Eliezer Ben-Yehuda
Eliezer Ben‑Yehuda[a] (nama lahir: Eliezer Yitzhak Perlman;[b] 7 Januari 1858 – 16 Disember 1922)[1] seorang ahli bahasa dan jurukamus Yahudi kelahiran Empayar Rusia. Beliau tokoh penting mengembangkan lanjut penyekularan bahasa Ibrani dari sekadar bahasa agama dan berjaya menggiatkannya sebagai suatu bahasa perantara sekular dan seharian mereka.[2]
Eliezer Ben-Yehuda אֱלִיעֶזֶר בֶּן־יְהוּדָה | |
---|---|
Kelahiran | Eliezer Yitzhak Perlman 7 Januari 1858 |
Meninggal dunia | 16 Disember 1922 | (umur 64)
Dikebumikan | Jabal Zaitun, Jerusalem 31°46′42″N 35°14′38″E / 31.77833°N 35.24389°EKoordinat: 31°46′42″N 35°14′38″E / 31.77833°N 35.24389°E |
Pusat pendidikan | Universiti Sorbonne |
Pekerjaan |
|
Organisasi | HaZvi |
Terkenal kerana | mengembangkan bahasa Ibrani Moden |
Gerakan politik | Zionisme |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Awal hidup dan pendidikan
suntingEliezer Yitzhak lahir di Luzhki, Vilna (kini terletak dalam Oblast Vitebsk, Belarus) to Yehuda Leib dan Tzipora Perlman yang berasal dari sekolah aliran Hasidi Chabad[1] menuturkan bahasa Yidi.[3] Pendidikan beliau dimulakan sejak usia 3 tahun di sekolah agama yang mengajarkan Taurat, Masnah dan Talmud yang dilazimkan dalam masyarakatnya. Beliau dihantarkan ke sekolah tinggi Taurat dengan harapan menjadi seorang rabai; di sekolah inilah beliau dedidahkan kepada banyak penulisan moden pencerahan Yahudi[4] dan bahasa-bahasa asing termasuk bahasa Jerman, Perancis dan Rusia. Beliau melanjutkan pelajaran di Dünaburg (kini Daugavpils, Latvia) di mana beliau diperkenalkan kepada gerakan Zionisme.
Beliau ke Paris pada 1877 untuk mempelajari tawarikh dan siasah kenegerian Timur Tengah di Universiti Sorbonne selama empat tahun. Di sini, suatu kejadian di mana seorang rakan sekelas Yahudi asal Baitulmaqdis bercakap bahasa Ibrani dengannya yang mencetuskan idea menghidupkan semula bahasa tersebut luar dari lingkungan agama sebagai perantara sesebuah bangsa.[5]
Kerjaya
suntingDalam bidang perguruan
suntingBeliau berhijrah ke Palestin pada 1881 untuk bekerja sebagai guru di pejabat Alliance Israélite Universelle Baitulmaqdis.[6] Di sini beliau cuba mengembangkan idea penduniaan bahasa Ibrani yang dilihatnya boleh memudahkan komunikasi sesama orang Yahudi seluruh dunia yang berhijrah ke tempat sama senasibnya.[6] Theodor Herzl menganggap rancangannya sangat mengarut[7] bahkan lebih mahukan bahasa Jerman tuturannya sebagai bahasa kebangsaan negara Zionisnya sambil memperkecilkan kemampuan bahasa Ibrani dalam mengungkapkan idea moden.[8]
Membuat kamus Ibrani moden
suntingEliezer mendirikan Majlis Bahasa Ibrani (Va'ad HaLashon) duluan kepada Akademi Bahasa Ibrani yang wujud saat ini. Beliau memerbitkan kamus bahasa Ibrani moden pertama yakni Kamus Ben-Yehuda menerapkan unsur bahasa serumpun termasuk Bahasa Aramia, Bahasa Mesir dan terutamanya bahasa Arab — Eliezer menganggap bahasa Arab (waima tidak tepatnya) sebagai tinggalan bahasa Ibrani asal yang boleh ditelusuri dan digunakan semula untuk membentuk kosa kata Ibrani moden; kaedah penggaluran ini turut diteruskan majlis diketuainya.[9]
Kematian
suntingBen-Yehuda meninggal pada 16 Disember 1922 pada usia 64 tahun akibat tuberkulosis. Mayatnya dikebumikan di Jabal Zaitun[10] dalam majlis dihadiri oleh 30,000 orang.[6]
Nota
sunting- ^ Ibrani: אֱלִיעֶזֶר בֶּן־יְהוּדָהTemplat:Popdf , he.
- ^ Bahasa Yiddish: אליעזר יצחק פערלמאן .
Rujukan
sunting- ^ a b Green, David B. (7 January 2013). "This Day in Jewish History – 1858: Hebrew's Reviver Is Born". Haaretz. Dicapai pada 5 January 2019.
- ^ Bensadoun, Daniel (October 15, 2010). "This week in history: Revival of the Hebrew language". The Jerusalem Post. Dicapai pada 2019-04-01.
- ^ Coulmas, Florian (1 March 2016). "Eliezer Ben-Yehuda". Guardians of Language. Oxford University Press. m/s. 139–154. doi:10.1093/acprof:oso/9780198736523.003.0011. ISBN 978-0-19-873652-3.
- ^ "Young Ben-Yehuda". huji.ac.il. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2012. Dicapai pada 26 November 2012.
- ^ Naor, Mordechai (13 September 2008). "Flesh-and-Blood Prophet". Haaretz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2008. Dicapai pada 1 October 2008.
- ^ a b c Balint, Benjamin (23 November 2008). "Confessions of a polyglot". Haaretz.
- ^ Singer, Saul Jay (11 November 2020). "The Hebrew-Based Judaism And Zionism Of Eliezer Ben Yehuda". The Jewish Press (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-22.
- ^ Aytürk, İlker (2010). "Revisiting the language factor in Zionism: The Hebrew Language Council from 1904 to 1914". Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London. 73 (1): 61–2. doi:10.1017/S0041977X09990346. ISSN 0041-977X.
- ^ Blau 1981, m/s. 32-3.
- ^ "Mount of Olives – Jerusalem". trekker.co.il. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2022-05-23. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Bacaan lanjut
sunting- Blau, Joshua The Renaissance of Modern Hebrew and Modern Standard Arabic. Berkeley, California: University of California Press. 1981.
- Fellman, Jack (1973). The Revival of a Classical Tongue: Eliezer Ben Yehuda and the Modern Hebrew Language. Den Haag, Belanda: Mouton. 1973. ISBN 90-279-2495-3
- St. John, Robert (1952). Tongue of the Prophets. The Life Story of Eliezer Ben Yehuda. Garden City, New York: Doubleday & Company Inc. ISBN 0-8371-2631-2.
- Lang, Yosef . The Life of Eliezer Ben Yehuda. Yad Yitzhak Ben Zvi, 2 volume, (Ibrani).
- Ilan Stavans, Resurrecting Hebrew. (2008).
- Elyada, Ouzi . Hebrew Popular Journalism : Birth and Development in Ottoman Palestine, London and N.Y, Routledge, 2019 (History of Ben-Yehuda’s Press)
- Hassan, Hassan Ahmad; al-Kayyali, Abdul-Hameed (2018-07-18). "Ben-Yehuda in his Ottoman Milieu: Jerusalem's Public Sphere as Reflected in the Hebrew Newspaper Ha-Tsevi, 1884–1915". Ordinary Jerusalem, 1840-1940: 330–351. doi:10.1163/9789004375741_021. ISBN 9789004375741. S2CID 201432320.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Eliezer Ben-Yehuda |
- Catatan pribadi Eliezer Ben-Yehuda disimpan di Central Zionist Archives di Yerusalem.
- An interview with Dola Ben-Yehuda Wittmann (anak perempuan Eliezer Ben-Yehuda) di Dartmouth Jewish Sound Archive
- Karya oleh atau tentang Eliezer Ben-Yehuda di Internet Archive
- Karya oleh Eliezer Ben-Yehuda di LibriVox (buku audio domain awam)