Gunung Kinabalu

gunung di Sabah, Malaysia

Gunung Kinabalu (bahasa Dusun: Gayo Ngaran atau Nulu Nabalu) ialah sebuah gunung pluton terletak di Kundasang, Ranau, Bahagian Pantai Barat negeri Sabah, Malaysia. Puncak ia tertinggi tidak sahaja dalam negara Malaysia malah juga di Pulau Borneo dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut;[1] gunung Kinabalu merupakan yang ke-29 tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Kinabalu
Nulu Nabalu, Aki Nabalu
ݢونوڠ کينبالو
Pemandangan gunung waktu fajar dari Kundasang
Titik tertinggi
Ketinggian4,095 m (13,435 ka)
Tonjolan4,095 m (13,435 ka)
Pengasingan2,513 kilometer (1,562 bt)
Geografi
LokasiSabah, Borneo
Induk banjaranBanjaran Crocker
Pendakian
Pendakian pertama1858 oleh H. Low dan S. St. John
Laluan paling mudahMendaki

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang dianggap ajaib oleh masyarakat Dusun setempat, mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.[perlu rujukan]

Penamaan

sunting

Perkataan "Kinabalu" asalnya dari kata gabung bahasa Kadazandusun Aki Nabalu di mana aki membawa maksud "nenek moyang" manakala nabalu bererti "gunung", lantas "gunung nenek moyang" atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.[perlu rujukan]

Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula daripada mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat dirasakan ketika berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembap, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.

Pembentukan

sunting

Gunung Kinabalu terhasil daripada pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.

Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar.[2]

Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) daripada ketinggian sekarang.[3] Bagaimanapun, hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan. Penyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu pemantauan semula telah dilaksanakan menerusi teknologi satelit yang mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah pada ketinggian 4,095 meter (13,435 ka) di atas paras laut, iaitu ketinggiannya kurang 6 meter (20 ka) daripada apa yang ternyata dalam terbitan angka hitherto yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4,101 meter (13,455 ka).[4]

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

Ciri fizikal

sunting

Geologi

sunting
 
Kanopi Gunung Kinabalu

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.[perlu rujukan]

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartener atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu, puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang terletak di antara Kundasang dengan Ranau.[perlu rujukan]

Suhu Gunung Kinabalu biasanya berdiri dari -4 °C hingga 8 °C pada bulan Desember hingga Januari, dan 3 °C hingga 12 °C pada bulan Jun hingga September. Kerana dinginnya gunung di bulan Disember hingga Januari, kadang-kadang salji dan ais muncul di puncak Gunung Kinabalu.[5][6] Namun, kejadian salju telah tercatat sekali pada akhir abad ke-20.[7]

Perhutanan

sunting

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung.

Sejarah hubungan dengan manusia

sunting

Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu ialah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun. Hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka daripada menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.[perlu rujukan] Namun pada Mac tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka. Beliau mendaki gunung tersebut bersama suatu pemandu kaum Dusun dari Kampung Kiau bernama Lemaing - mereka tidak berjaya mencapai kemuncak kerana ia dilihat "tidak mampu dicapai melainkan haiwan berkepak" (inaccessible to any but winged animals).[8] Low mencuba sekali lagi bersama Konsul Brunei Spenser St. John pada 1858.[4][9][10]

Puncak gunung pertama kali ditawan John Whitehead, seorang ahli zoologi British tahun 1888,[4] Lilian Gibbs pula wanita pertama menawan puncak ini pada Februari 1910.[4]

Taman Negara Kinabalu ditubuhkan tahun 1964 selepas penubuhan persekutuan Malaysia, taman negara ini dijadikan Tapak Warisan Dunia tahun 2000.[11]

Tragedi gempa bumi Sabah 2015

sunting
Rencana utama: Gempa bumi Sabah 2015

Pada tahun 2015, suatu gempa bumi pada ukuran sederhana 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah berdekatan Gunung Kinabalu pada jam 7.15 pagi, hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu, Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak, Tawau, Labuan, Lawas, Limbang, Miri dan Bandar Seri Begawan di Brunei. Selepas tragedi itu, pengunjung di bawah 14 tahun dilarang mendaki kerana kebanyakan mangsa yang terhempap batu dari Donkey Ear Peak berasal dari Singapura dan mereka ialah kanak-kanak yang menjalani lawatan sambil belajar ke sana.[12] Lokasinya di 6.1 Utara, 116.6 Timur. Gempa susulan yang lemah berlaku 47 kali sekitar 2.2 hingga 3.3.[13]

Kepercayaan

sunting

Seperti mana-mana gunung tinggi di seluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas daripada cerita-cerita mistik dan legenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap di sekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama. Mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa. Mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Para pendaki dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.[perlu rujukan]

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlubang dan mudah tergelincir. Tali dakian perlu digunakan sepanjang masa bagi mengelakkan kejatuhan ke dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.[perlu rujukan]

Di atas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak air semula jadi. Kaum Kadazandusun mempercayai di sinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda. Di sini juga tempat segelintir mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini, kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu. Sesetengah pendaki biasanya akan membaling duit syiling ke dalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun.[perlu rujukan]

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar ke dalam lopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap di sana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.[perlu rujukan]

Galeri

sunting
Panorama dari puncak Gunung Kinabalu.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Maklumat tentang Gunung Kinabalu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-22. Dicapai pada 2009-02-13.
  2. ^ "Geology of Kinabalu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-20. Dicapai pada 2007-07-30.
  3. ^ MALAYSIA’ FIRST WORLD HERITAGE SITE NEAR KOTA KINABALU, SABAH
  4. ^ a b c d Phillipps, A. & F. Liew 2000. Globetrotter Visitor's Guide – Kinabalu Park. New Holland Publishers (UK) Ltd.
  5. ^ "Did it snow on the summit of Mount Kinabalu?". The Star. 25 January 2014. Dicapai pada 19 June 2017.
  6. ^ Tang Ruxyn (10 February 2017). "Ice Sheets And 'Snow' Have Formed on Mount Kinabalu!". Says.com. Dicapai pada 19 June 2017.
  7. ^ Izham (2017-02-12). "/SBH: Gunung Kinabalu pernah diselebungi salji". /SBH. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-29. Dicapai pada 2020-01-21.
  8. ^ Hiung, C. S., R. Mandalam, and C. Chin. 2004. The Hugh Low Trail: The Quest for the Historical Trail to the Summit of Kinabalu. The Sabah Society, Kota Kinabalu.
  9. ^ The Living Age By Eliakim Littell, Making of America Project, Robert S. Littell Published by Living Age Co., 1848
  10. ^ The Annual Register Published by Rivingtons, 1906; Item notes: 1905
  11. ^ Kinabalu Park. UNESCO World Heritage Centre.
  12. ^ Gempa bumi: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu dibatal
  13. ^ Penduduk Sabah usah panik - MetMalaysia