Tuesday, 20 December 2011

Manisnya Abby Abadi!

Itulah kuasa Allah SWT.

Dalam pada kuatnya sekutu BN menghentam Islam, masih ada juga yang sanggup berhijrah kepada Islam.

Bukan sebarangan orang, selebriti juga sudah ramai yang berpaling kepada ajaran Islam sebenar.

Lihat gambar ini, wanita manis dan menawan itu ialah pelakon terkenal siri Gerak Khas Abby Abadi (janda Norman Hakim) ketika hadir ke kuliah Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini.

Kita harap muslimat PAS atau Nisa’ cepat-cepat programkan dia untuk turun dengan mesej dakwah!

Thursday, 3 November 2011

Akta Kerja tidak peduli hak pekerja

Muhammad Faizal
SHAH ALAM, 3 Nov: Himpunan yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini hari ini menyaksikan pekerja-pekerja kilang hadir memberi sokongan kepada perjuangan yang dibawa oleh MTUC terhadap Akta Kerja 1955 yang dilihat telah merampas hak pekerja.

Akta yang telah diluluskan di parlimen pada 6 Oktober yang lepas menyaksikan kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British sewaktu Akta Kerja digubal pada tahun 1955 dulu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir memberi sokongan kepada tuntutan hak pekerja itu berkata, akta tersebut dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak pekerja di negara ini.

"Sambutan amat baik sekali kita lihat pada hari ini begitu juga sokongan pekerja-pekerja yang balik dari kerja dan mereka singgah bagi memberi sokongan agar kerajaan menarik balik akta yang zalim itu.

"Saya melihat akta ini dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak seorang pekerja, yang mana kita lihat kelulusan yang diperolehi oleh akta tersebut maka pekerja kontrak akan terus menjadi pilihan kepada setiap majikan dan ini kerana majikan tidak akan menanggung kos yang tinggi jika mereka mengambil pekerja kontrak.

"Kita tahu setiap pekerja kontrak tidak mempunyai potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga SOCSO, jadi tiada lagi kos tambahan ditanggung oleh majikan," jelasnya.

Beliau memberitahu risiko yang paling besar akan dihadapi oleh pekerja adalah mereka tidak mempunyai perlindungan keselamatan yang akan menimbulkan kesulitan yang besar kepada pekerja dan juga keluarga mereka jika sesuatu terjadi ke atas diri mereka sewaktu menjalankan tugas.

Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga turut serta piket tersebut memberitahu piket hari ini merupakan satu isyarat jelas yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

"Kerajaan perlu memandang serius apa yang berlaku hari ini kerana ia baru permulaan dan kita akan pastikan perhimpunan bantahan ini akan terus diadakan selagi kerajaan mengambil sikap berdiam diri.
"Kita tidak pasti kesan yang akan kita perolehi melalui apa yang berlaku hari ini tapi saya pasti kerajaan akan buka mata bahawa pekerja di negara ini tidak lagi boleh ditindas sesuka hati mereka," katanya.

Sebelum itu piket yang berlangsung hampir sejam setengah itu dihadiri seramai 250 orang pekerja dari pelbagai kilang dan juga agensi.

Perhimpunan itu berlangsung secara aman dan pihak polis telah bertindak mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan. ( diambil dari www.gigitankerengga.blogspot.com )

Tuesday, 1 November 2011

Keratan penuh akhbar Australia sahkan perbelanjaan anak Najib

KUALA LUMPUR 2 Nov: Sebuah blog menyiarkan keratan penuh laporan akhbar The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia.

Akhbar itu mendedahkan tabiat buruk ‘Wanita Pertama’ dan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan ratusan ribu ringgit di sebuah gedung membeli belah terkemuka di negara itu.


Blog MiLo SuaM memperoleh keratan penuh laporan akhbar berkenaan bertajuk “Delegates go shopping, sightseeing”, bertarikh 31 Oktober lalu.

Sebelum ini kesahihan berita The West Australian itu kononnya dipertikai kerana hanya berpandu satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan.

Isnin lalu, Keadilan Daily memetik akhbar berkenaan yang melaporkan anak gadis Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya $60,000 (RM195,000) untuk membeli belah di Perth.

Selain itu, ia juga menyiarkan berita seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Blogger dan peminat politik Malaysia mengaitkan wanita berkenaan dengan Datin Seri Rosmah Mansor- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada mereka berbelanja sakan.

“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & $60,000 di David Jones,” petik akhbar itu.

Richard Muirheand, Pengarah Negeri bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM.

http://www.keadilandaily.com

Monday, 31 October 2011

Rosmah Mansor beli mutiara $150,000 di Perth, Australia

ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi.

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).

Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).



Suaminya menyarankan agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan bagaikan tiada hari esok.


Rosmah Mansor bergaya dengan perhiasan mutiara bersama delegasi asing

( Sila rujuk www.milosuam.blogspot.com )

Tuesday, 25 October 2011

Pulau Pinang Bayar Hutang RM600 Juta Hanya Dalam Tiga Tahun!


Jika anda mahukan negeri yang benar-benar cekap, lihatlah Pulau Pinang.

Memang diakui dengan kepesatan pelaburan asing secara langsung (FDI) sejak tiga tahun lalu setelah menumbangkan rejim Barisan Najis, Pakatan Rakyat berjaya juga melupuskan ratusan juta hutang yang ditinggalkan sejak merdeka hinggalah Koh Tsu Koon tumbang di Pulau Mutiara.

Hanya dalam tempoh TIGA TAHUN saja, lebih 95 peratus hutang yang ditimbun Barisan Najis berjaya dilangsaikan hasil kecekapan pentadbiran kerajaan negeri yang mengamalkan slogan Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT).

Belum ada mana-mana negeri di Malaysia termasuk negeri yang diperintah Umno-APCO sejak merdeka berjaya mengurangkan hutang negeri kepada kerajaan persekutuan.

Johor misalnya, terus menambah hutang biarpun dimomokkan dengan kemasukan pelabur asing terutamanya dari Singapura yang merompak tanah di Iskandar Malaysia sejak dperkenalkan dua tahun lalu.

Dan Melaka juga tidak ketinggalan terus berhutang biarpun kununnya hasil pendapatan kerajaan negeri meningkat sejajar dengan kemasukan pelancong asing ke negeri itu sejak 2003.

Masing-masing menunjuk hebat semuanya berjaya tetapi mengapa terus berhutang sedangkan sepatutnya pendapatan yang diperolehi mestilah ada peratusan yang perlu digunakan untuk membayar kembali hutang kepada persekutuan?

Apa yang tidak kenanya di sini?

Apakah sehingga laporan Ketua Audit Negara perlu dibaca bersama-sama dengan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia serta laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, baru hendak kelam kabut?

Mengapa tidak melihat Pulau Pinang sebagai contoh terbaik melangsaikan hutang?

Mudah saja, sebab ia di bawah Pakatan Rakyat dan Najib Altantuya sendiri pun tidak bertegas dengan menteri besar serta ketua menteri mengingatkan mereka supaya membayar hutang tertunggak jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil Pejabat Peguam Negara.

Itulah sebabnya Malaysia harus segera diselamatkan kerana jika terlambat, setiap rakyat terpaksa dibebani hutang akibat salah urus tadbir kewangan dan ketirisan yang berlaku sejak 54 tahun lalu.

JALAN PULANG

Belanjawan 2012 mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre' di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.( www.jalanpulang1978.blogspot.com )

Monday, 24 October 2011

Laporan Audit Negara : MARA Beli Barangan 100 Kali Ganda Harga Pasaran


KUALA LUMPUR 24 OKT: Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419

Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.

Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini.( www.malaysiaberih.blogspot.com )

Sunday, 23 October 2011

Pakatan sertai piket MTUC 3 November


Hazayani Zakaria
SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat akan bersama-sama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran serentak di seluruh negara, 3 November depan.

Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Akta ini membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja.

Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, dekat sini hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyokong penuh tindakan MTUC menganjurkan piket tersebut kerana nasib pekerja bawahan semakin tidak terbela apabila semakin banyak pekerja kontrak diambil.

"Penentangan MTUC memang ada asas dan PAS sokong MTUC supaya hak dan kedudukan pekerja lebih terjamin pada masa hadapan.

"Majikan lebih suka ambil pekerja secara kontrak bagi mengelak tanggungjawab dan pembekal kontrak dilembagakan dan diktiraf kerajaan," kata beliau.

Pengerusi Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani pula berkata, kerajaan BN mahu menghidupkan kembali perhambaan pekerja seperti pada tahun 1955 dahulu.

"Isyaratnya pindaan akta ini akan membunuh generasi akan datang.

"Umno menghalalkan perhambaan moden yang akan menyaksikan pekerja terus menjadi hamba kepada syarikat korporat.

"Sebanyak 277 agensi yang bergerak secara bebas dalam negara dan 42 peratus mereka merupakan kontrak yang bukan digajikan oleh syarikat utama, hampir 5,000 pekerja terlibat.

"Dengan adanya agensi perjanjian di antara majikan dan pekerja tidak ada yang banyak mengabaikan nasib pekerja termasuk tiada pemotongan Socso," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Piket, beliau yang juga Ahli Majlis Am MTUC, berkata di Selangor piket akan diadakan di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang.

Manakala di Wilayah Persekutuan kemungkinan akan diadakan di Jalan Raja Laut.

"Ini juga termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga Ahli Paelimen Kuala Langat.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, pihaknya akan memobilisasi ahli agar turun bersama-sama pekerja dalam piket ini.

Menurutnya juga, siri penerangan kepada masyarakat akan bermula malam ini dengan ceramah di Ipoh, Perak.

Di peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan ceramah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuiszm), Taman Melewar pada 28 Oktober.

"Kita akan bagi sokongan penuh kepada MTUC seperti piket Nation White menuntut gaji minima tahun lalu.

"Pilihan raya umum akan datang, rakyat akan memilih samaada nak pilih pemimpin yang menghambakan pekerja atau memerdekakan pekerja," katanya.(Harakah)