Putera Harry, Duke Sussex

anak bongsu Charles III dari United Kingdom dan Diana, Puteri Wales
(Dilencongkan daripada Putera Harry dari Wales)

Putera Henry, Duke of Sussex (Henry Charles Albert David; diputerakan pada 15 September 1984; lebih dikenali sebagai Putera Harry) merupakan putera kedua Charles, Putera Wales dan isteri pertamanya, mendiang Diana, Puteri Wales. Baginda merupakan pewaris keempat dalam baris pengganti takhta British dan juga dalam baris pengganti takhta Negara - negara Komanwel, yang di dahului oleh ayahandanya, kakandanya, Putera William, Duke Cambridge dan anakanda saudaranya Putera George dari Cambridge. Baginda merupakan paduka cucunda kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip.

Putera Harry
His Royal Highness The Duke of Sussex
Putera Harry pada tahun 2019
Keputeraan15 September 1984
Hospital St Mary, London, England.
Nama penuh
Henry Charles Albert David
KerabatHouse of Windsor
AyahandaCharles, Putera Wales
BondaDiana, Puteri Wales

Selepas menamatkan pengajian di beberapa buah sekolah di United Kingdom, Putera Harry menghabiskan cuti tahunannya di Australia dan Lesotho. Harry yang memilih kerja tentera, menjalani latihan pegawai di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Baginda telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Regimen Household Cavalry—berkhidmat sementara bersama kakandanya—dan menyempurnakan latihan baginda sebagai Komander kereta kebal. Pada tahun 2007 - 2008, baginda berkhidmat selama 77 hari di barisan hadapan dalam Perang Afghanistan, walaupun baginda telah dikeluarkan berikutan cerita yang dipaparkan dalam sebuah majalah Australia. Baginda berangkat pulang ke Afghanistan untuk 20 minggu penempatan pada 2012 - 2013.

Kehidupan Awal

sunting

Putera Harry diputerakan di Hospital St. Mary di Paddington, London, England, pada 15 Sepetember 1984. Baginda dibaptiskan pada 21 Disember 1984, di Gereja St. George, Istana Windsor oleh Archbishop of Canterbury, Robert Runcie. Bonda dan ayahanda pembaptisan Harry ialah Putera Andrew, Duke York (ayahanda saudara baginda), Lady Sarah Armstrong-Jones (saudara ayahanda baginda), Lady Vestey, Mrs. William Bartholomew, Bryan Organ dan Gerald Wald, bekas pegawai di Household Cavalry.

Diana mahukan Harry dan William mempunyai pengalaman yang berbeza daripada paduka anakanda diraja sebelumnya seperti membawa mereka ke Disney World, McDonald, Klinik AIDS dan tempat kediaman untuk gelandangan. Putera Harry mula menemani bonda dan ayahandanya ke lawatan rasmi diraja pada umur yang sangat muda; lawatan rasmi diraja luar negaranya yang pertama ialah pada tahun 1985 di Itali. Diana, Puteri Wales telah membuat keputusan untuk membawa Putera William, Duke Cambridge, yang pada waktu itu masih bayi ke Austarlia.

Kedua-dua bonda dan ayahanda Putera Harry bercerai pada tahun 1996, dan diikuti dengan kemalangan jalan raya yang meyebabkan kematian Puteri Wales pada tahun berikutnya. Harry dan William yang tinggal di Istana Balmoral pada waktu itu, diberitahu oleh ayahnya Charles,Putera dari Wales. Harry yang berusia 12 tahun mememani ayahandanya, kakandanya, ayahanda saudaranya (Earl Spencer ke-9) dan datuknya berjalan di belakang keranda bondanya dari Istana Kensington ke Westminster Abbey.

Pendidikan

sunting

Seperti ayahanda dan kakandanya, Putera Harry telah mendapat pendidikannya di sekolah awam. Baginda memulakan persekolahannya di sekolah nurseri Jane Mynor dan sekolah pra-persediaan Sekolah Wetherby, kedua - duanya di London. Selepas itu, baginda memasuki Sekolah Ludgrove dan telah melepasi peperiksaan yang membolehkan baginda memasuki Kolej Eton, baginda mempelajari Geografi, Sejarah Seni dan Seni untuk A-Level. Keputusan untuk meletakkan Harry di Eton ialah bertentangan dengan tradisi kerabat diraja yang mana mereka menempatkan paduka anakanda diraja ke Gordonstoun (nenda, ayahanda, dua ayahanda saudaranya dan dua sepupunya menghadirinya) walau bagaimanapun, Putera tersebut mengikuti tradisi kelurga Spencernya, ayahanda dan adinda bondanya menghadiri sekolah tersebut. Pada Jun 2003, Harry berjaya menghabiskan persekolahannya di Eton dengan dua A-Level (Grade B dalam seni dan D dalam Geografi) selepas memutuskan untuk mengugurkan Sejarah Seni selepas AS level. Baginda cemerlang dalam sukan, terutamanya Polo dan Rugbi.

Selepas menamatkan pengajiannya, baginda menghabiskan cuti tahunannya di Australia, bekerja (seperti ayahnya sewaktu seusia dengannya) di stesen dan mengambil bahagian dalam ujian polo, Young England vs Young Australia. Baginda juga mengembara ke Lesotho. Di sana, baginda bekerja dengan anak yatim dan menghasilkan sebuah dokumentari filem, The Forgotten Kingdom.

Kerjaya Tentera

sunting
 
Pegawai Kadet Wales (berdiri disebelah kuda) pada perarakan di Sandhurst, 21 Jun 2005

Putera Harry menghadiri Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada 8 Mei 2005. Di sana, baginda dikenali sebagai Pegawai Kadet Wales dan mnyertai Kompeni Alamein. Selama setahun, pada April 2006, Harry telah melengkapkan latihan pegawainya dan dinaikkan pangkat sebagai Kornet (Leftenen Muda) di Blues and Royals, rejimen di Household Cavalry didalam Tentera British. Baginda telah diberikan nombor servis, 564673. Pada 13 April 2008, baginda telah mencapai usia dua tahun senior, Putera Harry telah dinaikkan pangkat sebagai Leftenen.

Menteri Pertahanan British dan Clarence House membuat pengumuman bersama pada 22 Februari 2007 bahawa Putera Harry akan ditugaskan dengan rejimen ke Iraq, untuk berkhidmat sebagai 1 Mechanised Brigade sebahagian daripada 3 Mechanised Brigade - yang disokong oleh Harry, yang telah menyatakan bahawa baginda akan meninggalkan tentera jika baginda diberitahu untuk kekal dalam keadaan selamat semasa rejimen baginda pergi berperang; dengan berkata "Tidak mungkin saya akan duduk di Sandhurst sementara ahli yang lain sibuk mempertahankan negara". Ketua tentera British pada masa itu, Jeneral Sir Richard Dannatt, berkata pada 30 April 2007 bahawa baginda sendiri telah memutuskan bahawa Putera akan berkhidmat dengan unit di Iraq, dan Harry dijadualkan akan ditempatkan pada Mei atau Jun 2007, untuk membuat rondaan di Wilayah Maysan. Pada 16 Mei, bagaimanapun, Dannatt mengumumkan bahawa Putera Harry tidak akan berkhidmat di Iraq; kebimbangannya termasuk Harry menjadi sasaran tinggi (seperti beberapa ancaman oleh pelbagai kumpulan yang telah dibuat terhadapnya) dan bahaya tentera di sekeliling baginda yang mungkin akan menghadapi masalah dalam mengawalnya, sama ada baginda terus hidup atau ditangkap oleh musuh. Clarence House membuat sidang media, yang menyatakan bahawa Putera tersebut kecewa dengan keputusan yang telah ditetapkan, namun berjanji akan mematuhinya.


Harry Wales
Nama lahirHenry Charles Albert David
Perkhidmatan  Tentera Darat Britain
Tahun perkhidmatan2005–present
PangkatKapten
UnitBlues and Royals
Skuadron 662, Rejimen 3, Kor Tentera Udara.
PertempuranPerang Afghanistan
  • Operasi Herrick

Telah dilaporkan, pada awal Jun 2007, bahawa Putera Harry telah tiba di Kanada untuk berlatih, bersama anggota Angkatan Kanada dan Tentera British, di CFB Suffield, berhampiran Medicine Hat, Alberta. Ia telah berkata bahawa ini adalah sebagai persediaan untuk lawatan bertugas di Afghanistan, di mana kuasa-kuasa Kanada dan British telah mengambil bahagian dalam Perang Afghanistan yang dipimpin oleh NATO; khabar angin yang telah disahkan pada bulan Februari tahun berikutnya, apabila Kementerian Pertahanan British mendedahkan bahawa Harry telah senyap - senyap ditugaskan sebagai Pengawal Utama Udara untuk Wilayah Helmand di negara Asia. Berita datang selepas media - terutamanya, akhbar Bild Jerman dan majalah Australia, New Idea, melaggar polisi ketenteraan dengan meletakkan berita tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa British dan Kanada. Ia kemudiannya dilaporkan bahawa, ketika di Afghanistan, Harry telah membantu tentera Gurkha menangkis serangan dari pemberontak Taliban, dan melaksanakan tugas rondaan di kawasan-kawasan yang berkenaan. Lawatan baginda datang 735 tahun selepas nenda moyang baginda, Edward I dari England (kemudiannya Putera Edward) juga telah bertugas sebagai tentera di Timur Tengah semasa Perang Salib Kesembilan, dan juga menjadikan Harry ahli pertama Kerabat Diraja telah berkhidmat dalam zon perang sejak ayahanda saudaranya, Putera Andrew menerbangkan helikopter semasa Perang di Falklands. Untuk perkhidmatan baginda, Putera Harry telah dianugerahi Pingat Perkhidmatan Operasi untuk Afghanistan oleh bonda saudaranya, Puteri Anne di Berek Combermere pada Mei 2008.

Pada bulan Oktober 2008, telah diumumkan bahawa Putera Harry yang mengikuti jejak langkah kakanda, ayahanda dan ayahanda saudaranya dalam pembelajaran untuk menerbangkan helikopter tentera. Selepas lulus ujian bakat awal, baginda akan mengambil kursus selama sebulan, jika baginda berjaya, baginda akan memulakan latihan penerbangan penuh pada awal 2009. Harry perlu lulus penilaian terbang baginda di Pangkalan Tentera Udara Corps(AAC), Timur Wallop, yang akan menentukan sama ada baginda akan menjadi juruterbang untuk helikopter Apache, Lynx, atau Gazelle. Setelah mencapai standard yang diperlukan, Putera Harry memasuki Sekolah Penerbangan Helikopter Pertahanan di RAF Shawbury, di mana baginda menyertai kakandanya, Putera William.

 
Kapten Wales Bercakap dengan salah seorang askar yang tercedera di Pusat Perubatan Nasional Walter Reed, 15 Mei 2013

Putera Harry telah dianugerahi dengan brevet terbang baginda (sayap) oleh ayahandanya, pada 7 Mei 2010, pada satu majlis di Pangkalan Tentera Udara Corps (AAC), Timur Wallop. Putera Harry juga berkehendaki bahawa baginda berhasrat untuk menerbangkan helikopter serangan Apache jika baginda telah berjaya lulus dalam kursus latihan Apache yang ketat itu; selepas baginda mahu perkhidmatan tentera yang aktif sekali lagi di barisan hadapan di Afghanistan. Pada majlis itu, baginda menukar topi seragam pegawai Blues and Royals dengan beret Tentera Udara Corps bersama lencana Blues and Royals.

Pada 10 Mac 2011, telah didedahkan bahawa Putera Harry telah lulus ujian terbang Apache dan baginda telah dianugerahkan Badge Terbang Apache pada 14 April 2011. Terdapat spekulasi bahawa baginda akan kembali ke Afghanistan sekali lagi, sebelum pengeluaran pada tahun 2015. Pada 16 April 2011, diumumkan bahawa Putera Harry telah dinaikkan pangkat tenteranya ke pangkat kapten setelah memegang pangkat Leftenan sejak tahun 2008.

Pada Jun 2011, Clarence House mengumumkan bahawa Putera Harry, setelah tamat kursus pertukaran latihan untuk menggunakan helikopter Apache dalam arena perang, akan aktif untuk tugasan, termasuk dalam operasi semasa di Afghanistan, dalam peranannya sebagai seorang juruterbang helikopter Apache. Keputusan akhir akan diserahkan kepada komander senior Kementerian Pertahanan, termasuk Ketua Staf Pertahanan berunding dengan hasrat Harry yang mahu membabitkan ayahandanya Putera dari Wales dan Ratu. Pada bulan Oktober, Putera Harry telah dipindahkan ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di California untuk melengkapkan latihan helikopter baginda. Fasa akhir akan termasuk latihan menembak serta "latihan alam sekitar dan penghakiman" di laut dan kemudahan tentera udara di California dan Arizona. Majoriti mereka yang telah melengkapkan latihan Apache selama dua bulan akan dihantar ke barisan hadapan di Afghanistan. Pada November 2011, Putera Harry kembali ke England daripada latihan tentera di Amerika Syarikat. Seterusnya, baginda berkenan mencemar duli pergi ke Stesen Terbang Wattisham di Suffolk, di timur England, untuk melengkapkan latihan untuk terbang helikopter Apache.

Pada 7 September 2012, Kapten Wales, seperti yang dikenali di dalam tentera, tiba di Kem Bastion di selatan Afghanistan sebagai sebahagian daripada Skuadron 100 kuat 662, 3 Rejimen, Angkatan Tentera Udara Corps, memulakan lawatan pertempuran empat bulan sebagai co-pilot dan penembak untuk helikopter Apache. Pada 10 September, dalam masa beberapa hari apabila baginda tiba di Afghanistan dilaporkan bahawa puak Taliban telah mengancam nyawa Kapten Wales. Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata kepada Reuters; "Kami akan menggunakan segala kekuatan kami untuk menyingkirkan baginda, sama ada dengan membunuh atau menculik," dan "Kami telah memaklumkan kepada komander kami di Helmand untuk melakukan apa sahaja yang mereka boleh untuk menghapuskan beliau". Diumumkan pada 21 Januari 2013, bahawa Putera Harry pulang dari tugasan selama 20 minggu di Afghanistan, di mana baginda berkhidmat sebagai co-pilot/penembak Apache.

Pada 8 Julai 2013, Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa Putera Harry telah berjaya melayakkan diri sebagai komander pesawat Apache.

Tugas Diraja

sunting
 
Putera Harry bersabda pada majlis pelancaran akhbar, 1 Mac 2010

Pada usia 21 tahun, Putera Harry telah dilantik sebagai Penasihat Negara dan memulakan tugas diraja baginda dengan tugas pertama apabila Ratu berada di luar negara untuk menghadiri Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel 2005 di Malta. Pada tahun berikutnya, Harry berada di Lesotho untuk melawat Rumah Kanak - kanak Mants'ase berhampiran Mohale Hoek, di mana baginda mula mencemar duli melawat pada tahun 2004, bersama-sama dengan Putera Seeiso dari Lesotho, dan melancarkan Sentebale: Dana Putera untuk Lesotho, sebuah badan amal untuk membantu anak-anak yatim piatu disebabkan oleh HIV / AIDS. Baginda juga telah menjadi penaung kepada beberapa organisasi lain, termasuk WellChild, Dolen Cymru, dan MapAction. Untuk membantu Sentebale, serta Dana Memorial untuk Diana, Puteri dari Wales dan Centrepoint, Harry dan kakandanya menganjurkan Konsert untuk Diana di Stadium Wembley, pada 1 Julai 2007.

Sukan juga merupakan salah satu cara yang Harry gunakan untuk membantu badan amal dan pertubuhan-pertubuhan lain, seperti latihan sebagai Pegawai Pembangunan Ragbi bagi Kesatuan Bola Sepak Ragbi pada tahun 2004 dan kemudian melatih pelajar di sekolah-sekolah untuk menggalakkan mereka untuk mempelajari sukan ini. Baginda juga telah mengambil bahagian dalam perlawanan polo, seperti kakanda dan ayahandanya, untuk mengumpul wang untuk kebajikan.

Pada 6 Januari 2009, Ratu telah memberikan Harry dan William jabatan kolektif (Royal Household) mereka sendiri. Jabatan tersebut mempunyai tiga kakitangan utama dan disokong oleh pasukan "kecil". Sir David Manning, bekas duta Britain ke Washington, bekerja sebagai penasihat sambilan untuk kedua- dua Putera tersebut. Sebelum ini, urusan rasmi William dan Putera Harry telah dikendalikan oleh pejabat ayahanda mereka di Clarence House di tengah-tengah London. Jabatan baru adik-beradik ini mengeluarkan kenyataan - lengkap dengan Monogram mereka sendiri di atas - mengumumkan bahawa mereka telah menubuhkan pejabat mereka sendiri berdekatan dengan Istana St James untuk menjaga aktiviti-aktiviti awam, tentera dan kebajikan mereka. Monogram diraja Putera Harry adalah sama dengan kakandanya, tetapi memaparkan H dalam bayangan biru sama seperti yang digunakan oleh bondanya. Pada September 2009, Putera William dan Putera Harry menubuhkan Yayasan Putera William dan Putera Harry untuk membolehkan putera-putera itu melaksanakan cita-cita badan kebajikan mereka. Yayasan ini merupakan kemuncak kehidupan amal kedua-dua putera diraja tersebut setakat ini.

 
Putera Harry di acara Istiadat Mengarak Panji-panji, bulan Jun 2013

Pada bulan Mac 2012, Putera Harry mengetuai lawatan rasmi ke Belize sebagai sebahagian daripada perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth. Baginda terus ke Bahamas dan Jamaica, di mana Perdana Menteri, Portia Simpson-Miller, sedang mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan antara Jamaica dengan raja berperlembagaan. Baginda kemudiannya berkenan mencemar duli melawat Brazil untuk menghadiri Kempen HEBAT, sebagai duta Sukan Olimpik 2012 untuk Sukan Olimpik Rio 2016. Pada 12 Ogos 2012, Putera mewakili neneknya, Ratu Elizabeth, di Majlis Penutup Sukan Olimpik London 2012 .

Dari 9 hingga 15 Mei 2013, Harry menghadiri lawatan rasmi ke Amerika Syarikat. Lawatan tersebut mempromosikan pemulihan tentera Amerika dan UK yang tercedera, mempublisitikan badan amalnya dan menyokong minat British. Ia termasuk penglibatan di Washington DC, Denver, New York, New Jersey dan Connecticut. Baginda menyaksikan majlis perasmian Sukan Pahlawan, di Colorado Springs, di mana askar cedera dan wanita bersaing, dan bertemu mangsa-mangsa Taufan Sandy di New Jersey. Putera Harry adalah penaung kepada organisasi berikut:

  • WellChild
  • Walking with the Wounded (2011 Kutub Utara, 2012 Gunung Everest, 2013 Kutub Selatan)
  • The Halo Trust's 25th Anniversary Appeal
  • London Marathon Charitable Trust
  • MapAction 
  • Dolen Cymru
  • 100 Women in Hedge Funds' Philanthropic Initiatives
  • Rugby Football Union (Naib Penaung)
  • Rugby Football Union Injured Players Foundation
  • Rugby Football Union All Schools Programme
  • School’s Games (Presiden)
  • Henry Van Straubenzee Memorial Fund (Penaung bersama kakandanya)
  • Sentebale (Diasaskan bersama Putera Seeiso dari Lesotho)
  • The Royal Foundation of The Duke and Duchess of Cambridge and Prince Harry (Diasaskan bersama kakandanya)

Kehidupan Peribadi

sunting
 
Putera Harry bercakap dengan pasukan lawan semasa pertandingan bola tampar antara tentera Amerika dan British yang tercedera, 13 Mei 2013

Putera Harry gemar bermain pelbagai aktiviti sukan, bermain polo, serta ski dan motocross. Putera Harry merupakan penyokong Kelab Bolasepak Arsenal.

Harry memperoleh reputasi buruk sewaktu muda dengan menjadi liar, yang membawa akhbar tabloid untuk melabelkan baginda sebagai "anak liar." Baginda ditemui pada usia 17 merokok ganja dan mengambil arak di bawah umur dengan kawan-kawannya, serta bertembung secara fizikal dengan paparazzi di luar kelab malam, dan bergambar di Highgrove House di dengan pakaian bertemakan "Colonial dan Asli" ​​memakai pakaian seragam Nazi Jerman dengan armband swastika. Baginda kemudian mengeluarkan kenyataan awam dan meminta maaf atas kelakuannya.

Pada bulan Januari 2009, Berita tabloid Dunia British mendedahkan video yang dibuat oleh Harry tiga tahun sebelum ini, baginda merujuk kepada rakan-rakan pegawai kadet Pakistan sebagai "rakan Paki kecil kita" dan kemudian dikenali sebagai seorang askar memakai kain di atas kepalanya seperti "turban". Pekara ini telah diterangkan oleh David Cameron sebagai "tidak boleh diterima", dan dengan The Daily Telegraph mengangap sebagai "perkauman", dan organisasi belia Islam British yang mendakwa sebagai Putera tersebut "samseng". Clarence House segera mengeluarkan kenyataan memohon maaf daripada Harry, yang menyatakan bahawa tidak ada niat jahat yang dimaksudkan di dalam sabda ucapan baginda. Bekas MP British dan Marin Diraja, Rod Richards, berkata bahawa nama samaran itu adalah biasa di kalangan rakan-rakan tentera, menyatakan "dalam Angkatan Bersenjata orang sering memanggil saya sebagai Taffy. Ad yang dipanggil Yankie, Oz atau Kiwi atau apa sahaja. Saya menganggap Paki sebagai singkatan bagi Pakistan. Saya tidak fikir pada ketika ini ia bertujuan untuk menyakitkan hati."

Sewaktu bercuti di Las Vegas pada Ogos 2012, Putera Harry, bersama-sama dengan seorang wanita muda yang tidak diketahui, telah gambar bogel di bilik hotel Wynn Las Vegas, dilaporkan dalam permainan biliard jalur. Gambar-gambarnya dibocorkan oleh laman web selebriti TMZ Amerika pada 21 Ogos, sebelum dilaporkan di seluruh dunia oleh media arus perdana pada 22 Ogos. Gambar-gambar yang ditunjukkan oleh media Amerika, tetapi media British keberatan untuk menyiarkan mereka - Pembantu diraja mencadangkan bahawa Clarence House boleh menghubungi Suruhanjaya Aduan Akhbar (PCC) jika gambar-gambar tersebut digunakan oleh penerbitan British. Istana St James mengesahkan bahawa putera itu dalam gambar, baginda berkata pada dasarnya baginda ialah mangsa 'penghantaran gambar bogel ke telefon bimbit' dan menghubungi Suruhanjaya Aduan Akhbar apabila mendengar bahawa beberapa akhbar-akhbar British telah mempertimbangkan untuk menerbitkan gambar itu. Pada 24 Ogos akhbar The Sun menerbitkan gambar tersebut di Britain. Sebaliknya, pada tahun 2012 Putera Harry merupakan ahli ketiga yang paling popular daripada Keluarga Diraja British dengan kadar sebanyak 36% selepas kakandanya Putera William dan Ratu Elizabeth.

Perhubungan

sunting

Chelsea Davy, anak kepada ahli perniagaan Afrika Selatan, dirujuk sebagai teman wanita Putera Harry dalam satu temu bual dijalankan untuk hari jadi ke-21 beliau, dan Harry bersabda beliau "akan suka untuk memberitahu semua orang bagaimana menakjubkan baginda tetapi apabila saya mula bercakap tentang itu, saya telah meninggalkan diri saya terbuka ... Ada kebenaran dan ada pembohongan dan malangnya saya tidak boleh mendapatkan kebenaran di pihak sana." Pada awal tahun 2009, Telah dilaporkan dalam media bahawa pasangan itu telah berpisah selepas mengenali antara satu sama lain selama lima tahun.

Putera Harry kemudiannya mula menjalinkan hubungan dengan sosialit British Cressida Bonas.

Gelaran Formal, Gaya dan Penghormatan

sunting

Gelaran Formal dan Gaya

sunting
 
Monogram diraja Putera Harry
  • 15 September 1984 – sekarang: His Royal Highness Prince Henry of Wales

Gelaran formal dan Gaya Putera Harry ialah His Royal Highness Prince Henry Charles Albert David of Wales (Yang Teramat Mulia Putera Henry Charles Albert David dari Wales)

Sebagai seorang Putera British, Harry menggunakan nama wilayah yang menjadi gelaran ayahandanya; seperti Wales sebagai ganti nama kerabat. Seperti putera diraja sebelumnya, mereka meninggalkan gelaran wilayah tersebut apabila dewasa, selepas mendapat gelaran formal baru, atau menggunakan Mountbatten - Windsor apabila deperlukan. Putera Harry, bagaimanapun, tetap menggunakan Wales sebagai nama kerabatnya untuk tujuan ketenteraan seperti baginda yang lebih dikenali sebagai Kapten Harry Wales dalam konteksnya tersendiri. Jika ayahandanya berjaya menaiki takhta kelak, baginda akan dikenali dengan His Royal Highness The Prince Henry (Duli Yang Teramat Mulia Putera Henry). Secara tradisinya, paduka anakanda raja yang memerintah dan anakanda kepada Putera Wales akan menerima pangkat Duke sebelum perkahwinan, baru-baru ini Putera William yang telah mendapat gelaran Duke of Cambridge. Pada tahun 2011, Ratu Elizabeth sendiri telah berjanji kan memberikan Harry gelaran Duke of Sussex bersempena dengan perkahwinannya kelak.

Pangkat Ketenteraan

sunting
  • 13 April 2006 – 13 April 2008: Cornet (Leftenen Muda), The Blues and Royals
  • 13 April 2008 – 16 April 2011: Leftenan, The Blues and Royals
  • 16 April 2011 – Present: Kapten, The Blues and Royals dilampirkan dengan Tentera Udara Corps

Kepujian

sunting
 
Putera Harry memakai pingat baginda, 9 Mei 2013
Pelantikan
  •   6 March 2012 – : Felo Kehormat Universiti Hindia Barat
Pingat
  •   6 February 2002: Pingat Jubli Emas Ratu Elizabeth II
  •   5 May 2008: Pingat Operasi untuk Afghanistan
  •   6 February 2012: Pingat Jubli Intan Ratu Elizabeth II

     

Pelantikan Tentera Kehormat

sunting
  Canada
  •   10 November 2009 – sekarang: Ranger Kanada
  United Kingdom
  •   3 October 2008 – sekarang: Komanden Udara Kehormat RAF Honington
  •   8 August 2006 – sekarang: Commodore-in-Chief of Small Ships and Diving

Anugerah Kemanusiaan

sunting

Putera Harry telah dua kali mempunyai usaha amal. Baginda diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Pada Disember 2010, badan amal Jerman Ein Herz für Kinder (Hati untuk Kanak-Kanak) menganugerahkan kepadanya Anugerah Golden Heart, sebagai pengiktirafan diatas "Usaha-usaha kebajikan dan kemanusiaan" baginda.

  • 19 December 2010: Golden Heart Award
  • 7 May 2012: Majlis Atlantik Cemerlang Anugerah Kepimpinan Kemanusiaan

Keturunan

sunting

Putera Harry merupakan keturunan lelaki Elimar I, Count of Oldenburg, dan oleh itu salah seorang ahli Kerabat Oldenburg, salah satu rumah diraja tertua di Eropah, dan lebih khusus cawangan kadet yang dikenali sebagai Kerabat Glücksburg, yang diasaskan oleh nenda moyang sebelah ayahanda baginda Friedrich Wilhelm, Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg. Nenda sebelah ayahanda baginda mengeluarkan surat paten pada 8 Februari, 1960 mengisytiharkan ayahanda masa depan Harry untuk menjadi ahli House of Windsor, United Kingdom dan membawa namanya. Walau bagaimanapun, waris lelaki House of Oldenburg termasuk lima raja-raja Denmark - Christian I, Frederick I, Christian III, Christian IX, satu raja Greek - George I, serta 11 tuduhan Oldenburg, dua Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg, lima Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg-Beck dan satu Duke Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg.

Antara lain baru-baru ini, nenda moyang kognatik baginda di sebelah ayahandanya merupakan ahli ketara Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha, Kerabat Battenberg, garis utama Kerabat Hesse-Darmstadt, Kerabat Hesse-Kassel dan Kerabat Hohenzollern. Antara nenda moyang jauh baginda ialah Henry IV dan James II dan VII. Melalui kerabat diraja ayahandanya, Harry adalah dari keturunan Jerman, Inggeris dan Scotland dan melalui kerabat bondanya, kerabat Earl Spencer dan Baron Fermoy, Putera Harry berketurunan Inggeris dan keturunan jauh Jerman, Ireland, Scotland dan British-Amerika.


Putera Harry, Duke Sussex
Kerabat Diraja Windsor
Cabang kadet bagi Kerabat Diraja Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg
Tarikh keputeraan: 15 September 1984
Susunan penggantian
Didahului oleh
Putera George dari Cambridge
Baris ke pewarisan takhta British
tempat ke-5
Diikuti oleh:
Duke of York
Susunan keutamaan di United Kingdom
Didahului oleh
Duke of Cambridge
Gentlemen
HRH Prince Henry of Wales
Diikuti oleh:
Viscount Severn
Didahului oleh
The Earl of Wessex
Gentlemen
in current practice

Templat:CPW Templat:Diana, Princess of Wales

Templat:UK Order of Precedence (Gentlemen) Templat:British princes

Pautan luar

sunting