Pakaian dalam
Pakaian dalam merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit. Ia menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan oleh peluh, kencing, mani, najis, dan kotoran lain; membentuk tubuh; dan memberikan sokongan pada sebahagian darinya. Dalam cuaca sejuk, pakaian dalam panjang kadang-kala dikenakan bagi memberikan kepanasan tambahan. Sesetengah pakaian dalam bertujuan memberik eksan berahi. Jenis pakaian dalam tertentu memiliki kepentingan keugamaan. Sesetengah jenis pakaian diistilahkan sebagai pakaian dalam, sementara yang lain, seperti T-shirt dan seluer pendek tertentu, adalah sesuai sebagai pakaian dalam dan pakaian luar. Jika dihasilkan dari bahan yang sesuai, sesetengah pakaian dalam juga digunakan sebagai pakaian malam dan baju mandi.
Pakaian dalam yang biasa dipakai oleh wanita kini termasuk coli dan seluar dalam wanita, sementara lelaki mengenakan seluar dalam lelaki, seluar pendek boxer, dan seluar dalam boxer. Pakaian yang biasa dipakai oleh kedua jantina termasuk T-shirts, baju tanpa lengan (juga dipanggil singlet), Bikini, Thong, dan G-string.
Terminologi
suntingTerdapat beberapa istilah lain untuk pakaian dalam. Baju dalam, kain dalam dan seluar dalam khusus merujuk kepada baju, kain dan seluar yang dipakai di bawah pakaian biasa. Istilah untuk jenis-jenis pakaian dalam khusus disenaraikan dalam jadual di bawah.
Pakaian dalam wanita secara keseluruhannya dipanggil lingeri.
Fungsi
suntingPakaian dalam dipakai bagi beberapa sebab. Ia mengelakkan pakaian luar daripada menjadi kotor oleh peluh, kencing[1], air mani dan najis[2]. Coli wanita memberikan sokongan bagi buah dada mereka, dan seluar dalam lelaki berfungsi sama bagi alat kelamin lelaki; korset boleh dipakai sebagai pakaian asas bagi menukar bentuk tubuh wanita. Sebagai sokongan tambahan dan perlindungan ketika bermain sukan, lelaki sering kali mengenakan pakaian dalam lebih ketat dan muat, termasuk sokongan bagi alat kelamin and seluar dalam petinju. Wanita boleh memakai coli sukan yang memberi sokongan lebih baik seterusnya memberi lebih keselesaan ketika melakukan kegiatan luar seperti bersenam dan berjoging.
Di negara beriklim sejuk, pakaian dalam menjadi pakaian tambahan untuk mengekalkan kehangatan. Pakaian dalam boleh digunakan untuk memelihara kesopanan si pemakai. Pakaian dalam juga dipakai untuk menimbulkan keghairahan.
Beberapa jenis pakaian direka sebagai pakaian dalam sementara pakaian lain seperti kemeja T dan sesetengah seluar pendek sesuai digunakan sebagai pakaian dalam atau di pakai di luar. Kesesuaian pakaian dalam di pakai di luar bergantung kepada iklim dan norma masyarakat, fesyen atau syarat-syarat undang-undang. Pakaian dalam juga boleh digunakan sebagai baju tidur atau baju mandi bergantung kepada bahan ia dibuat.
Fungsi keagamaan
suntingPakaian dalam juga boleh mempunyai makna keagamaan:
- Agama Yahudi. Lelaki Yahudi Ortodoks memakai sejenis selendang sembahyang berbucu empat dipanggil tallit katan, yang mempunyai tzitzit (rambu-rambu) dipasang pada bucu-bucunya, disangkutkan pada bahu mereka.\
Nota
sunting- ^ US Patent Number 6447493
- ^ Voelkel, Megan (July 31, 2000). "Germ Warfare". The Standard. Dicapai pada May 23, 2009. Check date values in:
|year=
/|date=
tidak padan (bantuan)
Rujukan
sunting- Rushton, Susie (2008-01-22). "A brief history of pants: Why men's smalls have always been a subject of concern". The Independent (Extra). m/s. 2–5. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan)
Bacaan lanjut
sunting- Cunnington, C[ecil] Willett (1992). The History of Underclothes. New York, N.Y.: Dover Publications. ISBN 0486271242 (pbk.) Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) First published in London by Michael Joseph in 1951. - Hawthorne, Rosemary (1993). Stockings & Suspenders: A Quick Flash. London: Souvenir. ISBN 0285631438. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Martin, Richard [Harrison] (1993). Infra-apparel. New York, N.Y.: Metropolitan Museum of Art. ISBN 0870996762 (pbk.) Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). ISBN 0810964309. Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Pautan luar
suntingCari pakaian dalam dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pakaian dalam |
- Resource showing Jock Straps and Protective Cups in use, includes historic and patent information. Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine
- The National Underwear Day, August 7, 2007
- History of Underwear, from Freshpair.com Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
- History of Men's Underwear, from Internationaljock.com
- Esquire Magazine, 1974: A Short History of the Jockstrap Diarkibkan 2008-05-21 di Wayback Machine
- The Council of Textile & Fashion Industries of Australia
- History of Underwear on mum.org
- A thorough history of 20th century underwear
- The origin of underwear Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine
- Historical Lingerie pictures from the New York Public Library Picture Collection