Masa aku ambik master kaunseling industri dulu, aku pernah berdebat dengan pensyarah sendiri tentang isu psikologi atau kaunseling islam. Pensyarah aku (tidak dinyatakan namanya) yang mendapat pendidikan barat menafikan sekeras-kerasnya apa yang diistilahkan sebagai pasikologi islam. Katanya "mana ada psikologi islam". Islam letaknya di atas sekali. Kalau kita kata ada "psikologi islam" bermakna kita merendahkan islam."
Aku pun rasa agak pelik dengan hujah sebegitu. Lantas aku berhujah pula " Tuan, bila kita sebut tentang psikologi ini bermakna kita bercakap tentang kejiwaan. Dalam islam jelas menyebut tentang kejiwaan. Tidak timbul soal merendahkan islam. Seperti juga undang-undang, ada undang-undang bukan islam dan undang-undang islam." Bagi saya kaunseling dan psikologi islam tetap ada dalam islam, cuma disiplin ilmunya belum disusun sebagaimana yang ada di Barat."
Perdebatan itu dilanjutkan oleh teman-teman yang lain yang majoriti bersetuju dengan aku. Mulanya rasa jugak bimbang kalau-kalau pensyarah itu nampak "berundur' dan menunjukkan sikap tidak setuju dengan hujah kami. Kebimbangan lain ialah takut dia 'bias' masa nak bagi markah nanti. Ternyata sangkaan aku meleset kerana subjek ini aku dapat full mark "A".
Di sini aku nak berkongsi tentang psikologi islam.
Hakikat psikologi Islam dapat dirumuskan sebagai "satu cabang ilmu islam yang berhubungan dengan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia, agar secara sedar ia dapat membentuk kualiti diri yang lebih sempurna dan mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.”
Definisi psikologi islam di atas mengandung tiga unsur utama:
1) Psikologi Islam merupakan salah satu dari kajian ilmu-ilmu keislaman. Ia memiliki kedudukan yang sama dengan disiplin ilmu keislaman yang lain, seperti Ekonomi Islam, Sosiologi Islam, Politik Islam, Kebudayaan Islam, dan sebagaianya. “Islam” di sini bermaksud corak, cara pandang, pola pemikiran, paradigma dan aliran. Maksudnya psikologi yang dibangunkan dengan gaya berfikir sebagaimana yang berlaku pada tradisi keilmuan dalam Islam sehingga dapat membentuk aliran tersendiri yang unik dan berbeza dengan psikologi barat.
Tentunya hal itu tidak terlepas dari kerangka ontologi (hakikat jiwa), epistimologi (bagaimana cara mempelajari jiwa) dan aksiologi (tujuan mempelajari jiwa) dalam Islam. Melalui kerangka ini maka akan tercipta beberapa bahagian psikologi dalam Islam, seperti Psikopatologi Islam, Psikoterapi Islam, Psikologi Din Islam, Psikologi Perkembangan Islam dan Psikologi Sosial Islam.
2) Psikologi Islam membicarakan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia. Aspek-aspek kejiwaan dalam Islam seperti al-ruh, al-nafs, al-kalb, al-`aql, al-dhamir, al-lubb, al-fu’ad, al-sirr, dan al-fithrah. Setiap aspek tersebut memiliki eksistensi, dinamisme, proses, fungsi, dan perilaku yang perlu dikaji melalui al-Qur’an, al-Sunnah, serta dari khazanah pemikiran Islam.
Psikologi Islam tidak hanya menekankan perilaku kejiwaan tetapi membicarakan secara mendalam erti jiwa itu sendiri. Sebagai satu fakulti insan, jiwa manusia bersifat punya potensi dan perlakuan yang sangat tergantung pada usaha. Ini menunjukkan psikologi Islam mengakui adanya kesedaran dan kebebasan manusia untuk berfikir, berkehendak, dan bersikap secara sedar. Walaupun begitu kebebasan tersebut tetap dalam batas-batas sunnah-sunnah Allah Swt.
3) Psikologi Islam sarat dengan nilai etika kerana Psikologi Islam memiliki tujuan yang hakiki dan merangsang kesedaran diri agar mampu membentuk kualiti diri yang lebih sempurna untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Manusia dilahirkan dalam situasi tidak mengetahui apa-apa lalu ia tumbuh dan berkembang untuk mencapai kualiti hidup.
Psikologi Islam merupakan salah satu disiplin yang membantu seseorang untuk memahami ekspresi diri, aktualisasi diri, realisasi diri, konsep diri, citra diri, harga diri, kesedaran diri, menguasai diri baik untuk diri sendiri dan orang lain. Jika dalam pemahaman diri tersebut ditemukan adanya penyimpangan perilaku maka Psikologi Islam berusaha menawarkan berbagai konsep yang bersumberkan ilahiyah.
Ini bertujuan untuk mengarahkan kualiti hidup yang lebih baik serta mengecapi nikmat kebahagiaan hidup di sepanjang zaman. ini bermakna mempelajari psikologi Islam dapat memberi kebahagiaan diri sendiri dan orang lain. Bukan menambah masalah baru seperti hidup dalam keterasiangan, kegersangan, dan kegelisahan.
Psikologi Islam sudah sepatutnya menjadi wacana sains yang objektif. Bahkan boleh dikatakan telah mencapai tahap ilmiah. Anggapan bahwa Psikologi Islam tidak mencapai tahap ilmiah adalah tidak benar, sebab Psikologi Islam telah melampaui batas-batas ilmiah. Objektif suatu ilmu hanyalah persoalan kesepakatan, yang kreterianya bukan hanya kuantitatif melainkan juga kualitatif.
Psikologi barat telah mendapatkan "ijmak" dari kalangan ilmuan barat. Demikian juga Psikologi Islam telah mendapatkan "ijmak" dari kalangan ilmuan islam pula. Jika orang lain berani menonjolkan pemikiran psikologi melalui tanggapan mereka sendiri serta mendakwa keabsahannya, mengapa kita ilmuan islam tidak berani melakukan hal yang sama, iaitu menonjolkan pemikiran Psikologi Islam berdasarkan Islam?
Hall dan Lindzey menyatakan bahwa tokoh besar seperti Freud, Jung dan McDougall tidak hanya berijazah dalam ilmu perubatan, tetapi juga ahli psikoterapi. Hal ini menunjukkan pengembangan psikologi yang dibawa oleh mereka adalah bersumber dari profesion dan lingkungan ilmu perubatan dan bukan berasal dari penelitian akademik.
Para pemerhati, penganalisa dan peneliti disiplin psikologi akhir-kahir ini telah membuka jendela untuk ‘mengintip’ wacana yang berkembang di dalam khazanah Islam. Mereka sedar bahwa Psikologi Barat baru berusia dua abad. Padahal kajian dan pengamalan kejiwaan dalam Islam telah lama berkembang. Mereka mengetahui kedalaman ilmu islam lalu mereka meneroka dan cuba menonjolkannya.
Hall dan Lindzey telah menulis satu bab khusus untuk ‘Psikologi Timur’. Menurutnya salah satu sumber yang kaya dari psikologi yang dirumuskan dengan baik adalah dari agama-agama timur. Dalam dunia Islam, para sufi (pengamal ajaran tasawwuf) telah bertindak sebagai para psikologis rohani. Inilah pengakuan jujur mereka.
Tasauf merupakan dimensi rohani (batiniah) dalam Islam yang membicarakan struktur jiwa, dinamika proses dan perkembangannya, penyakit jiwa dan terapinya, proses penempaan diri di dunia spiritual (suluk), proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) dan cara-cara menjaga kesihatan mental. Aspek-aspek ini dalam sains modern masuk ke dalam wilayah psikologi.
Demikaiankah sedikit kupasan terhadap psikologi atau kaunseling islam yang mula mendapat tempat di jiwa orang-orang yang cintakan Islam dan ilmu islam.
Moga akan lahir modul atau silibus psikologi dan kaunseling islam yang benar-benar mantap dan mampu menandingi psikologi dan kaunseling barat yang mutakhir ini sudah mula menjenguk Al Quran dan Al Hadith.
"Ya aiyyatuhan nafsul muthmainnah irji'ie ila rabbiki radhiyatammardhiyyah"