Sengauan gigi
IPA – nombor | 116 + 408 |
IPA – teks | n̪ |
IPA – imej | |
Entiti | n̪ |
X-SAMPA | n_d |
Kirshenbaum | n[ |
Fail audio "nosound.ogg" tidak ditemui |
Sengauan gigi (Jawi: سڠاوان ݢيݢي ) ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa tertentu, dilambangkan oleh n̪ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa dan n_d dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri sengauan gigi:
- Cara artikulasinya adalah hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
- Daerah artikulasinya adalah gigi, iaitu disebut dengan lidah menyentuh gigi atas atau bawah, atau kedua-duanya sekali.
- Jenis pembunyiannya ialah bersuara, iaitu pita vokal bergetar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan sengauan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui hidung.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.