Abad ke-12 SM
abad
Abad ke-12 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1200 SM hingga 31 Disember 1101 SM dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 1197 SM - Permulaan zaman pertama (1197 SM - 982 SM), menurut konsep I Ching dan sejarah oleh Sau Yung.
- 1194 SM - Permulaan Perang Troy dongeng.
- 1192 SM - Kemangkatan Wu Ding, maharaja Dinasti Shang.
- 1191 SM atau 1181 SM - Menestheus, raja dongeng Athens serta bekas perajurit Perang Troy, mangkat semasa Perang Trojan selepas pemerintahan selama 23 tahun dan diwarisi oleh anak saudaranya, Demophon, putera Theseus. Huraian-huraian lain menetapkan kemangkatannya sedekad kemudian dan tidak lama selepas Perang Troy (sila lihat 1180-an SM dan 1190-an SM).
- 1186 SM - Keakhiran Dinasti Kesembilan Belas Mesir, dan permulaan Dinasti Kedua Puluh.
- 1184 SM, 24 April - Tarikh tradisional bagi kejatuhan Troy, Asia Minor, kepada tentera Mycenaea dan sekutu-sekutunya. Tarikh ini menandakan keakhiran Perang Troy dalam mitologi Yunani.
- 1180 SM - Anllil-nadin-akhe, raja masyarakat Kassite terakhir, ditewaskan oleh tentera Elam.
- 16 April 1178 SM - Gerhana suria mungkin menandakan kepulangan Odysseus, raja dongeng Ithaca, ke kemaharajaannya selepas Perang Trojan. Baginda mendapat tahu bahawa sebilangan pelamar sedang bersaing untuk mengahwini isterinya, Penelope, supaya dapat mewarisi takhta kerana mereka mempercayai bahawa Penelope adalah balu. Ithaca membunuh mereka dan memantapkan semula kedudukannya.
- 1160 SM - Kemangkatan Firaun Ramesses V, akibat cacar.
- 1159 SM - "Peristiwa gelang pokok" sejagat (tempoh pertumbuhan pokok terbantut) yang berlangsung selama 18 tahun.
- 1154 SM - Kemangkatan Raja Menelaus dari Sparta (tarikh anggaran).
- 1154 SM - Pembunuhan diri Permaisuri Helen dari Sparta yang dibuang negeri di Rhodes (tarikh anggaran).
- k.k. 1150 SM - Keakhiran pemerintahan Mesir di Palestin. Rameses VI, firaun terakhir, diperakui.
- 1147 SM - Demophon, raja dongeng Athens dan bekas perajurit Perang Trojan, mangkat selepas pemerintahan selama 33 tahun dan diwarisi oleh anak lelakinya, Oxyntes.
- 1137 SM - Ramses VII memulakan pemerintahannya sebagai raja keenam Dinasti Kedua Puluh Mesir.
- 1135 SM - Oxyntes, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 12 tahun dan diwarisi oleh anak sulungnya, Apheidas.
- 1134 SM - Apheidas, raja dongeng Athens, dibunuh selepas pemerintahan selama setahun dan diwarisi oleh adik lelakinya, Thymoetes.
- 1126 SM - Thymoetes, raja dongeng Athens, mangkat tanpa mempunyai anak selepas pemerintahan selama 8 tahun. Baginda diwarisi oleh pewaris yang dilantiknya, Melanthus dari Pylos, seorang keturunan generasi kelima Neleus yang dilaporkan telah membantu baginda dalam pertempurannya terhadap tentera Boeotia.
- 1122 SM - Tarikh pengasasan dongeng bagi kota Pyongyang.
- k.k. 1120 SM - Pemusnahan Troy VIIb1
- 1115 SM - Zhou Cheng Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 1115 SM - Tiglath-Pileser I menjadi raja Assyria.
- 1100 SM - Tiglath-Pileser I dari Assyria menaklukkan masyarakat Hittite.
- k.k. 1100 SM - Tentera Dorian dikatakan menyerang Greece.
- k.k. 1100 SM - Permulaan kebudayaan proto-Villanovan di Itali Utara.
- k.k. 1100 SM - Keakhiran Peradaban Mycenaea, dan permulaan Zaman Kuno Greek.
- k.k. 1100 SM - Keakhiran Kemaharajaan Baru di Mesir.
- Penyerang-penyerang Elam merampas barang-barang seni Mesopotamia yang berharga, dan membawanya ke Susa.
Tokoh-tokoh
sunting- Amenemses, Firaun Dinasti Kesembilan Belas Mesir (1202 SM - 1199 SM).
- 1180 SM - Kelahiran Ramesses III dari Mesir.
- 1153 SM - Kemangkatan Firaun Ramesses III dari Mesir.
- 1146 SM - Nebuchadnezzar I menjadi raja Babylon.
- 1116 SM - Kemangkatan Raja Wu, raja Dinasti Zhou (1122 SM - 256 SM) dari China.
- 1010-970 SM - nabi daud memerintah
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
sunting- 1100-an SM - Abjad diperkembangkan oleh orang Phoenicia.
- MUL.APIN diperkembangkan oleh orang-orang Assyria: katalog kuno tentang buruj.