10 Mei
tarikh
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
10 Mei merupakan hari ke-130 (hari ke-131 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 235 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 1503 - Christopher Columbus dan anak-anak kapalnya menjadi orang Eropah pertama mengunjungi Kepulauan Cayman, yang dinamakannya Las Tortugas.
- 1768 - Radikal John Wilkes dipenjarakan kerana mengkritik Raja George III, mencetuskan rusuhan di London.
- 1857 - Pemberontakan Supai meletus di India kolonial, mengancam pemerintahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1869 - Upacara pancang emas (gambar replika) diadakan di Promontory, Utah bersempena siapnya Landasan Rentas Benua Pertama di Amerika Utara.
- 1940 - Perdana Menteri United Kingdom Neville Chamberlain (gambar) meletakkan jawatan dan mencadangkan Winston Churchill sebagai penggantinya.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Tentera Jerman melancarkan serangan ke atas Belanda, Belgium dan Luxembourg.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Pemimpin Nazi Rudolf Hess (gambar) terjun dengan menggunakan payung terjun di Scotland dalam misi mencari perdamaian dengan United Kingdom.
- 2010 - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- 2017 - Moon Jae-in dilantik sebagai Presiden Korea Selatan ke-12.
- 2018 - Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia dan mengalahkan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan selama 60 tahun.
Kelahiran
sunting- 1947 - Soe Win, Perdana Menteri Myanmar ke-10
- 1990 - Eza Gionino, pelakon lelaki Indonesia