Muzik soul (sering disebut sebagai soul sahaja) adalah sebuah genre muzik popular yang berasal dari masyarakat Amerika Afrika yang wujud sejak tahun 1950-an dan awal 1960-an. Ia menggabungkan unsur-unsur muzik gereja dari masyarakat tersebut, irama dan blues dan jazz . Kemasyhuran genre muzik ini mula neluas sejak berkembangnya pergerakan Hak Sivil dalam Amerika Syarikat. kemudiannya merebak ke seluruh dunia, lalu secara langsung mempengaruhi muzik rock dan muzik dalam benua Afrika . [1]

Genre ini diketahui melalui irama yang menonjol hasil tepukan tangan dan pergerakan badan rancak. Cara nyanyian tersendiri seperti lain adalah panggilan dan balas sesama vokalis utama dan korus serta bunyi vokal yang sangat tegang, biasanya secara spontan, turut ada selain iringan daripada bunyi kecil tambahan.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Max Mojapelo (2008). Beyond Memory: Recording the History, Moments and Memories of South African Music. African Minds. m/s. 1–. ISBN 978-1-920299-28-6. Dicapai pada September 11, 2013.
  2. ^ Valter Ojakäär (1983). Popmuusikast. Eesti Raamat.

Bacaan lanjut

sunting
  • Garland, Phyl (1969). The Sound of Soul: the History of Black Music. New York: Pocket Books, 1971, cop. 1969. xii, 212 p. 300 p. + [32] p. of b&w photos.