Saturday, April 14, 2012

Kalau Sayang Bangsa

Kalau Sayang Bangsa Kalau sayang bangsa Jangan cuma cakap saja Berdegar-degar suara Takkan Melayu hilang didunia Selepas tu boleh duduk semeja Minum brendi tauke Cina belanja Kalau sayang bangsa Jangan retorik semata-mata Suruh balik Tongsan China Tapi kawan kita sudah lupa Rumah dia duduk sapa punya Bukan habuan dari orang Cina Jadi direktor syarikat mahawangsa Yang dapat projek buat lebuhraya Kalau sayang bangsa Bukan manis di mulut sahaja Tetapi perampok wang negara Bukan sedikit tetapi berjuta-juta Kos projek dilambungkan harga Supaya kuncu-kuncu dapat merasa Itu semua bukan duit hangpa Itu semua wang rakyat yang punya Titik peluh cukai orang yang bekerja Kalau sayang bangsa Jangan cuma cium keris suasa Tapi masih salah gunakuasa Tangkap orang tanpa bicara Tak kesian kat keluarga mangsa Tahun dua hingga lima tahun lamanya Cara begini tak diiktiraf agama Kalau sayang bangsa Kamu kena juga sayang agama Agama tak ajar jadi samseng utara Baling batu baling botol kaca Ini jenis politik kotor durjana Kalau sayang bangsa Kamu patut tolong anak bangsa Anak bangsa yang sudah leka Merempit siang malam dijalanraya Melentok layu kena syabu dan ganja Melewar dijalan-jalan kacau anakdara Menjadi setan samseng besar kepala Bukan menjadi sebahagian dari mereka Kenapa yang syok cakap aib siNana Dia biseksual itu antara Tuhan dan dia Adakah itu yang menjadi agenda Berbuih mulut bangsa agama dan raja Aqidah umat sudah diambang bahaya Ya memang betul dalam bahaya Tetapi bukan hanya retorik saja Turunlah dijalan dan juga didesa Rasailah kesusahan anak bangsa Keris Silau 14 April 2012 http://www.youtube.com/watch?v=Gj0IGqBPqxw&feature=related