Pelandu
Pelandu atau pademelon ialah sejenis marsupial kecil daripada genus Thylogale, yang dijumpai di Australia dan Kepulauan Aru, Kai serta New Guinea. Haiwan ini merupakan antara anggota terkecil dalam keluarga Macropodidae. Ia hidup di hutan-hutan sekitar timur benua Australia dan pulau New Guinea.
Pelandu[1] | |
---|---|
Seekor spesies Thylogale thetis | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Infrakelas: | Marsupialia |
Order: | Diprotodontia |
Keluarga: | Macropodidae |
Subkeluarga: | Macropodinae |
Genus: | Thylogale J. E. Gray, 1837 |
Spesies jenis | |
Halmaturus (Thylogale) eugenii | |
Spesies | |
7, lihat teks |
Penamaan
suntingIa dikenali sebagai pelandu dalam bahasa Aru[2] dan pelanduk dalam bahasa Melayu disebabkan kemiripannya dengan pelanduk sebenar. Dicatatkan bahawa Thylogale brunii dikenali sebagai pelandok-aru (pelanduk Aru) dalam bahasa Melayu.[3] Nama pelandu turut dipakai pada spesies Dorcopsis hageni dan dikenali sebagai pelandu Papua.
Perkataan "pademelon" pula datang daripada perkataan badimaliyan dalam bahasa Dharug, iaitu bahasa Peribumi Australia yang dituturkan berdekatan kawasan yang kini adalah Port Jackson, New South Wales.[2] Nama saintifik Thylogale menggunakan perkataan Yunani untuk "kantung" dan "jelu."[4]
Huraian
suntingBersama-sama walabi batu dan walabi kelinci, pelandu adalah antara ahli terkecil keluarga makropoda. Pelandu jantan dewasa lebih besar daripada si betina, dengan berat purata sekitar 7 kg dan tinggi 60 cm. Berat si betina dewasa pula sekitar 3.8 kg.[5]
Spesies
suntingTerdapat tujuh spesies yang diakui dalam genus Thylogale:[6]
- Pelandu Tasmania, Thylogale billardierii
- Pelandu Brown, Thylogale browni
- Pelandu Aru, Thylogale brunii
- Pelandu Calaby, Thylogale calabyi
- Pelandu gunung, Thylogale lanatus
- Pelandu merah, Thylogale stigmatica
- Pelandu leher merah, Thylogale thetis
Rujukan
sunting- ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 69–70. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ a b Ibnu Maryanto, Anang Setiawan Achamdi, Marfua hasiholan Sinaga (2007). Nama daerah mamalia Indonesia· m/s. 22. ISBN 979-979-000-1.
- ^ van der Lith, P. A.; dll., penyunting (1899). "Buideldieren". Encyclopædie van Nederlandsch-Indië. The Hague-Leiden: Martinus Nijhoff-E.J. Brill. m/s. 296.
- ^ Rose, R.W.; Rose, R.K. (2018). "Thylogale billardierii (Diprotodontia: Macropodidae)". Mammalian Species. 50 (965): 100–108. doi:10.1093/mspecies/sey012.
- ^ "Warrawong Wildlife Sanctuary" (PDF).
- ^ "ADW: Thylogale: CLASSIFICATION". Animal Diversity Web.
Pautan luar
suntingCari pademelon dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- "Thylogale Gray, 1837". Atlas of Living Australia.