Harderwijk juga sebuah kampung dalam kawasan perbandaran Belanda di Opmeer.

Harderwijk (sebutan (bantuan·info)) ialah nama wilayah perbandaran serta juga nama kota kecil di Gelderland, Belanda timur. Pada hari ini, ia mungkin paling terkenal kerana dolfinariumnya. Dolfinarium ialah taman mamalia laut yang menonjolkan pertunjukan dolfin, selain daripada menyimpan pelbagai mamalia laut dan ikan.

Harderwijk
Pelabuhan Harderwijk dilihat daripada kincir angin De Hoop
Pelabuhan Harderwijk dilihat daripada kincir angin De Hoop
Bendera Harderwijk
Jata Harderwijk
Highlighted position of Harderwijk in a municipal map of Gelderland
Lokasi di Gelderland
Koordinat: 52°21′N 5°37′E / 52.350°N 5.617°E / 52.350; 5.617Koordinat: 52°21′N 5°37′E / 52.350°N 5.617°E / 52.350; 5.617
NegaraBelanda
WilayahGelderland
Pentadbiran
 • BadanMajlis perbandaran
 • Datuk BandarHarm-Jan van Schaik (CDA)
Keluasan
 • Jumlah48.27 km2 (18.64 batu persegi)
 • Tanah38.59 km2 (14.90 batu persegi)
 • Air9.68 km2 (3.74 batu persegi)
Aras3 m (10 ft)
Penduduk
 (Ogos 2017)[4]
 • Jumlah46,694
 • Kepadatan1,210/km2 (3,100/batu persegi)
DemonimHarderwijker
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
3840–3849
Nombor pendailan0341
Laman sesawangwww.harderwijk.nl
Peta topografi Harderwijk, Mac 2014

Sejarah

sunting

Harderwijk dianugerahkan dengan hak kota pada 1231 oleh Count Otto II dari Guelders.[5] Sebuah tembok pertahanan yang mengelilingi kota itu disiapkan pada akhir abad itu. Bahagian kota yang paling lama terletak berhampiran dengan jalan raya Hoogstraat dan jalan raya Grote Poortstraat kini. Pada sekitar 1315, kota itu berkembang pada arah selatan yang merangkumi apa yang kini digelar Grote Kerk (Gereja Besar). Peluasan yang kedua, kini pada arah utara, berlaku pada sekitar 1425. Kebanyakan temboknya masih wujud pada hari ini, khususnya tembok pada sebelah barat kota ini, walaupun ia bukan bentuk asal pada keseluruhannya. Serupa juga keadaannya bagi Vischpoort, satu-satunya pintu kota yang masih wujud.

University of Harderwijk beroperasi di kota ini antara 1648 sehingga 1811, apabila ia ditutup oleh Napoleon Bonaparte, bersama-sama dengan universti Zutphen dan universiti Franeker.

Harderwijk ialah anggota Liga Hansa pada zaman silam. Ketika itu, ia terletak di pantai Zuider Zee (Laut Selatan, kini IJsselmeer) dan justera, ekonominya sangat bergantung kepada perikanan dan kehidupan sebagai pelaut. Bagaimanapun, kesemua ini berubah selepas 1932, apabila Zuiderzee disekat dari Laut Utara atas alasan keselamatan. Oleh itu, Harderwijk kini tidak memnpunyai banyak kapal nelayan di pelabuhannya, kecuali perahu layar. Peristiwa tahunan yang melambangkan pentingnya industri perikanan kepada Harderwijk pada suatu ketika ialah Aaltjesdag yang dapat diterjemahkan sebagai "Hari Ikan Belut". Ikan masih dapat dibeli di kota ini dari gerai dan restoran di jalan berhias pada sepanjang tahun kecuali bulan-bulan musim sejuk. Pelancong merupakan pelanggan yang biasa. Bagaimanapun, perikanan kini tidak lagi merupakan mata pencarian orang tempatan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Samenstelling" [Ahli-ahli] (dalam bahasa Belanda). Gemeente Harderwijk. Dicapai pada 17 Jun 2014.
  2. ^ "Kerncijfers wijken en buurten" [Key figures for neighbourhoods]. CBS Statline (dalam bahasa Dutch). CBS. 2 July 2013. Dicapai pada 12 March 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Alatan poskod untuk 3841AA". Actueel Hoogtebestand Nederland (dalam bahasa Belanda). Het Waterschapshuis. Dicapai pada 17 Jun 2014.
  4. ^ "Bevolkingsontwikkeling; regio per maand" [Pertumbuhan populasi; kawasan per bulan]. CBS Statline (dalam bahasa Belanda). CBS. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
  5. ^ Stenvert, R. et al. (2000). Monumenten in Nederland: Gelderland, p. 50 and 183–188. Zwolle: Waanders Uitgevers. ISBN 90-400-9406-3