Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, January 7, 2013


AMALAN SUNAT DI HARI KE TUJUH SETELAH KELAHIRAN BAYI

Setelah 7 hari dilahirkan sunat kita Aqiqah untuk anak kita , jika perempuan seekor kambing , jika laki sunat 2 ekor kambing ..:

Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad.

Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.

1.    Hukum aqiqah

Sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

2.    Penyembelihan aqiqah

Dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran bayi
atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

3.   Aqiqah bagi anak yang telah baligh

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

4.    Jumlah bintang aqiqah

Bagi anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

          Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan
          para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing
         yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-
          Turmuzi).

          Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w.
          menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor
          kambing. (Riwayat Abu Dawud)

      5.Memberi nama yang baik:

      Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik    
      amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya, pemilihan nama-nama yang baik ini
      sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang
      Muslim. Nama-nama yang digalakkan:

i.             Nama-nama Nabi
ii.           Nama yang diambil daripada Asma ‘ul Husna
iii.         Nama-Nama Para Sahabat

6.    Akikah dan Bercukur Rambut: Menamakan anak

Akikah dan bersukur Rambut dan Menamakan Anak yang baru lahir sering dilakukan seiring dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi.

             Menurut Ibn al-Qayyim, amalan mencukur rambut bayi akan meningkatkan tahap
            kesihatan  anak yang baru dilahirkan , membuka selaput kepala dan
            mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu.

7.      Hikmah berakikah
i.                    Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baru yang sujud menyembah Allah
ii.                  Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan
iii.                Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga , sanak-saudara dan jiran tetangga
iv.                 Sebgai tebusan anak tersebut dapat syafaat kepada ibu bapanya
v.                   Menunjukkan tanda syukur kepad Allah ata kurniaanya
vi.                 Mejauhkan anak tersebut daripada bahaya dann bencana.
*Mudah-mudahan tulisan yang ringkas ini dapat menjadi peringatan (tazkirah) kepada kita
 semua dan bermanfaat bagi ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata.
 Untuk maklumat yang lebih detail bolehlah mendapatkannya  daripada Ustaz atau Ustazah yang berhampiran atau dengan merujuk kepada kitab-kitab yang terdapat dalam pasaran.
 Diantara kitab yang dicadangkan kerana ianya mudah difahami dan menarik ialah INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT OLEH: DATO’ISMAIL KAMUS & MOHD.AZRUL AZLEN AB.HAMID .Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

Monday, December 31, 2012

RENUNGAN DI AKHIR TAHUN. UNTUK MELANGKAH KE TAHUN BARU 2013 MASEHI

. Sabda Rasulullah saw :

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ 
نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ - رواه أحمد


Dari Syaddad bin Aus ra. Rasulullah saw. bersabda: “Orang yang cerdas adalah orang yang selalu menghisi diri dan beramal untuk kehidupan selepas kematiannya. Dan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan saja kepada Allah.”

Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. pernah mengucapkan kalimat yang sangat popular untuk menjadi renungan bersama:


حَاسِبُوْا أَنفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحاَسَبُوْا، وَزِنُوْهَا قَبْلَ أَنْ تُوْزَنُوْا، وَتأَهَّبُوْْا لِلعَرْضِ الأَكْبَرِ علَى اللهِ


“Hitunglah dirimu sebelum dihitung, dan timbanglah amalmu sebelum ditimbang, dan bersiaplah untuk dihadapkan kepada Allah pada hari penghadapan yang besar.”

Pandangan beberapa Pakar Pengurusa Barat;

"Reflection turns EXPERIENCE into INSIGHT" John Maxwell
" Follow effective action with quite REFLECTION .From the quite REFLECTION will come more effective action" Peter Drucker
Mudah-mudahan tahun yang mendatang lebih bermakna dalam kehidupan kita. Diwarnai dengan gaya hidup yang lebih terencana mengikut acuan Islam yang telah dijanjikan sebagai cara hidup yang terbaik dan terunggul.

Thursday, December 13, 2012


ISLAM MENYUKAI KITA BERLEMAH–LEMBUT
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَىٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ (3:159)
“Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati tentulah mereka lari dari kelilingmu.Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyurahlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. (Ali’ Imran,3:159)
It is part of the Mercy  of Allah that thou dost deal gently with them,Wert thou severe or harsh-hearted,they would broken away from bout thee: so pass over (their faults),and ask for (Allah’s) forgiveness for them;and consult them in affair (of moment).Then,when thou hast taken a decision put thy trust in Allah.For Allah loves those who put their trust (in Him):3:159

Thursday, November 1, 2012


SECEBIS ERTI PERJUANGAN
Kepercayaan-kepercayaan yang tidak memperjuangkan faedah kebendaan yang immediate atau tidak  bersendikan hasad dengki  atau memperjuangkan prinsip kasih sayang dan persaudaraan yang benar atau memperjuangkan kebajikan dan memerangi segala bentuk kejahatan,maka itulah satu-satunya kepercayaan yang dapat memberi  faedah kepada manusia dan dapat meletakkan di baris depan angkatan tamaddun manusia.
            Kepercayaan yang semurni itu tentulah tidak dapat ditegakkan melainkan dengan keimanan kepada perasaan cinta yang agung, cinta yang lahir dari kecintaan kepada Allah, cinta yang lahir dari kecintaan kepada kebaikan yang mutlak yang menyampaikan kepada Allah, cinta yang lahir dari kecintaan kepada kebenaran mutlak menjadi ukuran nilai-nilai hidup.
            Kepercayaan yang semurni ini tentulah tidak dapat ditegakkan melainkan dengan keimanan kepada alam akhirat yang mengikiskan dari jiwa manusia perasaan fana’ dan musnah di alam bumi, perasaan hilangnya usaha-usaha yang baik tanpa ganjaran, hilangnya sentimen –sentimen yang luhur tanpa balasan dan megisikan nya dengan perasaan merasa kekal dan abadi.
                                 *Untuk teks penuh bolehlah dapatkan  buku:
                                    Salah Faham Terhadap Islam 
                                   (alihbahasa oleh Yusof Zaky Yacob ,Dato )
                                   Judul asal "ِشبهات حول الإسلام" اوله محمد قطب    
                                                                                                                                                                                        

                                                           

Tuesday, November 29, 2011

CERAMAH UMUM DI KERATONG 3, ROMPIN


Beberapa perkara yang disentuh dalam ucapan ceramah Yb Teo Kok Seong,ADUN Bahau

Yb Teo Kok Seong telah mendedahkan tentang kelemahan wakil-wakil rakyat Barisan National (BN) yang tidak prihatin dengan masalah rakyat. Tan Sri Isa Samad sendiri tidak berucap atau bertanya soalan dalam Dewan Undang Negeri sejak dia menang dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Beliau juga mendedahkan ada wakil rakyat BN bertanya tentang jumlah ular sawa yang terdapat dalam se buah taman ular di Negeri Sembilan. Dalam soalan tambahannya pula beliau bertanyakan berapa jenis spesis ular tersebut.

“Apakah tugas wakil rakyat untuk bertanya soal ular atau menyuarakan nasib dan memperjuangan nasib rakyat” soal beliau.

Beliau juga menyebut wakil-wakil dari UMNO menakut-nakutkan pengundi melayu jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, orang melayu tidak ada tempat. MCA pula akan menakutkan orang Cina jika PR memerintah orang cina tidak ada tempat. Manakala MIC pula menakutkan orang India jika PR menang orang India tidak ada tempat.

“Jika begitu siapa yang ada tempat “ Tanya beliau .Sebenarnya jika PR menang BN lah yang tidak ada tempat.

Beberapa perkara yang telah disentuh oleh Haji Mohd. Bin Sabu,Timbalan Presiden PAS

PAS jika berjuang bersendirian paling kuat boleh memerintah 2 negeri sahaja dalam Malaysia.

Jika tidak bergabung diantara parti-parti pembangkang ,hanya mampu menjadi pembangkang sahaja.

Dalam PRU 12 apabila parti-parti pembangkang bergabung dalam pakatan rakyat (PR) lima negeri telah dapat ditawan.

Dalam Pilihan Raya pada tahun 2008 itu PR mendapat 52 peratus undi popular di Semenanjung Malaysia. BN hanya mendapat 46 peratus undi popular.

Kejayaan kerajaan Kelantan membuat beberapa perubahan di Kelantan termasuk memberi cuti bersalin 60 hari dan bekerja 5 hari seminggu telah ditiru oleh Kerajaan Pusat (BN).

Yb Lim Guan Eng telah melaksanakan strategi “Lawan Rasuah & Tutup Ketirisan” untuk meningkatkan ekonomi negeri Pulau Pinang. Ini membolehkan Pulau Pinang menyelesaikan hutang daripada 630 Juta tinggal 30 juta.

Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid telah dapat meningkatkan prestasi pemerintahan yang sangat baik. Lebihan pendapatan melebihi 100 Juta.

Audit Negara telah memberi pengakuan 4 Negeri PR telah menunjukkan prestasi pentadbiran yang terbaik.

PR jika berjaya mengambil-alih pemerintahan akan melaksanakan janji-janji yang telah ditawarkan di dalam Buku Jingga.

Monday, November 14, 2011

PENGURUSAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF ISLAM

MODUL 1: TAUHID SEBAGAI PAKSI KEPADA PENGURUSAN ISLAM

(Ringkasan bahagian pertama daripada Modul 1 yang telah disampaikan di Surau al-Mhajirin, Muadzam Shah,Pahang)


ASAS-ASAS PENGURUSAN ISLAM


Pengurusan adalah satu proses usaha menyusun aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi menerusi manusia untuk mencapai matlamat yang telah dikenalpasti.


Islam menekankan kepentingan memiliki orang yang efektif dan berintegriti.


Sistem pengurusan Islam adalah berasaskan Tawhid yang menghasilkan orang yang bertanggungjawab dan memiliki integriti yang tinggi.

*konsep syahadah


Tawhid

Definisi

Kategori Tawhid

Kesan Tawhid pada kehidupan manusia


Definisi

Tawhid : Manifestasi yang benar dan betul dalam konsep monoteisme (monotheism) Islam yang mempercayai Tuhan hanya satu dan Kepercayaan Islam bahawa “Tiada Tuhan Selain Allah”

وإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ

ٱلرَّحِيمُ (2:163)


Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang maha Esa :tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Tauhid


Definisi: Ilmu tauhid ialah ilmu yang membicarakan tentang persoalan keesaan Allah SWT dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


l Natijah:meningkat semangat beramal dan berkerja menurut iktikad tersebut.

Nota: “Ilmu” bermaksud mendapatkan

sesuatu makna berbetulan dan bertepatan dengan hakikatnya yang sebenar.


Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid


i.Uluhiyyah & i.Rububiyyah:Mengenai ketuhanan.

ii.Nubuwwah: Mengenai kenabian

iii.Sam’iyyat: Mengenai perkara yang ghaib yang diberitakan oleh Allah SWT dan RasulNya,seperti nikmat syurga,azab neraka dan hari kiamat.

iv.Mumkinat:Mengenai alam dan manusia yang boleh menjadi dalil tentang kewujudan Allah SWT yang tidak bersamaan dengan yang baru.


TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID

  1. Mengenal serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT yang bersifat dengan sifat kesempurnaan,mempunyai nama-nama yang mulia serta suci daripada sifat kekurangan.
  2. Mengenal serta mengikut para rasul yang bersifat dengan sifat-sifat terpuji lagi maksum.
  3. Mendapat keselamatan,kebahagian,dan keredahaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  4. Menetapkan hati agar tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu daripada kayu,batu,kebendaan dan lian-lain lagi.

Rumusan : Hanya pengurus atau pemimpin yang mantap dari Aspek Aqidah sahaja yang mampu menjadi pengurus atau pemimpin yang berjaya kerana sentiasa ingat akan kekuasaan dan kekuatan Allah SWT.

Pengurus atau pemimpin hanya menjalakan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Integriti dalam erti kata yang sebenar hanya akan dapat dijelmakan dengan adanya Akidah yang mantap. Jika tidak ianya hanya akan menjadi satu slogan atau lambang yang kosong yang tidak bermakna,sekadar dipamir atau laungkan seperti tin kosong yang tidak berisi.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP