Kimci atau juga kimchi (Hangul: 김치 gimchi; Jawi: كيمچي) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat memeram sayuran dicuci garam dengan campuran bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

Memangkuk Kimchi

Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.

Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Sejarah

sunting

Kata Korea asal 김치 kimchi diturunkan dari bentuk Pertengahannya 팀ᄎᆡ timchɑi menyebut ungakapan Cina "sayur rendam" (sebutan sezaman: /ɖjim.t͡sʰəjH/ atau *drim.tshojH, sebutan moden: chéncài) tertulis dalam kitab Ajaran Asas (小學) karangan Zhu Xi pada 1187 M zaman Song melalui terjemahannya pada zaman kerajaan Joseon pada abad ke-16.[1] Kata 팀ᄎᆡ timchɑi kemudiannya diolah beransur terasimilasi kepada:[2]

  • timchɑi (팀ᄎᆡ; 沈菜) > dimchɑi (딤ᄎᆡ) > jimchɑi (짐ᄎᆡ) > jimchui (짐츼) > gimchi (김치)

Kata-kata sewarisan turunan 팀ᄎᆡ timchɑi:

Perkembangan

sunting
 
Kimchi mengalami diperam dalam gentong

Sayuran masin berwarna hijau merupakan bentuk awal kimchi sewaktu cili belum dikenali di Korea, bahan pemedas yang digunakan ketika ini adalah tumbuhan serumpun andaliman dan lada sicuan yakni "lada sungai" (川椒 천초 cheoncho), lada hitam dan "lada gunung" (山椒 산초 sancho). Setelah dicampur dengan garam lelada, sayuran dimasukkan ke dalam tempayan peram tanah liat dan dikambus tanah sehingga musim sejuk ketika sayuran segar tiada didapati.

Orang Korea mula mengenali cili dibawal dari Amerika Selatan pedagang Portugis yang singgah berlayar dari Jepun pada abad ke-16. Resipi sayuran dan labu masin sudah dimuatkan ke dalam buku terbitan tahun 1670, tetapi tidak menggunakan cili. Dalam catatan sejarah abad ke-17 ditulis tentang 11 jenis kimchi, sedangkan cili sebagai bahan kimchi mungkin baru terkenal bertahun-tahun kemudian (menurut perkiraan 200 tahun kemudian) dalam abad sama.[6][7] Buku pertama mencatatkan peramuan cili dalam membuat kimchi dari Kitab Urus Gunung Hutan (山林經濟 산림경제 Sallim-gyeongje) pada 1715.[8] Sebelum abad ke-19, kimchi hanya dibuat dari sayuran asli Korea kerana sawi putih berkemungkinan besar tidak dikenali di Korea hinggalah abad ke-19 [9]

Kimchi adalah makanan terkenal di China dan Jepun. Kimchi versi Jepun sudah disesuaikan dengan selera tempatan, kurang pedas dan lebih manis.

Bahan-bahan

sunting

Kimchi dibuat dari bermacam jenis bahan sesuai dengan jenis kimchi dan selera orang yang membuatnya. Kimchi yang paling terkenal di luar Korea adalah Baechu Kimchi yang dibuat dari sawi putih (배추, baechu) dan lobak (무, mu) dicampur bawang putih (마늘, maneul), cili merah (빨간고추, ppalgangochu), daun bawang (파, pa), sotong (오징어 ojingeo), tiram (굴, gul) atau makanan laut lain, halia (생강, saenggang), garam (소금, sogeum), dan gula (설탕, seoltang).

Di negara asalnya, terdapat lebih kurang 200 jenis kimchi termasuk kimchi khas daerah dan kimchi sayuran bermusim. Muzium Ladang Kimchi yang terletak di Seoul mencatatkan 187 jenis kimchi, dari kimchi zaman dahulu hingga kimchi zaman sekarang. Kepelbagaian jenis kimchi yang mudah dikenali, misalnya: 깍두기, kkakdugi dengan bahan utama lobak tanpa sawi putih, 오이소배기, kimchi timun yang disebut oisobaegi, dan kkaennip (susunan daun perilla yang direndam dengan kicap, cili merah, bawang putih, daun bawang, dan bahan-bahan penyedap lain).

Bakteria Laktobasilus yang berperanan dalam proses pemeraman kimchi menghasilkan asid laktat dengan kadar yang lebih tinggi daripada yogurt.

Kesihatan

sunting

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah.[10] Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.

Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.[11]

Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

Trivia

sunting
  • Di Korea dikenal peti ais khusus untuk kimchi. Sebahagian besar orang Korea membuat kimchi dalam jumlah yang banyak ketika penuaian sawi putih ketika musim sejuk sehingga memerlukan peti ais khas untuk menyimpan kimchi selama setahun.
  • Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu bergambar agar kelihatan sedang tersenyum sebagai pengganti perkataan "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggeris.

Rujukan

sunting
  1. ^ Rujukan silang:
    • Jeong, Gu; dll. (1586). Sohak Eonhae 소학언해(小學諺解) [Tafsir Ajaran Asas] (dalam bahasa Korea). Joseon Korea – melalui Wikisource.
  2. ^ "Kimchi" 김치 [kimchi]. Standard Korean Language Dictionary (dalam bahasa Korea). National Institute of Korean Language. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 24 March 2017.
  3. ^ "jimchae" 짐채. Standard Korean Language Dictionary (dalam bahasa Korea). National Institute of Korean Language. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2017. Dicapai pada 27 March 2017.
  4. ^ "jimchi" 짐치. Standard Korean Language Dictionary (dalam bahasa Korea). National Institute of Korean Language. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2017. Dicapai pada 27 March 2017.
  5. ^ "dimchi" 딤치. Standard Korean Language Dictionary (dalam bahasa Korea). National Institute of Korean Language. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2017. Dicapai pada 27 March 2017.
  6. ^ [1] Diarkibkan 2007-12-11 di Wayback Machine
  7. ^ Park, Jae Bok (Spring 1999). "Red Pepper and Kichi in Korea" (PDF). Chile Pepper Institute Newsletter. 8 (1). m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 October 2018. Dicapai pada 20 March 2017.
  8. ^ Hui, Y. H.; Ghazala, Sue; Graham, Dee M.; Murrell, K. D.; Nip, Wai-Kit, penyunting (2004). Handbook of Vegetable Preservation and Processing. New York: Marcel Dekker. m/s. 190–191. ISBN 978-0824743017.
  9. ^ [2] Diarkibkan 2007-12-22 di Wayback Machine
  10. ^ "World's Healthiest Foods: kimchi". Health Magazine. Dicapai pada 2006-03-30.
  11. ^ "Korean dish 'may cure bird flu'". BBC World. Dicapai pada 2006-01-18.
  • Lee, Iksop. (2000). The Korean Language. (transl. Robert Ramsey) Albany, NJ: State University of New York Press. ISBN 0-7914-4831-2

Pautan luar

sunting