NEGARA BERKEBAJIKAN : TAWARAN
PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Setiap kerajaan mempunyai falsafah
pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua
keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan
falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan
untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan. PAS menawarkan sebuah
pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan
pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS
memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang
menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.
Konsep dan definisi
Negara Berkebajikan didefinisikan
sebagai:
"Sebuah Negara yang
mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan
negara". Negara Berkebajikan
mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1)
Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2)
Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada
rakyat
3)
Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and
human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan
adalah matlamat
5)
Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan
individu di galakkan
6)
Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7)
Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku
"ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan
subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang
ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab.
Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu
bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Dari segi sejarah, model Negara
Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di
sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi
Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw,
sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas
kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman,
Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare
State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan
sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
Konsep Negara Pembangunan yang
dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran
fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega
seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan
pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4
jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini
adalah antara banyak projek mega
kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat
kebanyakan.
Bagi Negara Berkebajikan PAS,
bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih
diutamakan
Tawaran PAS menjadikan Malaysia
sebuah Negara Berkebajikan
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan
PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan
rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber
dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:
a.
Pendidikan
percuma.
b.
Skim
Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya
perlindungan kesihatan majikan.
c.
Mengembalikan
semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
d.
Menurunkan
harga petrol dan gas.
e.
Merapatkan
jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin.
f.
Melaksanakan
akta gaji minima.
g.
Memperkenalkan
cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS
dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan
perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk
kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara
Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia
keseluruhannya.
21 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI
AWANG