para Rasul 6:5, 8
  6. ^ Kisah Para Rasul 6:9
  7. ^ Kisah Para Rasul 6:9–14
  8. ^ a b c d e f David J. Williams (1989), Acts (Understanding the Bible Commentary Series), Baker Books, Chapter 16, ISBN 978-0-8010-4805-0.
  9. ^ Kisah Para Rasul 7:30–32
  10. ^ Kisah Para Rasul 7:39–43
  11. ^ Kerr, David. "St. Stephen's death shows importance of Scripture, Pope says", Catholic News Agency, 2 May 2012.
  12. ^ Kisah Para Rasul 7:51–53
  13. ^ "of Saints", John J. Crawley & Co., Inc". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 21 April 2013.
  14. ^ a b c David J. Williams, Acts (Understanding the Bible Commentary Series), Baker Books 1989, chapter 17, ISBN 978-0-8010-4805-0
  15. ^ Kisah Para Rasul 7:54
  16. ^ Ulangan 13:9 dan Ulangan 17:7
  17. ^ Kisah Para Rasul 7:58–60
  18. ^ Kisah Para Rasul 8:1
  19. ^ Kisah Para Rasul 11:19–20
  20. ^ Unger, Merrill F. (2006) [1957]. Harrison, R. K. (penyunting). The New Unger's Bible Dictionary. Chicago: Moody Publishers. Antioch Ariana Grande Yuh. ISBN 978-0-8024-9066-7.
  21. ^ Hannah M. Cotton; Leah Di Segni; Werner Eck; dll., penyunting (2012). Jerusalem, Part 2: 705–1120. Corpus Inscriptionum Iudeae/Palaestinae. 1. De Gruyter. m/s. 275. ISBN 978-3-11-025188-3. Dicapai pada 31 Ogos 2016. .... Gerbang St. Stefanus (Gerbang Singa; Bab Sitti Mariam). Pintu itu mendapat namanya daripada riwayat yang mengatakan Diakon Stefanus, martir pertama, telah direjam di tempat ini. Pada awal abad ke-20, Patriarki Ortodoks Yunani membina sebuah gereja yang didedikasikan untuk Protomartir itu di dalam tanah mereka di hadapan pintu gerbang, dalam usaha untuk mengekalkan tradisi tapak itu, yang semakin dilupakan berikutan pembinaan gereja dan biara Dominika di Gereja Eudocian St. Stefanus di utara Gerbang Damsyik. Pembina-pembina Yunani itu sehingga mendakwa, semasa menggali dasar gereja baru itu, mereka telah menemui ambang pintu yang patah dengan ukiran seruan kepada Santo Stefanus, tetapi dakwaan mereka, yang diterima oleh Macalister dan Vailhé, telah dibuktikan salah oleh Vincent, yang berjaya membuktikan ambang pintu itu sebenarnya berasal dari Bersyeba. Vincent dan Abel percaya bahawa riwayat tentang rejaman Stefanus di pintu gerbang timur Baitulmaqdis berlaku paling lewatnya pada abad ke-12, manakala riwayat yang menempatkannya di pintu gerbang utara adalah kuno. .... J. Milik .... mencadangkan bahawa semua batu nisan yang ditemui di kawasan ini adalah milik tanah perkuburan Probatica.
  22. ^ a b Rex A. Koivisto (1987). "Stephen's Speech: A Theology of Errors?" (PDF). Grace Theological College. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 May 2016. Dicapai pada 3 April 2013.
  23. ^ Kisah Para Rasul 7:16
  24. ^ Kejadian 50:13
  25. ^ Kisah Para Rasul 8:1
  26. ^ Balge, Richard (2016). The People's Bible: Acts. Milwaukee: Northwestern Publishing House. m/s. 77. ISBN 978-0-8100-1190-8.
  27. ^ Marian Wolniewicz sebagai penterjemah Kitab Kisah Para Rasul dari: The Millennium Holy Bible; Warsaw, 1980
  28. ^ Brandon, S. G. F. (1967). Jesus and the Zealots: A Study of the Political Factor in Primitive Christianity. Charles Scribner's Sons. m/s. 158. ISBN 978-0-684-31010-7.
  29. ^ Friedrich Justus Knecht (1910). "LXXXVIII. Election and Ordination of Deacons. – Stephen the First Martyr" . A Practical Commentary on Holy Scripture. B. Herder.
  30. ^ Kisah Para Rasul 8:2
  31. ^ The standard edition of the Revelatio Sancti Stephani and the Epistula Aviti is that of S. Vanderlinden in Revue des Etudes Byzantines 4 (1946:178-217).
  32. ^ Wace, Henry; Piercy, William Coleman, penyunting (2014). A dictionary of early Christian biography: and literature to the end of the sixth century A.D. ; with an account of the principal sects and heresies. Peabody, Mass.: Hendrickson Publ. m/s. 1263–1264. ISBN 978-1-61970-269-1.
  33. ^ "St Stephen Church". Ministry of Tourism, Government of Israel. Dicapai pada 3 April 2013.
  34. ^ Adrian J. Boas (2001). Jerusalem in the time of the crusades: society, landscape, and art in the Holy City under Frankish rule (ed. Illustrated, reprint). Routledge. m/s. 53. ISBN 978-0-415-23000-1.
  35. ^ Jerome Murphy-O'Connor (2008). The Holy Land: An Oxford Archaeological Guide from Earliest Times to 1700. Oxford Archaeological Guides. Oxford: Oxford University Press. m/s. 21. ISBN 978-0-19-923666-4. Dicapai pada 2 Mac 2018. Pemandu tempatan memindahkan ke lembah Kidron beberapa tempat-tempat suci tertentu, paling utamanya gereja Santo Stefanus, yang sebenarnya berada di utara bandar, dan urusan berlangsung seperti sebelumnya.
  36. ^ "Golden Legend – Invention of Saint Stephen, Protomartyr". CatholicSaints.Info (dalam bahasa Inggeris). 2014-11-15. Dicapai pada 2020-02-19.
  37. ^ Agustinus, Kota Tuhan, Jilid XXII, Bab 8, dicapai 3 Julai 2021

Pautan luar

sunting