'Urf (bahasa Arab: العرف ) ialah sepatah istilah Islam dalam bahasa Arab yang merujuk kepada adat atau "pengetahuan" sesuatu masyarakat yang menyebabkan perubahan fiqh فقه (jurisprudens Islam).

'Urf merupakan salah satu sumber keputusan Syariat Islam apabila tiadanya teks-teks utama yang tersurat dalam al-Quran dan Sunnah yang dapat menetapkan keputusan. 'Urf juga boleh boleh menentukan sesuatu yang dinyatakan secara am dalam teks-teks utama.

Di sebilangan negara seperti Mesir, perkahwinan dengan cara Urf bermaksud perkahwinan tanpa sebuah sijil rasmi yang dikeluarkan oleh negara (Zawag Urfi: زواج عرفي). Jenis perkahwinan ini adalah sah dan diiktiraf. (Sila lihat: Perkahwinan common law)

Lihat juga

sunting