AMALAN SUNAT DI HARI KE TUJUH SETELAH KELAHIRAN BAYI
Setelah 7 hari dilahirkan sunat kita Aqiqah untuk anak kita , jika perempuan seekor kambing , jika laki sunat 2 ekor kambing ..:
Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru
lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat
Muakkad.
Membuat Aqiqah dengan
menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu
yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya
disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah
dimasak.
1. Hukum aqiqah
Sama dengan
ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi
wajib.
2. Penyembelihan aqiqah
Dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran bayi
atau pada
hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila
masa selagi anak itu belum baligh.
3. Aqiqah bagi anak yang telah baligh
Jika anak
telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya
(individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini
berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah
s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat
menjadi Rasul.
4. Jumlah bintang aqiqah
Bagi anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing
(tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
Diriwayatkan
daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan
para
sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing
yang
umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-
Turmuzi).
Daripada
Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w.
menyembelih
aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor
kambing.
(Riwayat Abu Dawud)
5.Memberi
nama yang baik:
Tuntutan
memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik
amat
dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya, pemilihan nama-nama yang baik ini
sedikit
sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang
Muslim.
Nama-nama yang digalakkan:
i.
Nama-nama
Nabi
ii.
Nama yang
diambil daripada Asma ‘ul Husna
iii.
Nama-Nama
Para Sahabat
6. Akikah dan Bercukur Rambut: Menamakan anak
Akikah dan bersukur Rambut dan Menamakan Anak yang baru lahir sering
dilakukan seiring dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi.
Menurut Ibn al-Qayyim, amalan
mencukur rambut bayi akan meningkatkan tahap
kesihatan anak yang baru dilahirkan , membuka selaput
kepala dan
mempertajamkan daya penglihatan,
pendengaran dan deria hidu.
7.
Hikmah berakikah
i.
Melahirkan rasa gembira atas
kelahiran satu jiwa Muslim baru yang sujud menyembah Allah
ii.
Mendekatkan diri anak itu kepada
Allah atas akikah yang dilakukan
iii.
Mengukuhkan tali persaudaraan sesama
Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga ,
sanak-saudara dan jiran tetangga
iv.
Sebgai tebusan anak tersebut dapat
syafaat kepada ibu bapanya
v.
Menunjukkan tanda syukur kepad Allah
ata kurniaanya
vi.
Mejauhkan anak tersebut daripada
bahaya dann bencana.
*Mudah-mudahan tulisan yang
ringkas ini dapat menjadi peringatan (tazkirah) kepada kita
semua dan bermanfaat bagi ibu bapa yang baru
mendapat cahaya mata.
Untuk maklumat yang lebih detail bolehlah mendapatkannya
daripada Ustaz atau Ustazah yang
berhampiran atau dengan merujuk kepada kitab-kitab yang terdapat dalam pasaran.
Diantara kitab yang dicadangkan kerana ianya
mudah difahami dan menarik ialah INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT OLEH: DATO’ISMAIL
KAMUS & MOHD.AZRUL AZLEN AB.HAMID .Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.