Penerbangan sulung

Penerbangan sulung kapal terbang ialah kali pertama pesawat udara tersebut terbang menggunakan kuasanya sendiri. Konsep ini serupa dengan pelayaran sulung kapal.

Penerbangan pertama mana-mana pesawat baru sentiasa menjadi peristiwa bersejarah. Biasanya penerbangan pertama merupakan antara penerbangan paling bahaya, kerana ciri ketepatan pengawalan pesawat itu belum diketahui. Oleh itu penerbangan sulung sesuatu pesawat lazimnya diterbangkan oleh juruterbang ujian yang berpengalaman. Penerbangan sulung selalunya ditemani oleh sebuah pesawat kejar, untuk mengesahkan perkara seperti altitud, laju udara dan kelayakan terbang am.

Lihat juga

sunting