Krzysztof Piątek
Krzysztof Piątek (sebutan Poland: [ˈkʂɨʂtɔf ˈpjɔntɛk]; lahir 1 Julai 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Poland yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Itali, Milan dan pasukan kebangsaan Poland.
Fail:Piatek AC Milan.png | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Krzysztof Piątek | ||
Tarikh lahir | 1 Julai 1995 | ||
Tempat lahir | Dzierżoniów, Poland | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Milan | ||
Nombor | 9 | ||
Kerjaya remaja | |||
2006–2011 | Dziewiątka Dzierżoniów | ||
2011–2012 | Lechia Dzierżoniów | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012–2013 | Lechia Dzierżoniów | 6 | (0) |
2013–2016 | Zagłębie Lubin | 72 | (15) |
2016–2018 | Cracovia | 63 | (32) |
2018–2019 | Genoa | 19 | (13) |
2019– | Milan | 19 | (9) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015–2016 | Poland B20 | 3 | (1) |
2015–2017 | Poland B21 | 14 | (2) |
2018– | Poland | 6 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:29, 25 Ogos 2019 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2019 |
Beliau memulakan kariernya bersama kelab Ekstraklasa iaitu Zagłębie Lubin. Selama empat musim, beliau telah menjaringkan 15 di dalam 72 kemunculannya untuk pasukan sebelum berpindah ke Cracovia pada tahun 2016, yang menyaksikan beliau berjaya menghasilkan 32 jaringan gol sepanjang dua musim. Pada tahun 2018, Piątek berpindah ke kelab Itali iaitu Genoa dengan kos perpindahan sebanyak €4 juta. Selepas menjaringkan 19 gol di dalam 21 perlawanan kompetitif pada musim pertamanya di Itali, beliau melakukan perpindahan ke Milan pada Januari 2019 dengan kos perpindahan sebanyak €35 juta sekali gus menandakan penjualan pemain termahal membabitkan kelab Genoa.
Kerjaya kelab
Kerjaya awal
Piątek memulakan kariernya bersama kelab tempatan, Dziewiątka Dzierżoniów pada tahun 2006. Seterusnya, beliau berpindah ke kelab Lechia Dzierżoniów yang beraksi di III liga pada tahun 2011.[1]
Zagłębie Lubin
Piątek berpindah ke Zagłębie Lubin pada tahun 2013 dan mulanya, beliau beraksi untuk pasukan remaja dan pasukan simpanan kelab. Setelah ketibaan Piotr Stokowiec sebagai ketua jurulatih yang baru, beliau telah dibawa masuk ke dalam skuad utama dan diberi peluang untuk melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Ekstraklasa pada 18 Mei 2014 ketika menentang Cracovia.[2] Pada musim seterusya, beliau menjadi penyerang utama kelab Zagłębie yang beraksi di I liga, iaitu divisyen bola sepak kedua di Poland. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 12 September 2014 dalam perlawanan menentang Chrobry Głogów. Setelah pasukannya layak ke divisyen pertama, Piątek menjaringkan gol pertamanya di divisyen tersebut pada 14 Ogos 2015 ketika membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas Lech Poznań. Pasukannya berjaya menghuni tangga ketiga liga sekali gus memperoleh pingat dan kelayakan ke kejohanan Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab sejak 2006–07.
Secara keseluruhannya, beliau telah beraksi sebanyak 85 perlawanan untuk Zagłębie dan menjaringkan 18 gol termasuk aksi dalam kejohanan Piala Poland dan pusingan kelayakan Liga Europa.
Cracovia
Pada tahun 2016, Piątek berpindah ke kelab Cracovia. Selama dua musim, beliau menjaringkan 32 gol dalam saingan liga dan melakukan 65 kemunculan untuk kelab.[3] Musim keduanya di kelab itu menyaksikan beliau merupakan penjaring gol ketiga terbanyak dalam musim 2017-18 iaitu dengan jumlah 21 jaringan gol.[4]
Genoa
Pada 8 Jun 2018, Piątek menandantangani kontrak empat tahun bersama kelab Itali, Genoa dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €4 juta. Beliau telah menjaringkan empat gol dalam perlawanan sulungnya untuk Genoa ketika menentang Lecce dalam perlawanan Coppa Italia.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 26 Ogos dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika menewaskan Empoli 2-1.[6] Pada musim berikutnya, beliau terus menjaringkan gol ketika pasukannya kecundang di tangan Sassuolo dan meledak gol dalam perlawanan menentang Lazio. Beliau menjadi pemain pertama sejak Andriy Shevchenko pada tahun 1999 untuk menjaringkan lima gol di dalam empat perlawanan pertamanya di Serie A.[7]
Pada perlawanan seterusnya, beliau menjaringkan gol ke-10 di dalam semua kejohanan ketika menewaskan Chievo. Pencapaian ini menjadikannya pemain pertama dalam liga-liga utama Eropah untuk mencapai kejayaan tersebut.[8] Pada 30 September, Piątek menjaringkan gol ketika menumpaskan Frosinone 2-1 sekali gus beliau telah menghasilkan lapan gol di dalam enam perlawanan. Prestasi beliau menunjukkan permulaan musim yang sangat baik oleh seorang pendatang baru sejak Karl Aage Hansen semasa musim 1949–50.[9] Pada perlawanan seterusnya, beliau menjadi pemain pertama sejak Gabriel Batistuta pada musim 1994–95 yang telah menjaringkan gol di dalam setiap tujuh perlawanan pertamanya di Serie A apabila beliau meledak gol ketika menentang Parma.[10]
Milan
Pada 23 Januari 2019, Milan mengesahkan bahawa Piątek telah menandantangani kontrak sehingga 30 Jun 2023[11] dengan kos perpindahan yang dilaporkan sebanyak €35 juta.[12] Pembelian Piątek sebagai pengganti ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh Gonzalo Higuaín yang telah menyertai Chelsea[13] dan beliau telah diberi jersi bernombor 19.[14]
Piątek melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada 26 Januari dalam perlawanan seri tanpa jaringan menentang Napoli dengan menggantikan Patrick Cutrone pada minit ke-71.[15] Tiga hari kemudian semasa menentang pasukan lawan yang sama di San Siro, beliau menjaringkan kedua-dua gol Milan dalam perlawanan Coppa Italia tersebut dan diberi tepukan gemuruh oleh peminat apabila beliau digantikan oleh Cutrone.[16] Beliau telah diundi sebagai Pemain Paling Berharga oleh peminat-peminat.[17] Pada 3 Februari 2019, Piątek menjaringkan gol pertamanya untuk Milan di Serie A ketika menentang Roma.[18] Beliau seterusnya menjaringkan tiga gol di dalam dua perlawanan berturut-turut iaitu semasa menentang Cagliari Calcio dan Atalanta (2 gol) sekali gus menjadikannya pemain terpantas untuk menjaringkan enam gol di dalam semua kejohanan dan mengambil alih tempat legenda kelab, Nils Liedholm.[19] Beliau turut menjadi pemain Milan pertama untuk menjaringkan gol di dalam tiga kemunculan pertamanya di Serie A sejak Mario Balotelli pada tahun 2013.[20]
Bagi menghadapi musim 2019-20, Piątek menukar nombor jersinya kepada nombor 9.[21]
Kerjaya antarabangsa
Gagal untuk melakukan sebarang penampilan, Piątek telah dimasukkan ke dalam skuad Poland yang terdiri daripada 35 pemain bagi kejohanan Piala Dunia 2018[22] namun beliau termasuk di dalam senarai 12 orang pemain yang dikeluarkan untuk terpilih ke dalam senarai akhir skuad.[23]
Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 11 September 2018 dalam perlawanan pershabatan menentang Republik Ireland.[24] Sebulan kemudian, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif iaitu Liga Negara-Negara UEFA menentang Portugal dan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.[25] Pada 21 Mac 2019, beliau meledak gol keduanya untuk pasukan Poland ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Austria.
Statistik kerjaya
Kelab
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Lechia Dzierżoniów | 2012–13 | 6 | 0 | — | 6 | 0 | |||
Zagłębie Lubin | 2013-14 | 4 | 0 | 0 | 0 | — | 4 | 0 | |
2014-15 | 30 | 8 | 3 | 1 | 33 | 9 | |||
2015-16 | 33 | 6 | 3 | 2 | 36 | 8 | |||
2016-17 | 5 | 1 | 1 | 0 | 6 | 0 | 12 | 1 | |
Jumlah | 72 | 15 | 7 | 3 | 6 | 0 | 85 | 18 | |
Zagłębie Lubin | 2016-17 | 27 | 11 | — | 27 | 11 | |||
2017-18 | 36 | 21 | 2 | 0 | — | 38 | 21 | ||
Jumlah | 63 | 32 | 2 | 0 | — | 65 | 32 | ||
Genoa | 2018-19 | 19 | 13 | 2 | 6 | — | 21 | 19 | |
Milan | 2018-19 | 18 | 9 | 3 | 2 | — | 21 | 11 | |
2019-20 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | |||
Jumlah | 19 | 9 | 3 | 2 | — | 22 | 11 | ||
Jumlah kerjaya | 179 | 69 | 14 | 11 | 6 | 0 | 199 | 80 |
Antarabangsa
- Sehingga 10 Jun 2019.[28]
Pasukan kebangsaan Poland | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2018 | 2 | 1 |
2019 | 4 | 3 |
Jumlah | 6 | 4 |
Gol antarabangsa
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
11 Oktober 2018 | Chorzów, Poland | Poland | Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19 | |||
21 Mac 2019 | Vienna, Austria | Austria | Kelayakan Euro 2020 | |||
7 Jun 2019 | Skopje, Macedonia | Macedonia Utara | ||||
10 Jun 2019 | Warsaw, Poland | Israel |
Pencapaian
Individu
- Penjaring Terbanyak Coppa Italia: 2018-19 (8 gol)
Catatan
- ^ "Krzysztof Piątek trenuje z pierwszą drużyną Zagłębia Lubin". 90minut. Dicapai pada 14 May 2014.
- ^ "Zagłębie Lubin 1–2 Cracovia". 90minut. Dicapai pada 22 February 2016.
- ^ Sear, Jack (8 October 2018). "Scouting Report: Who is Europe's top scorer Krzysztof Piątek and why is he linked to Barcelona?". Squawka. Dicapai pada 8 October 2018.
- ^ Burton, Chris (21 September 2018). "'New Lewandowski' Piatek shrugs off Barcelona transfer talk". Goal. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Coppa: Piatek poker for Genoa". Football Italia. 11 August 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
- ^ "Genoa vs. Empoli 2–1". Soccerway. 26 August 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
- ^ "Ancelotti putting his mark on Napoli; Roma struggling". Washington Post. 24 September 2018. Dicapai pada 25 September 2018.
- ^ Verschueren, Gianni (28 September 2018). "Juventus Reportedly Ask Genoa for Krzysztof Piatek Amid Inter Milan, EPL Rumours". Bleacher Report. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ Daniella Matar; Andrew Dampf (30 September 2018). "Genoa's Piatek off to best Serie A debut in 70 years". The Washington Post. Dicapai pada 1 October 2018.
- ^ Spratt, Ben (7 October 2018). "Barcelona target Piatek continues scoring streak to emulate Batistuta feat". Goal. Dicapai pada 8 October 2018.
- ^ Milan, A. C. "Official statement: Krzysztof Piątek". AC Milan. Dicapai pada 24 January 2019.
- ^ "Krzysztof Piatek: Genoa striker completes £30m move to AC Milan" (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-23. Dicapai pada 24 January 2019.
- ^ "Krzysztof Piatek joins AC Milan from Genoa on long-term deal". Sky Sports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-24.
- ^ "Leonardo: "He wanted the number 9 jersey but we think it has to be earned so we decided to give him the number 19 jersey instead. #WelcomePiatek". Twitter. 24 January 2019. Dicapai pada 24 January 2019.
- ^ "Gattuso: 'No Piatek-Cutrone pairing'". Football Italia. 26 January 2019. Dicapai pada 29 January 2019.
- ^ "AC Milan 2–0 Napoli". BBC Sport. 29 January 2019. Dicapai pada 29 January 2019.
- ^ "AC Milan on Twitter: A big round of applause for Krzysztof Piątek for his first @emirates MVP with the Rossoneri!". Twitter. 30 January 2019. Dicapai pada 17 February 2019.
- ^ Mackenzie, Alasdair; Sarkar, Pritha (3 February 2019). "Zaniolo strikes again as Roma draw with Milan". The New York Times. Reuters. Dicapai pada 9 February 2019.
- ^ "Piatek: '6 goals in 5 games in more than I imagined'". Calciomercato.com. 16 February 2019. Dicapai pada 17 February 2019.
- ^ Milan, A. C. (16 February 2019). "ATALANTA V AC MILAN IN NUMBERS". AC Milan. Dicapai pada 17 February 2019.
- ^ "Piatek gets Milan No 9 | Football Italia". www.football-italia.net. Dicapai pada 2019-07-10.
- ^ "World Cup 2018: Poland announce preliminary 35-man squad". Talksport. 15 May 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
- ^ "World Cup 2018: Kamil Glik picked in Poland squad, then gets injured". BBC Sport. 4 June 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
- ^ "O'Brien grabs debut goal as Ireland draw in Poland". RTÉ. 12 September 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
- ^ "Portugal top Poland in Nations League". beIN Sports. 11 October 2018. Dicapai pada 9 February 2019.
- ^ "Krzysztof Piątek". 90minut.pl. Dicapai pada 13 May 2017.
- ^ Biodata Krzysztof Piątek di Soccerway. Capaian 23 April 2018.
- ^ "Piątek, Krzysztof". National Football Teams. Dicapai pada 28 March 2018.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Krzysztof Piątek. |
- Profil Krzysztof Piątek di 90minut
- Biodata Krzysztof Piątek di Soccerway