Kaum Eden
Kaum Eden atau Eden Community (dikenali juga sebagai Salamullah atau Kerajaan Tuhan Eden) adalah sebuah ajaran agama yang bermarkas di Jalan Mahoni 30 di Senen, Jakarta Pusat, Indonesia. Golongan ini diketuai oleh Lia Eden, seorang wanita separuh baya dan dulunya dikenali sebagai Lia Aminuddin.
Lia Eden mendakwa yang dia telah bertemu dengan Malaikat Jibril yang digelarnya Ruhul Kudus pada 1995. Sejak pertemuan tersebut, dia dikatakan telah mengalami pembersihan rohani yang mendalam. Dia juga mendakwa telah menerima wahyu dari Malaikat Jibril.
Laporan akhbar juga mengatakan yang Lia juga pada suatu ketika mengaku dirinya sebagai Jibril, dan anaknya sebagai Yesus Kristus. Namun dalam laman web rasminya, dia mengatakan dirinya sebagai "kawan Jibril" dan juga sebagai "jelmaan Tuhan di dunia". Menurut dakwaan wahyu yang diterimanya, dia juga mengatakan bahawa, "Tuhan telah memperlihatkan dan menguduskan Lia Eden sebagai hakimNya di dunia dan bersama Jibril akan mengadili segala ciptaanNya di dunia". Jemaah Eden ini dianggar memiliki 70 orang penganut.
Sumber
suntingApologetics Index (2006). Eden Community/Salamullah/Lia Eden dari [1]
Pautan luar
sunting- Laman rasmi Salamullah.org Diarkibkan 2006-04-18 di Wayback Machine
- Laman rasmi Lia Eden
- Laman murid Lia Eden Diarkibkan 2006-02-03 di Wayback Machine