Jargon
Jargon merupakan istilah khusus yang digunakan dalam bidang tertentu, yang biasanya tidak difahami oleh orang awam. Contohnya, "monograf" bermaksud "buku" dalam bidang sains kepustakaan. Kebiasaannya penggunaan istilah jargon tidak digunakan secara am kerana ia hanya meliputi sesuatu bidang itu sahaja.