Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, November 29, 2011

CERAMAH UMUM DI KERATONG 3, ROMPIN


Beberapa perkara yang disentuh dalam ucapan ceramah Yb Teo Kok Seong,ADUN Bahau

Yb Teo Kok Seong telah mendedahkan tentang kelemahan wakil-wakil rakyat Barisan National (BN) yang tidak prihatin dengan masalah rakyat. Tan Sri Isa Samad sendiri tidak berucap atau bertanya soalan dalam Dewan Undang Negeri sejak dia menang dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Beliau juga mendedahkan ada wakil rakyat BN bertanya tentang jumlah ular sawa yang terdapat dalam se buah taman ular di Negeri Sembilan. Dalam soalan tambahannya pula beliau bertanyakan berapa jenis spesis ular tersebut.

“Apakah tugas wakil rakyat untuk bertanya soal ular atau menyuarakan nasib dan memperjuangan nasib rakyat” soal beliau.

Beliau juga menyebut wakil-wakil dari UMNO menakut-nakutkan pengundi melayu jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, orang melayu tidak ada tempat. MCA pula akan menakutkan orang Cina jika PR memerintah orang cina tidak ada tempat. Manakala MIC pula menakutkan orang India jika PR menang orang India tidak ada tempat.

“Jika begitu siapa yang ada tempat “ Tanya beliau .Sebenarnya jika PR menang BN lah yang tidak ada tempat.

Beberapa perkara yang telah disentuh oleh Haji Mohd. Bin Sabu,Timbalan Presiden PAS

PAS jika berjuang bersendirian paling kuat boleh memerintah 2 negeri sahaja dalam Malaysia.

Jika tidak bergabung diantara parti-parti pembangkang ,hanya mampu menjadi pembangkang sahaja.

Dalam PRU 12 apabila parti-parti pembangkang bergabung dalam pakatan rakyat (PR) lima negeri telah dapat ditawan.

Dalam Pilihan Raya pada tahun 2008 itu PR mendapat 52 peratus undi popular di Semenanjung Malaysia. BN hanya mendapat 46 peratus undi popular.

Kejayaan kerajaan Kelantan membuat beberapa perubahan di Kelantan termasuk memberi cuti bersalin 60 hari dan bekerja 5 hari seminggu telah ditiru oleh Kerajaan Pusat (BN).

Yb Lim Guan Eng telah melaksanakan strategi “Lawan Rasuah & Tutup Ketirisan” untuk meningkatkan ekonomi negeri Pulau Pinang. Ini membolehkan Pulau Pinang menyelesaikan hutang daripada 630 Juta tinggal 30 juta.

Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid telah dapat meningkatkan prestasi pemerintahan yang sangat baik. Lebihan pendapatan melebihi 100 Juta.

Audit Negara telah memberi pengakuan 4 Negeri PR telah menunjukkan prestasi pentadbiran yang terbaik.

PR jika berjaya mengambil-alih pemerintahan akan melaksanakan janji-janji yang telah ditawarkan di dalam Buku Jingga.

Monday, November 14, 2011

PENGURUSAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF ISLAM

MODUL 1: TAUHID SEBAGAI PAKSI KEPADA PENGURUSAN ISLAM

(Ringkasan bahagian pertama daripada Modul 1 yang telah disampaikan di Surau al-Mhajirin, Muadzam Shah,Pahang)


ASAS-ASAS PENGURUSAN ISLAM


Pengurusan adalah satu proses usaha menyusun aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi menerusi manusia untuk mencapai matlamat yang telah dikenalpasti.


Islam menekankan kepentingan memiliki orang yang efektif dan berintegriti.


Sistem pengurusan Islam adalah berasaskan Tawhid yang menghasilkan orang yang bertanggungjawab dan memiliki integriti yang tinggi.

*konsep syahadah


Tawhid

Definisi

Kategori Tawhid

Kesan Tawhid pada kehidupan manusia


Definisi

Tawhid : Manifestasi yang benar dan betul dalam konsep monoteisme (monotheism) Islam yang mempercayai Tuhan hanya satu dan Kepercayaan Islam bahawa “Tiada Tuhan Selain Allah”

وإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ

ٱلرَّحِيمُ (2:163)


Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang maha Esa :tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Tauhid


Definisi: Ilmu tauhid ialah ilmu yang membicarakan tentang persoalan keesaan Allah SWT dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


l Natijah:meningkat semangat beramal dan berkerja menurut iktikad tersebut.

Nota: “Ilmu” bermaksud mendapatkan

sesuatu makna berbetulan dan bertepatan dengan hakikatnya yang sebenar.


Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid


i.Uluhiyyah & i.Rububiyyah:Mengenai ketuhanan.

ii.Nubuwwah: Mengenai kenabian

iii.Sam’iyyat: Mengenai perkara yang ghaib yang diberitakan oleh Allah SWT dan RasulNya,seperti nikmat syurga,azab neraka dan hari kiamat.

iv.Mumkinat:Mengenai alam dan manusia yang boleh menjadi dalil tentang kewujudan Allah SWT yang tidak bersamaan dengan yang baru.


TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID

  1. Mengenal serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT yang bersifat dengan sifat kesempurnaan,mempunyai nama-nama yang mulia serta suci daripada sifat kekurangan.
  2. Mengenal serta mengikut para rasul yang bersifat dengan sifat-sifat terpuji lagi maksum.
  3. Mendapat keselamatan,kebahagian,dan keredahaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  4. Menetapkan hati agar tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu daripada kayu,batu,kebendaan dan lian-lain lagi.

Rumusan : Hanya pengurus atau pemimpin yang mantap dari Aspek Aqidah sahaja yang mampu menjadi pengurus atau pemimpin yang berjaya kerana sentiasa ingat akan kekuasaan dan kekuatan Allah SWT.

Pengurus atau pemimpin hanya menjalakan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Integriti dalam erti kata yang sebenar hanya akan dapat dijelmakan dengan adanya Akidah yang mantap. Jika tidak ianya hanya akan menjadi satu slogan atau lambang yang kosong yang tidak bermakna,sekadar dipamir atau laungkan seperti tin kosong yang tidak berisi.

Friday, October 7, 2011

PEGURUSAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF ISLAM

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ISLAM


Mukadaimah



ISLAM AGAMA YANG SEMPURNA


“…pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu...””

(Surah Al-Ma’idah:Ayat 3)


Oleh kerana Islam adalah Addin (a way of life) atau satu cara hidup yang lengkap dan sempurna maka selaku umat Islam kita perlu menoleh kelain lagi selain menjadikan Islam teras kepada panduan hidup kita di duni a ini untuk menuju akhirat.



ISLAM ADALAH PERATURAN (NIZAM) DAN PERUNDANGAN YANG LENGKAP



“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi.”

al-Imran :85




KENAPA ILMU PENGURUSAN PENTING


Semua manusia yang hidup dan berakal terlibat dengan pengurusan.


Ketiadaan ilmu pengurusan menyebabkan kita gagal mendapat hasil yang baik dan memuaskan.


Kegagalan mengurus dengan baik boleh mengakibatkan kerugian ,kerosakan, kepincangan atau kemusnahan.


Pengurusan merangkumi semua aspek dalam kehidupan sehingga kita kembali menemui Allah yang menciptakan manusia.


Orang yang berjaya mengamalkan ilmu pengurusan yang cemerlang.


Rasulullah dan para syahabat sendiri mengamalkan ilmu pengurusan yang sangat cemerlang. Rasulullah ada pengurus keluarga yang cemerlang hinggalah kepada Pengurus dan Pemimpin Negara yang teragung.



KENAPA ILMU PENGURUSAN ISLAM LAMBAT BERKEMBANG DI MALAYSIA



Diantara perkara yang melambatkan perkembangan ilmu dan budaya Pengurusan Islam ini berkembang ialah;


Usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi, tetapi ia lebih merupakan inisiatif perseorangan,


kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat pengurusan terhadap aspek pembinaan disiplin pentadbiran dan pengurusan Islam,


terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti ilmu yang berpaksikan “hawa” dan zann atau rasa agak-agak di peringkat individu; tuntutan sosio-politik dan desakan ekonomi jangka pendek di peringkat institusi dan negara.,


lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu pragmatik terhadap sistem pemikiran Barat yang sekular yang bilangan mereka lebih ramai berbanding dengan kelompok yang mempunyai ilmu dan keyakinan yang kukuh terhadap Islam.



DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan adalah satu proses usaha menyusun aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi menerusi manusia untuk mencapai matlamat yang telah dikenalpasti.

Mengurus sumber untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan berdasarkan perancangan,penorganisasian,pelaksanaan dan pengawasan.



PENGURUSAN DAN PENGURUS



Pengurus dan Pengurusn adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan seperti :isi dengan kuku,aur dengan tebing.

Pengurus ialah seorang yang bekerja mengikut prinsip-prinsip pengurusan walupun jaawatannya bukan seorang pengurus.

Contoh:

v Seeorang ibu pengurus bagi anak-anak dan rumah tangga


v Seooang guru mengurus murid-muridnya


v Seorang Imam mengurus jamaahnya


v Ketua Kampng mengurus anak-buahnya



SKOP ATAU RUANG-LINGKUP PENGURUSAN


Pengurusan Diri


Pengurusan Keluarga


Pengurusan Masyarakat (TAMAN/DESA,KAMPUNG,MUKIM,DAERAH,NEGERI,NEGARA)


Pengurusan Instituisi


Pengurusan Syarikat



MODUL-MODUL UTAMA DALAM PENGURUSAN ISLAM

  1. Tawhid sebagai paksi kepada pengurusan Islam
  2. Unsur-unsur Pengurusan dari perspektif Islam
  3. Perancangan dari Perspektif Islam
  4. Pengorganisasian
  5. Motivasi dari perspektif Islam
  6. Model Kepimpinan Rasulullah
  7. Kawalan dari perspektif Islam
  8. Kerja sebagai ibadah
  9. Konsep harta dalam Islam
  10. Pengurusan Kewangan Islam Peribadi
  11. Model kepimpinan Kahlifah-khalifah Islam

DIANTARA BAHAN-BAHAN RUJUKAN

    1. Al-Qur’anulkarim miracle the referance
    2. Hadith 40:Susunan Imam Nawawi ,Dewan Pustaka Pajar
    3. Pengurusan Sumber Manusia Rasulullah SAW :Dr.Attabik Lutfi,synergy Media
    4. Management from Islamic Prespektif: Khalid Ahmad,IIUM
    5. Cerative Thinking An Islamic Perspective:Jamal Badi &Mustapha Tajdin : IIUM
    6. Kepimpinan Para Nabi: Achyar Zain, Synergy Media
    7. Manhaj Hidup Muslim:Al-Syahid Sayyid Qutb:Dewan Pustaka Fajar
    8. Fiqh Al-Sirah : Dr.Muhammad Sa’id Ramadhann Al-Buti ,Dewan Pustaka Pajar
    9. Pengurusan Dalam Islam:Prof Madya Dr.Halim El- Muhamady ,Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah

Monday, July 18, 2011

HIMPUNAN PAS GANTI UMNO KAWASAN ROMPIN MENDAPAT SAMBUTAN

PAS Kawasan Rompin telah menganjurkan Himpunan PAS Ganti UMNO pada 15 hingga 17 Julai 2011 bertempat di Perkarangan Markas PAS Keratong 2.


Pelbagai program telah diadakan sejak Jumaat petang dengan pertunjukkan seni beladiri , Silat dan Tomoi. Pertandingan wau juga diadakan pada hari yang sama.


Pada hari berikutnya diadakan pelbagai aktiviti sukan dan sukanika seperti Futsal, Sukan Rakyat, Sukan dan Sukanika Kanak-Kanak,Pertandingan Memasak Untuk Wanita dan Remaja.


Diadakan juga Gerai Perubatan Islam yang menyedikan rawatan alternatif untuk pengunjung yang hadir.


Tidak ketingalan juga Sukarelawan dari Persatuan Perubatan Ibnu Sina yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma.


Himpunan ini juga telah mmendapat sambutan daripada para peniaga dari jauh dan dekat yang membuka pelbagai gerai jualan diantaranya seperti makanan,minuman, buah-buahan, perubatan ,kaset dan pakaian.


Bersempena dengan Himpunan PGU ini juga telah diadakan Majlis Minum Petang dan Dialog Anak Kedah di Perantauan bersama Yb.Ustaz Firdaus Jaafar , Adun Jerai. Di dalam ucapannya Firdaus telah menjelaskan dengan terperinci perkembangan Kerajaan PR yang diterjui oleh PAS di Kedah.


Pada setiap malam diadakan ceramah politik dan isu semasa yang disampaikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dan jemputan.


Diantara penceramah yang telah dijemput ialah Saudara Hanifa Maidin, AJK PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tanrawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Yb.Ustaz Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Malaysian , Jerai dan wakil PKR Pahang.



Turut menyampaikan ceramah Ustaz Nazri Haji Ahmad Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang dan Saudara Mazlan Mohd.Yasin Timbalan Yang Dipetuan PAS Kawasan Rompin yang juga Pengarh Program PGU Kawasan Rompin.

Wednesday, June 22, 2011

PEMIMPIN BN KHIANATI RAKYAT, SANJUNG YAHUDI:AZMAN SHAFAWI

Muadzam Shah: Ustaz Azman Shafawi,AJK Pemuda PAS Pusat mendedahkan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan pimpinan Kerajaan Barisan National (BN) dalam ceramahnya di Markaz PAS Desa Teratai di Muadzam Shah, Pahang.



Beliau menyorot kembali sejarah Masjid AQSA sebagai Qiblat Pertama Umat Islam. Kemudianya Allah SWT telah memerintahkan umat Islam menukar arah Qiblat ke Masjidil Haram.



“Itulah kebijaksanaan Tuhan ,Allah yang telah mengetahui Masjidil AQSA akan ditawan oleh Yahudi ,jika tidak umat Islam akan mengadap ke Qiblat yang di tawan oleh Yahudi.



Tetapi kerajaan Malaysia sanggup membayar Rm 77 Juta untuk melantik APCO yang dimiliki oleh Yahudi untuk menjadi perunding kepada Kerajaan BN. “Apakah tidak ada orang Islam yang bijak dalam dunia ini untuk dilantik jadi perunding? “ Soal beliau.


Nabi Isa pernah berucap kepada kaum Yahudi tetapi mereka menolak seruan Nabi Isa. Begitu jugalah masyarakat masa kini yang menolak seruan Rasul dan Sunnah Rasul samalah seperti kaum Yahudi yang menolak seruan Nabi Isa.



Azman juga menyubut beberapa bulan lepas apabila dikhabarkan Osama Ben Ladin mati dibunuh dan mayatnya dibuang ke laut, PM Malaysia “bertepuk tangan” sama seperti Obama di Amerika.



Mereka (orang UMNO/BN) tidak tahu siapa Osama ben Ladin. Osama adalah seorang hartawan daripada keluarga hartawan yang banyak berjasa kepada Islam. Bapa kepadanya banyak menyumbang kepada Masjidil Haram. Semasa kerajaan Saudi kekuragan sumber untuk membayar gaji kakitagan awam, Osama pernah meminjamkan duit peribadi untuk membayar gaji kakitangan awam.



Beliau juga mendedahkan ada maklumat yang mengatakan apabila PM Malaysia ke Turki ,dia telah meletakkan bunga di kubur Kamal Atartuk. Atartuk bapak sekularisma mengharamkan azan dalam bahasa arab dan tidak membenarkan orang perempuan memakai tudung.



Dizaman pemerithan Atartuk Badiul Zaman Said Nursi telah dibuang daerah dan dipenjara lebih 40 tahun. Bukan itu sahaja mayatnya digali dan “buang daerah”. Sehigga sekarang tidak tahu di mana kubur Said Nursi.

Kamal Atartuk semasa hendak mati ,darahnya mengelegak dan mayatnya tidak diterima oleh bumi tapi inilah manusia yang disanjung oleh pemimpin Negara kita.


Beliau juga mendedahkan kenyataan Dr.Rais Yatim yang berucap di Hotel Equatorial di Bangi menyebut “ Kita tidak boleh kata lagi Agama Islam Agama yang terbaik”


Beliau juga mendedahkan hutang Negara sekarang telah mencecah kepada angka Rm 400 Bilion.


Selain daripada itu beliau juga menyelar sikap bermewah Isteri PM yang memiliki 1 beg tangan yang bernilai US 130 Ribu. Bermalam di Hotel di dalam laut degan kos Rm 100,000 semalam. Membelajakan Rm 81,000.00 untuk jamuan makan majlis pertunangann anaknya.




Di Terengganu pula katanya kerajaan Terengganu membelanjakan Rm 400 Juta selama 7 hari bagi mengadakan pertandingan perahu layar. Kerajaan Terengganu telah mengadakan perjanjian dengan satu syarikat untuk mengadakan pertandingan ini selama 8 tahun.



Beliau menegaskan pimpinan BN dengan pimpimpan PAS sangat berbeza. Beliau mengambil contoh Tok Guru Nik Aziz , MB Kelantan memotong 40 % daripada gajinya setiap bulan untuk kebajikan.


Elaun rumahnya selama 21 tahun bernilai Rm 700,000.00 diserahkan untuk kebajikan.



Majlis Ceramah tersebut telah dihadiri lebih-kurang 200 orang ahli dan penyokong PAS dari sekitar Bandar Muadzam, Bukit Ibam dan Keratong.


Sebelum daripada itu Ustaz Sukri Hj.Ahmad YDP Pas Kawasan Rompin telah menyampaikan Ceramah dan Ucapan Aluan . Turut hadir Sdr.Mazlan bin Mohamed Yasin, TYDP PAS Kawasan Rompin. Majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Nazri Hj.Ahmad Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Monday, June 20, 2011

LAJNAH KEBAJIKAN PAS ROMPIN PRIHATIN DENGAN WARGA EMAS

Muadzam Shah,21 Jun : Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rompin aktif bergerak menjejaki warga emas, ibu tunggal dan kurang upaya di kawasan ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan yang baru bagi sesi 2011-2013,En.Mohd.Nasir binMohd.Tahar telah menubuhkan Jawatan Kuasa Pengerak bagi menjayakan program ini.

Jawatan Kuasa bersepadu ini melibatkan semua Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan di seluruh kawasan Rompin.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan ialah menyampaikan sumbangan,derma dan jug

a ziarah.

Pada hari semalam (Isnin) petang ,rombogan daripada Lajnah ini telah menz

iarahi bebe

rapa buah rumah warga emas dan yang kurang upaya di Bukit Ibam yang terletak lebih-kurang 15 kilometer dari sini.

Turut hadir dalam program ziarah itu Sdr.Mazlan bin Mohamed Yasin ,Timb

alan Yang Dipertua PAS Kawasan,Sdr.Mohd.Nasir ,Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Pak Itam Dolah Ketua Cawangan PAS Bukit Ibam.

Wednesday, June 8, 2011

MERENUNG UCAPAN PENGULUNGAN PRESIDEN DI MUKTAMAR PAS KALI KE 57

Yb Tuan Guru Presiden telah memulakan

ucapan pengulungan dengan membaca beberapa ayat awal dari surah Ash-Shaff.
Walaupun surah ini sering dibacakan dalam solat khususnya oleh anggota Jamaah Islam dan juga dipetik oleh penceramah-penceramah hiraki
dalam ucapan mereka,namum Tuan Guru Presiden tetap memilih ayat-ayat dari surah Ash-Saff bagi memunkaddimahkan ucapannya di akhir muktamar yang bersejarah itu.

“ Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi;dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(1)


Hai orang-orang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?(2)


Amat Besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan. (3)


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh. (4)” Surah Ash-Shaff


Sudah barang pasti Tuan Guru Presiden mempunyai rational yang amat jelas bagi beliau mengulangi beberapa ayat dari Surah Ash-Shaff yang sering menjadi “wirid” setiap pendukung Jamaah yang seharusnya mendasari tasawur perjuangan Islam dan Jamaah Islamiah.


Tazkirah Tuan Guru di hadapan kurang lebih 1000 perwakilan itu sudah barang pasti

mengharapkan setiap muktamirin medalam muhasabah semoga menghindari banyak

berteori dari merialisasikan gerak-kerja yang berencana dan berstrategi dalam semua sudut tugasan di dalam Jamaah.


Terlalu banyak tugasan yang perlu disempurnakan menjelang PRU 13 ini yang dijangka akan

berlansung pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Gerak-kerja berkonsepkan ’amal-

jama’iyy perlu dilaksanakan di dalam semua Lajnah dan Jentera Parti tanpa kecuali.


Ingatan Tuan Guru supaya semua pendokong Jamaah memahami Feqh Siasah ,khususnya

Tahaluf-Siasi dalam mendepani PRU 13 adalah sangat penting. Dalam kontek ini setiap anggota

parti terutamanya pimpinan di semua peringkat perlu membuat anjakan paradigm (paradigm

shift) dalam melihat keharusan berkerjama dengan bukan Islam (non-muslim) .


Memahami Tahaluf-Siasi memunkinkan kelancaran gerak-kerja terutamanya yang melibatkan

kerjasama dengan rakan bukan Islam. Persefahaman dengan rakan bukan Islam yang tidak

mengugat kita dari mengekalkan Jati Diri Islam.


Hendaknya ingatan beliau akan kepincangan demokerasi di Malaysia dan media arus perdana

yang dikongkong disambut dengan persediaan petugas parti yang penuh strategik bagi

menghadapi “pertandingan di padang yang tidak sama rata” dalam PRU ke 13yang akan datang.


Tiga perkara yang jelas mesti menjadi focus utama bagi

mendepani PRU 13 ialah;

1.Mengemaskini dan memantapkan Jentera Pilihan Raya


2.Mengemaskini dan memantapkan Organisasi Parti


3.Menyemak dan mendaftar pemilih setiap masa


Mudah-mudahan renugan yang sedikit ini dapat menyumbang ke arah pencetusan idea yang

lebih bermakana dan bererti dalam melayari lautan perjuangan yang sangat mencabar.

“Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.”


  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP